Lambang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini mengandungi empat unsur; daun lontar yang terletak di tengah-tengah melambangkan bahan penulisan zaman dahulu kala yang ditulis dengan mata pena daripada tangkai daun resam yang mengapitnya; buku dan mata pena yang terletak di di bawah daun lontar melambangkan kegiatan penerbitan dan penulisan zaman sekarang. Kempat-empat unsur ini melambangkan tugas DBP sebagai badan yang mengembangkan bahasa, sastera dan ilmu pengetahuan melalui penulisan dan penerbitan.
Lambang ini dilukis oleh Encik Hussien Enas pada tahun 1957 berdasarkan ilham Allahyarham YB Tan Sri Syed Nasir Ismail (mantan Pengarah DBP) dan Tuan Haji Abdul Samad Ahmad (mantan Pengarang DBP).
}
Lagu Dewan Bahasa
Dewan Bahasa tenaga jiwa bangsa Nama dari suatu sejarah Api dari suatu zaman Kesaktian lidah rakyat
Dewan Bahasa kau obor kebangsaan Restu dari jiwa pahlawan Nyala membakar semangat rakyat Kau abadi dan keramat
Dipayungi langit tanah air Diusap angin pantai permai Dilindungi pohon nan menghijau Dijunjung tanah tempat berpijak
Dewan Bahasa tenaga jiwa bangsa Nama dari suatu sejarah Api dari suatu zaman Obor semangat nan abadi.
Lagu : Saiful Bahri Seni Kata : Sasterawan Negara Usman Awang
Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel. Tarikh akhir kemas kini: 17 Jun 2013