Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Jumaat, 18hb April 2014  

GHAZALI M.A
(Mohd. Ghazali bin Abdullah, On Ah Guan)

LAHIR : 12 Mac 1952, di Kampung Tanah Merah, Machang, Kelantan.
ALAMAT : Akademi Seni Kebangsaan, Tingkat 33, Empire Tower, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

GHAZALI M.A. merupakan salah seorang penulis Malaysia berketurunan Cina yang penting dalam perkembangan kesusasteraan tanah air.  Di samping cerpen, beliau juga menulis dalam genre novel, puisi dan esei.  Cerpen pertama beliau,  "Aku Tidak Tahu" telah disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada Februari 1972.

Anak ketiga daripada enam beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kelaweh, Machang, Kelantan mulai tahun 1959 hingga 1964.  Semasa di sekolah rendah beliau tidak langsung meminati bahasa dan sastera.  Ketika itu  Ghazali M.A. lebih menyerlah dalam Ilmu Hisab (Matematik), malah merupakan salah seorang pelajar yang pintar dalam mata pelajaran tersebut.  Pada tahun 1965 hingga pertengahan tahun 1967, beliau belajar pula di Sekolah Menengah Anika Jurusan, iaitu sebuah sekolah yang ditumpangkan para pelajarnya di Sekolah Kebangsaan Pangkal Meleret kerana pada tahun 1965 buat pertama kalinya aliran Melayu diwujudkan di sekolah menengah.  Ghazali M.A. adalah salah seorang pelajar pertama dalam aliran Melayu di sekolah menengah tersebut.  Pada pertengahan tahun 1967, atas sebab-sebab yang tidak diketahui Sekolah Menengah Anika Jurusan Pangkal Meleret itu ditutup dan para pelajarnya dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Machang.  Pada akhir tahun tersebut Ghazali menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran.  Ghazali M.A. mendapat keputusan yang baik tetapi sayangnya keputusan mata pelajaran Bahasa Melayu amat mengecewakan.  Lantaran itu dia tidak dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.  Mulai tahun 1968 hingga 1969 beliau belajar di Sekolah Menengah Hamzah Machang.  Semasa di sekolah inilah beliau mulai belajar sastera Melayu dan terus meminati bahasa dan sastera Melayu.  Perkembangannya dengan karya sastera membawanya mengenali tokoh-tokoh penulis yang diminatinya seperti Usman Awang, Keris Mas , A. Samad Said, Arenawati, Shahnon Ahmad dan Masuri S.N.

Sajak pertamanya yang berjudul "Kebangsaan" tersiar dalam majalah sekolah, Harimau pada tahun 1969.  Dengan tersiarnya sajak tersebut sedikit demi sedikit beliau mula mendalami sastera Melayu dan mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh, apatah lagi suara hatinya berkata: "Kalau Usman Awang boleh menulis sajak, kenapa aku tidak boleh".

Bermula dari saat itulah Ghazali M.A. menulis sajak, cerpen dan esei.  Walaupun banyak karyanya yang dihantar ke media massa tidak diterbitkan, namun beliau tidak berputus asa.  Akhirnya pada awal tahun 1970, eseinya mula disiarkan dalam Utusan Malaysia dan kemudian diikuti dengan sajak dan cerpen.

Sesudah lulus Sijil Pelajaran Malaysia, beliau  bekerja sebagai kerani di kawasan pedalaman Ulu Kelantan. Hasratnya ingin melanjutkan pelajarannya tetapi kemiskinan keluarga membantutkan cita-citanya.  Semasa bekerja di sini beliau mengidap "malaria" selama lebih dari satu tahun.  Tidak selesa berada di pedalaman ini, Ghazali M.A.  berhijrah pula ke Kota Bharu dan bekerja sebagai pembantu di Kedai Hardware. Kerja ini pun rupa-rupanya tidak sesuai dengan dirinya lalu beliau memohon jawatan penyelenggara stor di Jabatan Pertanian Kelantan dan pada 1 September 1971 Ghazali M.A. mulai bertugas.  Pada tahun 1973 beliau diangkat ke jawatan Pegawai Kerani dan bertugas di Bachok, Kelantan.  Oleh kerana Bachok pada waktu itu merupakan bandar yang "mati", Ghazali M.A. memohon ditukarkan ke Machang, Kelantan, tempat kelahirannya.

Ghazali M.A. bekerja di Pejabat Tanah Machang, Kelantan selama 16 tahun.  Kemudian ditukarkan ke Jabatan Perhutanan Kelantan selama satu tahun, dan dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Kerani Kanan di Jabatan Kerja Raya, Kuala Krai, selama 3 tahun.  Pada 1993, beliau ditawarkan jawatan Pegawai Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Kuala Lumpur.  Di samping bertugasnya sebagai Pegawai Kebudayaan di Unit Sastera, beliau juga sering diminta memberi ceramah atas tajuk "Perjuangan dan Ketahanan Bangsa ke Arah Pembinaan Negara yang Bermaruah" anjuran Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri.

Ghazali M.A banyak membentang kertas kerja yang berkaitan dengan kebudayaan dan pelancongan yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan sebagainya.  Kini beliau sedang menyiapkan tesis sarjananya mengenai pelancongan budaya.  Jawatan terakhir beliau ialah Penyelaras Program, Program Penulisan, Akademi Seni Kebangsaan.  Dalam tempoh yang sama, beliau telah menyusun, mengedit dan menerbitkan buku-buku di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.  Antara buku-buku tersebut: Temu Puisi III (1993), Teater Tradisional Buku I (1996), Rumah Melayu Kelantan (1998) dan Wayang - Bibliografi Hamzah Awang Amat (1999).

