Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Ahad, 26hb Mei 2013  

  Kalendar Aktiviti Ibu Pejabat, Cawangan Sabah, Sarawak dan Pejabat Wilayah

<<   Mei 2013   >>

Aha

Isn

Sel

Rab

Kha

Jum

Sab

 

 

 

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

 

 

 

 

 

 

 

 

  Majalah
  Kosa Kata

KEDIAMAN PINTAR

Takrif : kediaman yang dilengkapi pelbagai kemudahan berteknologi canggih untuk memantau dan mengawal fungsi perkakasan rumah, keselamatan dan sistem pengawasan, dan mempunyai sistem komunikasi yang boleh bersambung dgn rangkaian luar.

...[Lagi]

 


 

  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

Perjuangan dan kelangsungan dunia sastera Melayu
Oleh LOQMAN HAKIM

 

TENTUNYA tahun 2003 lalu dan abad 21 ini merupakan detik manis bagi Dr. Syed Othman Syed Omar apabila dinobatkan Sasterawan Negara. Selepas lebih 30 tahun bergelumang sebagai seorang penulis dan ahli akademik ? menghasilkan 11 novel biasa, empat novel remaja, 184 cerpen dan 364 esei/kritikan sastera ? beliau masih terus bertahan.
Lebih dikenali dengan nama S. Othman Kelantan, beliau membuktikan usia dan perubahan zaman tidak membataskan kemampuannya untuk terus berkarya.
Di sebalik mengiktiraf beliau, abad 21 tidak menjanjikan sebarang kemegahan kepada perjuangan sastera dan bahasa Melayu seandainya para penggiat dan pencintanya tidak bersikap dinamik dan tuntas bergerak mengikut peredaran zaman.
Ternyata perubahan dan cabaran yang perlu dihadapi lebih besar, sama ada dalam negara, serantau dan juga antarabangsa.  Dan seandainya sastera negara ini masih bergelumang dengan penulis dan karya yang ada, maka tidak menghairankan bahawa sebenarnya sastera Melayu bersifat statik.
Sepanjang tahun 2003 lalu, beberapa sayembara penulisan seperti Novel Alaf Baru, Peraduan Menulis Cerpen dan Puisi Pelbagai Kaum, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan serta sejumlah peraduan dan anugerah sastera anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), swasta dan persatuan penulis tidak bermakna akan melahirkan penulis dan karya besar.
Biarpun tarikan hadiah kemenangannya dianggap lumayan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit, ia tidak memberi sebarang makna apabila karya itu sekadar megah dengan nobat kemenangan.  Pada masa yang sama, nasibnya juga tidak ubah seperti karya-karya lain yang tidak dibaca oleh masyarakat dan jualannya pula, menyedihkan.
Fenomena ini merupakan suatu malapetaka kepada dunia sastera Melayu kerana tanpa khalayak yang besar, sastera yang dicanangkan sebagai pencetus pemikiran besar negara dan manusianya, tidak lebih daripada ungkapan  akademik berbaur retorik.
Karya atau penulis besar tidak semestinya; malah lazimnya; tidak lahir daripada sayembara penulisan, sebaliknya iltizam dan kesungguhan penulis dalam memenuhi tuntutan berkarya.
Dalam konteks kesusasteraan negara ini, sayembara seolah-olah menjadi katalis kepada penulis, sama ada veteran atau kawalan serta penulis muda dan baru yang masih bertatih.  Hinggakan prestij bakat diukur bersandarkan kepada anugerah yang dinilai daripada sayembara penulisan.
Dan, apakah signifikan bagi DBP berterusan menganjur pelbagai pertandingan yang biasanya dikaitkan dengan usaha melahirkan karya-karya bermutu tetapi tidak pernah menguja khalayak membaca.  Juga sejauh manakah karya tersebut menarik perhatian pengkritik.
Memadai kah dengan usaha seperti ini dianggap sudah melaksanakannya, sedangkan sastera Melayu dan hanya tidak berupaya mencapai pengiktirafan yang lebih besar daripada Anugerah Sastera Negara atau Hadiah Sastera Malaysia.
Biarpun beberapa buku sastera Melayu telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa asing, ia masih tidak mendapat tempat atau pengiktirafan yang besar di gelanggang antarabangsa ? suatu keadaan yang nyata bertentangan sekali dengan pencapaian negara dalam bidang-bidang lain yang mencapai tahap dunia.
Hakikat duka
Nasib malang sastera Melayu sebenarnya tidak pernah menjadi lebih baik, sebagaimana nasib penulis atau penggiatnya yang tidak mencapai tahap atau status glamor atau popular.
