Melayu  |  English 

  Selamat Datang Pelawat  

  Jumaat, 3 September 2010  

  PRPM(Istilah, Kamus, Ensiklopedia dll.)

  Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Prestasi

  Aplikasi Dalam Talian

Khidmat Nasihat Dalam Talian

Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Ensiklopedia  

Istilah 

Bahasa Sukuan 

Kamus

Korpus Bahasa Melayu

Semakan Manuskrip Mengikut Carian Judul

Katalog Awam Dalam Talian

Carian Buku/Majalah

Pustaka Digital

  Perkhidmatan
  Maklumat Umum

Borang-borang

Soalan Lazim

Telefon/Faks

Lokasi DBP

  Warga DBP Sahaja

Intranet

Web Mel

  Hiper Rangkai

Pusat Dokumentasi Melayu

Munsyi Dewan

Dawama

Puspanita DBP

Koperasi DBP

Persatuan Penterjemah Malaysia

Institut Terjemahan Malaysia

Produk Multimedia DBP

  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

  MAJALAH - DEWAN MASYARAKAT

      

 

SIDANG EDITORIAL DEWAN MASYARAKAT

RENCANA UTAMA


Perunding Pelaburan Unit Amanah: Jutawan Sebelum Usia 35 Tahun
 
Fakrurazi Ismail

Jualan Langsung: "Lubuk Jutawan"
Oleh A. Zaidel Zubair

Perniagaan Dalam Talian
Lahirkan Jutawan Internet
Oleh Muhamad Zubair

LAPORAN KHAS

Polemik Nasib Pelajar Malaysia di Korea: Mencari Penyelesaian

Reaksi Alumni Graduan Institusi Korea

KOLUMNIS

KACA DI JENDELA:
 Wajah Islam yang Dicemari
Oleh Hassan Ahmad


 

 

FILEM:
Filem Pendek: Aspirasi Golongan Muda
Oleh Mohammad Mahdi Abas

MEDIA:
Akhirnya Ching Cheong Teraniaya?
Ol
eh Jeniri Amir

MEDIA:
DBP Terus Mengorak Langkah
Ol
eh Zulkifli Salleh

SAINS:
Galaksi Andromeda dan Galaksi Bima Sakti Bakal Bertembung
Ol
eh Ramli Abdul Samad

SURAT PEMBACA

CATATAN KEPADA PEMBACA

MANUSIA DAN PERISTIWA

SUMBER UTAMA

CELOTEH MAT LETUP

 

RENCANA      

MARITIM:
Selat Melaka Keselamatan Tanggungjawab Bersama
Oleh  Nazrey Khalid

PENDIDIKAN:
Pelajar Lelaki Lembap?
Oleh  Hasan Baseri Budiman

SOSIAL:
Rogol: Wanita Terus dizalimi 
Oleh  Tam Cai Lian

PANORAMA:
Tersungkurnya Demokrasi di Kaki Gajah Putih
 Oleh  Saifullizan Yahaya

EKONOMI:
Kekecohan Krisis Gula: Tanaman Tebu Terus Terpinggir
Oleh Abdul Rahim Anuar

KHABAR DARI NEW YORK:
Takbir Bergema di Kota Raya New York Oleh Norzahizan Ismail