Ghazali M.A. memeluk Islam pada 10 Mei 1971 semasa bertugas di Kota Bharu.  Islam bagi beliau adalah matlamat hidup "manusia" dan semasa di Kota Bharu, beliau menghabiskan masa lapangnya dengan membaca buku terutamanya buku-buku Islam di perpustakaan dan di kedai-kedai buku.  Di samping itu beliau belajar di Institut Pendidikan Kota Bharu di sebelah malam sehingga lulus Sijil Tinggi Persekolahan pada tahun 1972.  Atas desakan hidup dan kemiskinan, Ghazali M.A. tidak dapat melanjutkan pelajaran untuk sekian lama.  Akhirnya pada tahun 1981, hasratnya untuk belajar tercapai apabila dia diterima sebagai pelajar Pengajian Luar Kampus di Universiti Sains Malaysia dan pada tahun 1986 Ghazali M.A. berjaya memperoleh ijazah dengan jayanya dengan pengkhususan dalam sains politik.

Pada peringkat awal perkembangannya banyak karya Ghazali M.A. yang bertemakan Islam sama ada dalam genre sajak, cerpen dan novel.  Beliau mendalami Islam bukan sahaja melalui pembacaan buku-buku, malah belajar secara tradisi “menadah kitab” seperti kitab Matlain Badri, Bidayatul Hidayah, Al Hikam dan belajar juga al-Quran sehingga khatam.  Ghazali M.A. tidak sedikit pun terpengaruh dengan kumpulan-kumpulan dakwah kerana beliau berpegang kepada falsafah guru-gurunya seperti Tuan Guru Haji Wan Yaacob Haji Che Tengah dan Tuan Guru Haji Wan Yusoff bin Haji Che Tengah (Allahyarham) yang menegaskan; "Berdakwahlah dalam diri kita dulu sebelum berdakwah kepada diri orang lain", dan "Kita ikut sunnah siapa?  Kerana sekiranya apa yang tidak dibuat oleh Rasulullah, itu adalah syaitan".

Sewaktu berkhidmat di Machang, Ghazali bersama-sama teman-teman penulis yang lain seperti Abdullah Tahir (Allahyarham), Marhan dan Zaid Ahmad berbincang tentang perkembangan cerpen, novel dan puisi tanah air serta dunia, iaitu pada sekitar awal tahun 1970-an.  Hasil daripada perbincangan ini, Ghazali M.A. dapat menghasilkan beberapa karya.  Kemuncaknya dua buah novel, Meniti Cahaya (1980) dan Biar Orang Tahu (1983) berjaya diterbitkan.  Pada waktu ini juga beliau bersama-sama Zaid Ahmad, Marhan dan beberapa orang penulis yang lain telah menubuhkan Persatuan Penulis dan Sastera Machang (PERSENI), tetapi persatuan ini tidak hidup lama kerana pertukaran tempat kerja di kalangan penulis-penulis yang ada di Machang.  Ghazali juga pernah melibatkan diri dalam Persatuan Penulis-penulis Kelantan (PPK) sebagai Ahli Jawatankuasa, iaitu dari tahun 1976 hingga 1985.  Beliau juga pernah aktif dalam persatuan-persatuan belia dan pernah memegang jawatankuasa pengerusi dan setiausaha di daerahnya.  Ghazali menyertai persatuan sukarela lain dan menjadi setiausaha kepada Majlis Kebajikan Malaya Cawangan Machang (1975-1985) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Machang (1983-1988).

Aliran yang terdapat dalam karya-karya Ghazali M.A.  masih bersifat konvensional kerana bagi aliran itulah yang meletakkan novel-novel dunia bersifat sejagat dan kekal zaman-berzaman seperti karya-karya yang dihasilkan oleh Tolstoy, Dostoevsky, Turgenev, Chekov, Thomas Mann, Kafka, Flaubert, Joyce, Lawrence, Shakespeare, Sartre, Camus dan ramai lagi.  Karya-karya pengarang besar dunia ini menarik minat beliau kerana menurutnya; "dapat meningkatkan ilmu dan memperkayakan pengalaman".

Sepanjang pengkaryaannya, Ghazali M.A. jarang turut serta dalam peraduan atau sayembara.  Cuma pada tahun 1983 dia mendapat tempat ketiga dalam peraduan mengarang cerpen anjuran majalah Balai Muhibah.

 

KARYA
Puisi
- Duri di Kaki (antologi bersama). Kuala Lumpur: Pustaka Abadi, 1972
- Melodi Hidup (antologi bersama).  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989
- Di Dunia Pertama. Shah Alam: Marwilis Publisher & Distributor Sdn. Bhd., 1993.
Novel
- Meniti Cahaya. Singapura: Pustaka Nasional,  1980
- Biar Orang Tahu.  Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu Raya, 1983
Cerpen
- Sementara Menanti.  Kuala Lumpur: Heinamann Educational Books, 1982

 

 
Dikemaskini pada 25 Nov 2008
: 4480672
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
Aduan Pelanggan
  Carian Laman
  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Muat Turun Dokumen

Borang
Brosur
Buku
Poster

  Majalah
  Prestasi Perkhidmatan Dalam Talian

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan Dalam Talian

e-Komuniti

e-Karya

e-Perkhidmatan

e-Penerbitan

e-Penyelidikan
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan




 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas




Jumlah Capaian
  11773154117731541177315411773154117731541177315411773154117731541177315411773154 
Hari Ini 736
Semalam 1165
Minggu Ini 6735
Minggu Lepas 8430
Bulan Ini 22103
Bulan Lepas 34779
Semua 11773154

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9461 (Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
Pertanyaan: Khidmat Nasihat DBP

Telefon Pantas:

 

Direktori:

 

Telefon dan E-mel Staf DBP

    Khas bagi pengguna
QR Code
qrcode 
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS  Web TV DBP  Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 17/04/2014