Salah satu resolusi penting yang dikemukakan semasa Kongres Persuratan Melayu ke-3 ialah penubuhan sebuah Balai Pustaka (nama awal Dewan Bahasa dan Pustaka - DBP) yang perlu mempunyai sebuah perpustakaan yang besar dan lengkap. Apabila DBP ditubuhkan dalam tahun 1956, salah satu bahagian yang terawal diwujudkan ialah Bahagian Perpustakaan. Visi para pejuang kemerdekaan kita sudah merasakan pentingnya segala khazanah persuratan Melayu dikumpulkan bukan saja untuk kajian yang akan dibuat tentang masyarakat Melayu, tetapi juga untuk diwarisi oleh generasi akan datang. Amanat inilah yang telah mendorong setiap karyawan di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab masing-masing seiring dengan matlamat DBP.
Selaras dengan perkembangan semasa, peranan Perpustakaan DBP semakin bertambah dan mencabar. Mulai awal tahun 1980-an, aplikasi teknologi dalam pengurusan dan pengaksesan maklumat penyelidikan dan pendokumentasian bahasa dan sastera Melayu mula diperkenalkan. Pada 12 Ogos 1993, Perpustakaan DBP melangkah setapak lagi ke hadapan apabila dinaik taraf menjadi Pusat Dokumentasi Melayu (PDM). PDM kemudiannya telah berpindah ke Menara DBP secara berperingkat-peringkat mulai Disember 2002. Hari ini, PDM telah berorientasikan teknologi maklumat terkini sejajar dengan pembentukan masyarakat Malaysia yang berilmu dan berwawasan. PDM sentiasa gigih meningkatkan mutu perkhidmatannya dari semasa ke semasa. PDM berharap mampu menembusi era globalisasi maklumat masa kini. Justeru, usaha menyalurkan nilai ekonomi maklumat yang tersimpan di PDM dalam pelbagai bentuk terus dilaksanakan demi mempertingkat daya saing dalam sektor maklumat negara. Falsafah Membina negara bangsa Malaysia melalui bahasa Melayu.
Moto Memelihara warisan memupuk wawasan.
Wawasan Membangun koleksi kepustakaan Melayu yang unggul.
Misi Menjadi pusat kepustakaan Melayu terulung di dunia.
Matlamat Memperoleh dan memulihara kepustakaan Melayu selengkap mungkin dengan pengkhususan kepada bidang bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu.
Menjadi pusat rujukan kepustakaan Melayu yang cemerlang yang mudah diakses melalui teknologi maklumat terkini.
Menyumbang kepada pembentukan masyarakat Malaysia yang berilmu dan kaya dengan maklumat kepustakaan Melayu.
WAKTU PERKHIDMATAN
HARI
MASA
Isnin - Khamis
8.30 pagi - 4.30 ptg
Jumaat
8.30 pg - 12.00 tgh 2.45 ptg - 4.30 ptg
Tarikh Kemaskini: 14 Januari 2008/5 Muharam 1429H
SEMUA HAK CIPTA TERPELIHARA 2006 rekabentuk & konsep: abu bakar haji buyong, bahagian sistem maklumat dbp
Carian Laman
Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA Tel: 03-2148 1011
Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA. (Talian Umum)--Telefon: 03-21481011 , 21443300,21443030, 21444433,21444477, 21444800, 21446600,21447071, 21447744 Faks: 03-21447248 (Am), 03-21445727 (Bahasa), 03-21414109 (Sastera) Untuk sebarang pertanyaan umum sila ke Khidmat Nasihat DBP. Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas, resolusi 1024 x 768 pixel.