Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Sabtu, 23hb Ogos 2014  

  MAJALAH - PELITA BAHASA

      

Puisi
Sepoi-sepoi Bahasa.

Tokoh Bahasa
Abdul Aziz Hitam.

Nota Editor
Jawi yang Sirna Sinarnya.

Komentar Bahasa
Sri dan Seri

Sari Bahasa
Pemerkasaan Tulisan Jawi.

Sari Bahasa
Mengembalikan Maruah Tulisan Jawi.

Ujana Bahasa
Pantun Jenaka.

Gaya Bahasa
Kata dan Kita.

Endah Bahasa
Melindungi #+m@lu@& Anda?

Cemerlang Bahasa
Fungsi Frasa Adjektif.

Cemerlang Bahasa
Penegasan dalam Ayat.

Motivasi Pelajar
 
10 Langkah Mengikis Sikap Malu Tidak Bertempat.

Berita Bahasa
Akademi Retorika Cungkil Bakat Pelajar. 

Sastera dalam Bahasa
 Menganalisis dan Membandingkan Watak dalam Komsas SPM.

Dunia Bahasa
Bahasa Disanjung, Agama Dijunjung.

Pengajaran Bahasa
Memperkasakan Bahasa Melayu Melalui Program MDK.

Cerpen
Sepohon Kemboja Putih.

Warisan Bahasa
Penggabungan Abjad Jawi.

Warisan Bahasa
Pantun Anak Perantau.

Soal Jawab Bahasa
Dan, Tetapi, Atau.

Bijak Bahasa
Kosa Kata : Antari dan Jib.

Bijak Bahasa
Teka Silang Kata.

Pustaka Bahasa
Teknik Mengajar yang Menghiburkan Pelajar.

Sastera dalam Bahasa
 Analisis Soalan Cerpen Komsas.

 

 NOTA EDITOR

Jawi yang Sirna Sinarnya

Oleh  Junaidah Ahmad Ghazali              

SEBELUM bahasa Melayu menggunakan aksara Jawi sebagai wahana, bahasa Melayu terlebih dahulu menggunakan beberapa jenis aksara, antaranya termasuklah tulisan Pallawa, tulisan Dewanagari, tulisan Rencong dan tulisan Kawi. Namun demikian, penyebaran dan peluasan penggunaan tulisan-tulisan tersebut amat terhad dan hal ini mempengaruhi usia aksara tersebut di alam Melayu.  
 Dengan penyebaran Islam ke rantau Melayu, aksara Arab turut diperkenalkan dan mula bertapak dalam kalangan pengguna bahasa Melayu. Oleh sebab aksara Arab bersifat dinamik, beberapa tambahan huruf  baharu  dicipta untuk disesuaikan dengan lambang bunyi bahasa Melayu. Bermula dari itu juga, huruf Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu mengalami perubahan hingga membentuk tulisan Jawi. 
  Sejak itu, tulisan Jawi berada pada kedudukan yang amat selesa kerana wibawanya sebagai tulisan yang dinamik dan berupaya menjadi wahana yang luas daerah jangkauannya. Sejarah merakamkan kegemilangan tulisan Jawi sehingga tulisan ini kukuh menjadi “wajah” dan wadah bangsa Melayu dalam mengungkapkan ilmu serta memenuhi fungsinya sebagai medium persuratan Melayu.
 Namun begitu, senario hari ini menyaksikan bahawa tulisan Jawi telah pudar kegemilangannya, sudah sirna sinarnya. Remaja kini tidak berasa bersalah jika tidak pandai membaca atau menulis dalam tulisan Jawi. Jauh sekali untuk berasa malu kerana tidak berupaya mengeja tulisan yang merupakan warisan nenek moyang mereka. 
  Walau bagaimanapun, usaha Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk memperkasakan kembali tulisan Jawi agar  “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” dengan tulisan Rumi, perlu disambut baik oleh semua pihak. Selain itu, melestarikan penggunaan tulisan Jawi agar tulisan ini tidak berkubur tanpa pusara, seperti nasib tulisan Pallawa atau tulisan Kawi.

   
                                            Selamat datang 2007.