AGAMA:
Hero Ummah: Antara Altruis dengan Oportunis
Oleh  Ibnu Ahmad al-Kurawi

ANTARABANGSA:
Nasib NAM di Tangan Cuba
Oleh Sivamurugan Pandian

ANTARABANGSA:
Zionis Diaibkan oleh "Singa Arab"
Oleh  Nazmi Yaakub

ANTARABANGSA:
Chavez Semakin Lantang; AS Semakin Resah
Oleh  Haris Zalkapli
 

SERANTAU:
Bermulanya Era Pembaharuan Jepun
Oleh Muhammad Haffy Zikry

KESIHATAN:
Hikmah di Sebalik Krisis Gula
 Oleh Siti Balkis Budin

SERANTAU:
Gajah Putih yang Sentiasa Resah
Oleh Ahmad Zaki Hasan

PROFIL:
"Pengurusan Kewangan Kunci Kejayaan"
Oleh Mohd. Hasif Harun

Catatan Kepada Pembaca


ANTARA POLEMIK DENGAN PENYELESAIAN


Makalah tulisan Dr.Sivamurugan Pandian berjudul, “Saya Menyesal ke Sini”, yang disiarkan dalam Dewan Masyarakat keluaran September yang lalu, mencetuskan polemik yang cukup hangat. Penulis menerima pelbagai reaksi daripada banyak pihak berhubung dengan penyiaran makalah yang cukup kontroversi itu.
   Bagi berlaku adil dan objektif, Dewan Masyarakat pada bulan ini menyiarkan pandangan tiga pihak yang terlibat secara langsung dalam isu ini untuk memberikan penjelasan masing-masing; Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Dr. Sivamurugan Pandian, dan sumber dari Korea sendiri (enggan namanya disiarkan). Pembaca Dewan Masyarakat diberikan ruang sebaik-baiknya untuk menilai kedudukan sebenar isu ini.
  Jika diteliti, permasalahan utama yang menjadi perdebatan dalam isu ini ialah keadaan pelajar Malaysia yang mengikuti Program Pengajian Teknikal (PPT) kelolaan JPA yang hampir kesemuanya dipusatkan di sebuah kolej sahaja iaitu di Dongyang Technical College, Seoul, Korea. Hal ini memberikan banyak kesan negatif kepada pelajar.
  Ekoran itu, walau apa-apa pun polemik yang timbul berikutan penyiaran makalah tersebut, fokus terhadap penyelesaian permasalahan utama ini tidak boleh menyimpang. Jangan nanti, gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah.
  Tulisan Dr. Sivamurugan yang mengundang kontroversi itu sebenarnya hasil pemerhatian langsung beliau semasa berkunjung di Korea baru-baru ini untuk menjalankan penyelidikan tentang keberkesanan Dasar Pandang ke Timur. Sedutan daripada hasil penyelidikan itulah yang ditulis oleh beliau dalam makalah yang siarkan Dewan Masyarakat pada keluaran September yang lalu.
  Pada keluaran Oktober yang lalu pula, Dewan Masyarakat, memberikan ruang kepada JPA memberikan penjelasan lanjut berhubung dengan isu ini. Penjelasan panjang lebar daripada JPA itu, menjawab hampir keseluruhan persoalan yang ditimbulkan oleh Dr.Sivamurugan.   
  Penulis yakin bahawa pihak berwajib yang terlibat secara langsung dalam program penghantaran pelajar Malaysia di Korea ini telah berusaha sedaya-upaya untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar. Berikutan itu, polemik yang tercetus daripada penyiaran makalah Dr. Sivamurugan itu, diharapkan menjadi “pembakar” semangat mereka untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik demi memastikan apa-apa yang disiarkan dalam makalah itu tidak langsung menggugat segala matlamat murni yang telah mereka sasarkan
.

                                                                  - Mohd. Shukri Mohd. Ariff 


RENCANA UTAMA


Perunding Pelaburan Unit Amanah: Jutawan Sebelum
Usia 35 Tahun

Oleh Fakrulrazi Ismail

Kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi di negara ini bukan sekadar mengurangkan kadar kemiskinan dan mewujudkan kelas menengah yang besar, malah berjaya melahirkan banyak usahawan muda Bumiputera yang berjaya di bawah umur 35 tahun. Ada dalam kalangan mereka yang berumur di awal 20-an, tetapi memperoleh pendapatan berpuluh-puluh ribu ringgit sebulan. Bayangkan ketika remaja seusia mereka sedang bertungkus-lumus mahu memulakan hidup baharu dan mencari pekerjaan selepas tamat pengajian di sekolah atau universiti, kelompok usahawan muda ini memperoleh pendapatan antara lima hingga tujuh angka sebulan, memandu kereta mewah, dan memiliki kediaman mewah hasil usaha mereka sendiri.
   Jadi, Dewan Masyarakat bulan ini mengetengahkan kisah usahawan muda bumiputera di bawah umur 35 tahun yang kaya dan berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan yang diceburi. Kisah mereka ini membuktikan bahawa di tengah-tengah kemelut sosial yang melanda generasi muda Melayu mutakhir ini, masih ada segelintir dalam kalangan mereka yang boleh dibanggakan pencapaiannya dan dijadikan suri teladan kepada yang lain...   
  
 
 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Masyarakat  November. 2006 Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

dmsy@dbp.gov.my 03-21482235untuk Pertanyaan                                                                                          Tarikh kemaskini: 2 November 2006 Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal maklumat:  Suria Janib, Bahagian Majalah.

 
Dikemaskini pada 3 Nov 2006
  Carian Laman


Dewan Bahasa dan Pustaka,
Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA

Tel: 03-2148 1011

Ikuti
Bulan Bahasa Kebangsaan
di Facebook


WAKTU PERKHIDMATAN

Isnin - Khamis

8:30 pg - 4:30 ptg

Jumaat

8:30 pg - 12:00 tgh

2:45 ptg - 4:30 ptg

 Majalah DBP
  Jumlah Capaian Sejak Jun 2004

  7801503780150378015037801503780150378015037801503 

  Muat Turun Aplikasi

               

Dasar Privasi  |   Dasar Keselamatan  | Notis | Hakcipta  | Pasukan Web| Soalan Lazim

               

Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
(Talian Umum)--Telefon: 03-21481011 ,
21443300,21443030, 21444433,21444477, 21444800, 21446600,21447071, 21447744
Faks: 03-21447248 (Am), 03-21445727 (Bahasa), 03-21414109 (Sastera)
Untuk sebarang pertanyaan umum sila ke
Khidmat Nasihat DBP.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas, resolusi 1024 x 768 pixel.