Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Jumaat, 24hb Mei 2013  

  HIMPUNAN KATA SASTERA MELAYU LAMA

PROJEK MESTIKA KATA
(KOSA KATA SASTERA TRADISIONAL)

LATAR BELAKANG

Projek ini bertujuan untuk menyediakan sebuah buku kosa kata klasik yang lengkap dan sebagai bahan rujukan dan panduan kepada para pelajar dan pengkaji kesusasteraan khususnya kesusasteraan tradisional dan pengkaji bahasa. Projek mirip kamus ini juga adalah lanjutan daripada projek kajian buku Panduan Kosa Kata Sastera Klasik yang telah diterbitkan pada tahun 1991. Format dan kandungan projek ini pada dasarnya mengikut buku tersebut dengan beberapa pindaan yang difikirkan perlu. Kira-kira 80 buah manuskrip lama dan teks lisan telah diteliti untuk mendapatkan kata masukan (entri).  Buku yang akan diterbitkan ini mengandungi Pendahuluan dan kata masukan (entri) berserta makna, ejaan jawi (yang berdasarkan manuskrip lama), contoh-contoh penggunaan, sumber rujukan, asal perkataan dan halaman kata masukan tersebut dikutip.

 

KOSA KATA TERKINI 

ARKIB  

[A]

[B]

[C]

[D]

[E]

[F]

[G]

[H]

[I]

[J]

[K]

[L]

[M]

[N]

[O]

[P]

[R]

[S] [T] 

NASIHAT AL-MULUK
Nasihat kepada Raja-raja

Salah satu peranan penting para ulama dan penulis zaman silam ialah memberikan panduan tentang tatacara pemerintahan kepada raja-raja dan para pembesar negara secara bertulis Bustam al-Salatin, Taj al-Salatin, dan Muqaddimah fi Intizam adalah antara karya ketatanegaraan Melayu yang dihasilkan oleh para ulama dan penulis sebagai panduan kepada raja-raja dan para pembesar.  Jumlah karya ketatanegara yang sedikit bilangannya dalam khazanah kesusasteraan Melayu ini, mula berganjak sedikit apabila terbitnya buku ini, Nasihat al-Muluk yang berasal daripada karangan Imam al-Ghazali.

Buku Nasihat al-Muluk yang berada di tangan pembaca ini tidak sahaja merupakan hasil penyelidikan dan kajian Dr. Jelani harun, seorang pensyarah kesusasteraan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, tentang pandangan Imam al-Ghazali dalam cara pemerintahan negara, khususnya berkaitan dengan sifat-sifat pemerintah dan pembesar negara, tetapi memuatkan juga trasliterasinya.  Justeru, membaca buku ini seperti membaca sebuah kajian terperinci tentang nasihat al-Muluk dan membaca unsur-unsur nasihat yang dikemukakan  oleh Imam Ghazali kepada pemerintah dan para pembesar.  Pastinya dapatan daripada kajian Dr. Jelani harun dan bentuk-bentuk panduan dalam pemerintahan oleh Imam al-Ghazali ini memberi manfaat yang besar kepada para pembaca.

Siri Warisan Sastera Klasik
Hikayat
SERI KELANTAN


Penerbitan semula karya-karya klasik dengan pendahuluan atau kata pengantar yang lebih ilmiah oleh para sarjana tempatan amat berguna sebagai bahan rujukan para pelajar dan para pengkaji sastera, di samping memperbanyak khazanah sastera negara.

Hikayat Seri Kelantan merupakan salah sebuah karya klasik yang memenuhi ciri yang dikatakan itu.  Hikayat ini mengisahkan sejarah pertuturan raja-raja Kelantan, bermula dengan kisah Encik Siti Wan Kembang yang memerintah negeri Kelantan Purba yang dikenali dengan nama Tanah Serendah Kebuh Bunga Cerangtegayung.  Selepas itu diikuti dengan kisah Legenda Puteri Sa'dong anak angkat Encik Siti Wan Kembang yang telah membunuh suaminya, kerana dianggap tidak setia.  Puteri Sa'dong turun takhta dan menyerahkan pemerintahan negeri kepada adik iparnya yang bernama Raja Ibrahim.  Selepas itu pemerintahan Kelantan mula bergolak.  Rajanya silih berganti sehingga berlaku beberapa peperangan saudara yang turut melibatkan negara jiran iaitu Siam dan Terengganu.

  

Datanglah ke Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788 

 

Untuk sebarang pertanyaan umum sila ke Khidmat Nasihat DBP.

 
: 2677831
 
Aduan Pelanggan
  Carian Laman
  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Muat Turun Dokumen

Borang
Brosur
Buku
Poster

  Prestasi Perkhidmatan Dalam Talian

Piagam Pelanggan

Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian





 Kaji Selidik

 

Apakah pandangan anda tentang perkhidmatan yang disediakan oleh DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  11206681112066811120668111206681112066811120668111206681112066811120668111206681 
Hari Ini 292
Semalam 2038
Minggu Ini 11620
Minggu Lepas 21218
Bulan Ini 52096
Bulan Lepas 57593
Semua 11206681

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2148 1011
Faksimile: 03-2144 7248(Am)
03-2144 5727(Bahasa)
03-2141 4109(Sastera)
03-2148 2945(Korporat)
Pertanyaan: Khidmat Nasihat DBP

Telefon Pantas:

 

Direktori:

 

Telefon dan E-mel Staf DBP

  Facebook DBP  Facebook PRPM   Facebook PUSPANITA DBP Twitter DBP Twitter  RSS DBP Suapan RSS  Web TV DBP  Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.
Tarikh akhir kemas kini: 20 Mei 2013