Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Sabtu, 25hb Mei 2013  

Perkhidmatan > Penulis > Direktori Penulis Wilayah Utara

DIREKTORI PENULIS WILAYAH UTARA

Pada awal tahun 2007, Unit Penerbitan, DBP Wilayah Utara akan berusaha mengumpul maklumat peribadi para penulis yang berasal dari Wilayah Utara untuk didokumentasikan. Projek pengumpulan maklumat ini bertujuan menghasilkan Direktori Penulis Wilayah Utara .
 

     Untuk makluman semua penulis, kriteria pemilihan penulis yang layak disenaraikan dalam direktori ini mestilah mempunyai tidak kurang daripada 10 karya eceran berbahasa Melayu dalam pelbagai genre. Karya-karya tersebut mestilah pernah diterbitkan dalam majalah, akhbar, buku, antologi atau media penerbitan lain.

 

     Selain itu, penulis atau karyawan yang telah menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah buku dalam bahasa Melayu (apa jua bidang) dan telah diterbitkan juga layak disenaraikan dalam direktori ini. Manakala penulis skrip drama pentas, radio, televisyen, filem dan penterjemah yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 karya yang pernah diterbitkan atau disiarkan juga layak untuk disenaraikan dalam direktori ini.

 

     Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara menaruh harapan yang tinggi agar para penulis yang lahir di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sumatera Utara dan Wilayah Selatan Thailand yang menepati kriteria yang ditetapkan seperti disebutkan di atas berhubung dengan pihak urus setia bagi membantu pihak kami mendapatkan maklumat yang diperlukan. Borang direktori ini boleh didapatkan melalui laman web DBP (www.dbp.gov.my) atau datang sendiri di pejabat DBP Wilayah Utara. Penulis juga boleh menghantar maklumat diri yang lengkap kepada pihak urus setia direktori tanpa mengisi borang yang disediakan tetapi perlu menghantar maklumat lengkap tersebut berserta gambar berukuran pasport untuk dimuatkan dalam direktori tersebut.

 

     DBP Wilayah Utara amat berharap usaha menerbitkan direktori ini dapat dijayakan dan mendapat kerjasama daripada karyawan dan para penulis ke arah merealisasikan hasrat kami untuk mendokumentasikan maklumat diri para penulis di Wilayah Utara untuk tatapan generasi akan datang. Selain itu, projek ini juga diharap dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama penulis khususnya di Wilayah Utara.

 

     Borang maklumat diri yang telah lengkap diisi berserta gambar berukuran pasport bersaiz 3.5cm x 4.5cm bolehlah dihantar kepada pihak Urus Setia, Direktori Penulis Wilayah Utara, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Peti Surat 144, 14007 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Puan Syahida Ahmad (syahida@dbp.gov.my) atau Encik Mohd Hafiz bin Salim (shafiz@bp.gov.my) di talian  04-5377241/42/43/44 atau e-mel utara@dbp.gov.my.

 

Dokumen untuk dimuatturun [Borang Maklumat Peribadi]



 
: 2678988
 
Aduan Pelanggan
  Carian Laman
  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Muat Turun Dokumen

Borang
Brosur
Buku
Poster

  Prestasi Perkhidmatan Dalam Talian

Piagam Pelanggan

Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian





 Kaji Selidik

 

Apakah pandangan anda tentang perkhidmatan yang disediakan oleh DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  11207397112073971120739711207397112073971120739711207397112073971120739711207397 
Hari Ini 113
Semalam 895
Minggu Ini 12336
Minggu Lepas 21218
Bulan Ini 52812
Bulan Lepas 57593
Semua 11207397

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2148 1011
Faksimile: 03-2144 7248(Am)
03-2144 5727(Bahasa)
03-2141 4109(Sastera)
03-2148 2945(Korporat)
Pertanyaan: Khidmat Nasihat DBP

Telefon Pantas:

 

Direktori:

 

Telefon dan E-mel Staf DBP

  Facebook DBP  Facebook PRPM   Facebook PUSPANITA DBP Twitter DBP Twitter  RSS DBP Suapan RSS  Web TV DBP  Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.
Tarikh akhir kemas kini: 20 Mei 2013