SARI BAHASA                                                               

Mengembalikan  Maruah Tulisan Jawi

Oleh Samat Buang

TULISAN Jawi merupakan seni penulisan yang terawal wujud berabad-abad lamanya di negara kita. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi pernah ditemukan berasal daripada tulisan Arab dan mempunyai huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Pada masa dahulu, orang luar terutama dari Asia Barat, membahasakan orang Melayu sebagai orang Jawi. Jawi yang dimaksudkan ialah Kepulauan Melayu yang merujuk kepada pusat tamadun Melayu yang terdapat di rantau Nusantara.
 Sementara itu, yang dimaksudkan dengan tulisan Jawi ialah tulisan Melayu. Tulisan ini berkembang sejak zaman kerajaan Islam Pasai, kemudian berpindah ke zaman kerajaan Melaka, diikuti dengan zaman kerajaan Johor, dan kerajaan Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan Jawi di negara ini apabila terjumpanya inskripsi pada Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu pada tahun 702 Hijrah atau 1303 Masihi, manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemukan pada akhir kurun ke-19. Hal ini menunjukkan bahawa tulisan Jawi sampai ke negara ini lebih awal berbanding dengan tulisan Rumi.
  Tulisan Jawi yang tersohor suatu ketika dahulu, kini seolah-olah dipinggirkan apabila generasi baharu tidak lagi menunjukkan minat untuk mempelajari tulisan Jawi sebagai warisan budaya bangsa yang sepatutnya dipertahankan. Jika kita menelusur sejarah tanah air dan Kepulauan Melayu (Nusantara), tulisan atau skrip Jawi pernah melalui zaman gemilang dalam pelbagai urusan pentadbiran, adat istiadat, keagamaan, budaya, dan perdagangan, khususnya semenjak kerajaan Melaka wujud pada awal abad ke-15.
 Peranan tulisan Jawi berkembang maju melalui beberapa perjanjian penting antara pihak raja Melayu dengan pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Antaranya termasuk perjanjian Sir Stamford Raffles dengan pihak raja Johor, Perjanjian Pangkor 1874 dan Pemasyhuran Merdeka 1957 yang tertulis dalam skrip Jawi. Sementara akhbar dan majalah seperti Utusan Melayu, Utusan Zaman, Mastika, dan lain-lain lagi amat popular ketika awal penerbitannya yang menggunakan tulisan Jawi dan beroleh tempat yang istimewa dalam kalangan orang Melayu. 
 Memang tidak dapat dinafikan bahawa tulisan Jawi merupakan satu aspek yang amat penting dalam mengekalkan identiti budaya Melayu. Tulisan Jawi juga berkait rapat dengan kedatangan Islam dan budaya al-Quran. Pengaruh al-Quran dalam bahasa Melayu amat kuat sehingga berlaku peminjaman perkataan Arab ke dalam bahasa Melayu. Tulisan Jawi dikatakan pernah menjadi tulisan antarabangsa seperti juga bahasa Melayu yang menjadi lingua franca. Catatan pengembara Eropah seperti Magellan, Tom Pires dan Van Ronkel,  menggambarkan bahawa bahasa Melayu dan tulisan Jawi diiktiraf sebagai bahasa perhubungan utama pada zaman Kesultanan Islam di Nusantara. Pengabaian terhadap tulisan Jawi bererti mengabaikan satu budaya yang sudah berakar umbi dalam alam Melayu sejak dahulu lagi.
 Sudah menjadi lumrah bahawa tulisan menjadi identiti kebanggaan sesuatu bangsa. Orang Cina, India, Jepun, Korea, Inggeris, dan lain-lain berbangga dengan keunikan identiti tulisan mereka. Oleh itu, orang Melayu seharusnya bersyukur dan berasa bertuah kerana memiliki tulisan yang menjadi identiti mereka sendiri. Tulisan orang Melayu pernah menjadi penyalur intelek dan politik utama kepada masyarakat Islam dan orang Melayu, khususnya sebelum tahun 1960, dapat dikatakan semuanya menghayati penulisan atau perutusan dalam tulisan Jawi.
 Perjuangan awal politik tempatan di Semenanjung Tanah Melayu dan pergerakan persuratkhabaran juga menggunakan Jawi seluruhnya. Dalam perkembangan ini, akhbar Melayu Peranakan (1907) dan Utusan Melayu yang diterbitkan pada 1939 menyalurkan gerakan nasionalisme Melayu sehingga menyumbang peranan penting kepada tenaga sekutu dan perjuangan memerdekakan tanah air pada 31 Ogos 1957 setelah melalui pelbagai proses dan tahap kesukaran. Justeru, jalinan tulisan Jawi dengan peradaban silam tidak dapat disangkal lagi.
 Kita tidak seharusnya mengekalkan mentaliti penjajah seperti R.J. Wilkinson yang dengan sengaja membunuh tulisan Jawi dengan mencipta tulisan Rumi. Dengan adanya tulisan Rumi, sedikit demi sedikit British menarik masyarakat Melayu daripada akar umbinya, sehingga keyakinan terhadap tulisan itu terkikis daripada masyarakat Melayu. Penjajah yang bijak seperti British sengaja memusnahkan warisan itu supaya tamadun mereka boleh disebarkan kepada anak negeri bagi mengukuhkan cengkaman taring imperialismenya, sehingga keyakinan diri anak negeri termusnah. Sementara, skrip Rumi beroleh pilihan dan penggunaan yang lebih menyeluruh dalam sistem pemelajaran sehingga tulisan Jawi lama-kelamaan terpinggir. Pada 1980, khususnya tulisan Jawi mulai kurang pemakaiannya baik di sekolah mahupun di sekitar kehidupan lain. Perutusan-perutusan rasmi di-Raja juga terhenti dalam skrip Jawi pada tahun 1979 dan seterusnya akhbar dan majalah dalam tulisan Jawi turut menerima nasib...  
 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Pelita Bahasa Januari 2007. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

 

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel:03-21485869/03-21433504 Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

azrina@dbp.gov.my 03-21482247untuk Pertanyaan                                                                           

 
Dikemaskini pada 7 Nov 2008
: 4833682
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  11963904119639041196390411963904119639041196390411963904119639041196390411963904 
Hari Ini 24
Semalam 895
Minggu Ini 9059
Minggu Lepas 8308
Bulan Ini 26592
Bulan Lepas 37087
Semua 11963904

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 21/08/2014