Malah statusnya sebagai satu mata pelajaran di sekolah suatu ketika dulu, turun kepada sebahagian komponen mata pelajaran Bahasa Melayu adalah satu tamparan dan hakikat duka yang perlu ditelan, bagai menelan duri tajam.
Lebih memburukkan lagi keadaan apabila para guru mata pelajaran bahasa ini sebenarnya tidak mempunyai minat langsung terhadap kesusasteraan bangsanya sendiri.  Lantaran itu juga, tidak menghairankan sistem pendidikan negara selama ini pernah tidak menghasilkan kelompok penulis dan khalayak sastera yang besar.
Lalu, apakah yang telah dilakukan untuk lebih memartabatkan sastera Melayu.  Hakikatnya, badan-badan yang menjadi pendukung sastera terlalu sibuk dengan masalah dan urusannya sendiri.
DBP kelihatan lebih memperjuangkan bahasa Melayu di peringkat  negeri dan nasional dengan pelbagai kempen, yang nampaknya tidak membuahkan hasil dan kecintaan untuk menggunakannya secara lebih giat dalam pelbagai bidang strategik.  Malah kedudukan bahasa itu sendiri semakin tercabar dengan perubahan dasar.
Dalam tempoh sedekad ini juga badan berkanun ini lebih giat menggerakkan usaha perkembangan bahasa dan pengajian Melayu pada peringkat antarabangsa.
Namun apakah sasaran yang pernah ditetapkan oleh DBP untuk menjadikan bahasa kebangsaan ini sebagai bahasa kegunaan serantau dan peringkat dunia seperti di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadi kenyataan.
Jika disandarkan pada hujah bahawa pengembangan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa akan meningkatkan martabat sastera Melayu, ternyata usaha badan ini tidak memungkinkan suatu hasil yang boleh dibanggakan.
Demikian juga sekian banyak seminar dan persidangan sastera peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa yang dianjurkan masih tidak mengajakkan kedudukan sastera.  Sewajarnya pertemuan seperti ini memberikan impak dan pengertian kepada pembinaan sastera Melayu, namun, sehingga kini, tidak ada hasil yang boleh dibanggakan.
Yang pasti ialah dunia akademik dan ilmiah yang mengisi pertemuan itu tidak upaya menggerakkan sastera dan pada suatu tahap seolah-olah ia sendiri terpisah terus daripada kreativiti penulisan sastera.
Pada masa yang sama, apakah pula peranan yang dimainkan oleh persatuan penulis yang bertebaran di seluruh negara.  Masih bersifat kenegerian tanpa taring untuk menyengat dan tidak lebih menjadi satu forum percaturan politik berpersatuan yang terlupa agenda sastera.
Gapena selaku badan induk persatuan penulis pula perlu melakukan sesuatu dengan tidak membataskan kegiatan pada Sayembara Deklamasi Puisi, atau pencarian Melayunya di merata dunia semata-mata.
Tidak dinafikan pengukuhan jaringan hubungan berasaskan rasa keturunan memberikan nilai dan pengertian sentimental, tapi sejauh manakah pengisiannya benar-benar memberikan suatu signifikan ? kepada bahasa dan sastera.
Dalam dunia yang berteraskan hasil, sastera Melayu tidak cukup untuk hidup dengan segala perancangan yang kelihatan sempurna di atas kertas.  Keinginan menaikkannya tidak terletak pada bahu penulis semata-mata, lantaran itu menghendaki peranan khalayak dan keinginan politik.
Atau, sekali lagi sastera Melayu akan menjadi kembang tidak jadi dan julang tidak tinggi lantaran kegagalan semua pihak terlibat menjadi tenaga penjananya.

    (Sumber : Berita Harian   (04/01/2004) )
 
Dikemaskini pada 27 Jun 2012
: 3254977
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
Aduan Pelanggan
  Carian Laman
  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Muat Turun Dokumen

Borang
Brosur
Buku
Poster

  Prestasi Perkhidmatan Dalam Talian

Piagam Pelanggan

Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian





 Kaji Selidik

 

Apakah pandangan anda tentang perkhidmatan yang disediakan oleh DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  11210626112106261121062611210626112106261121062611210626112106261121062611210626 
Hari Ini 1668
Semalam 1674
Minggu Ini 1668
Minggu Lepas 13897
Bulan Ini 56041
Bulan Lepas 57593
Semua 11210626

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2148 1011
Faksimile: 03-2144 7248(Am)
03-2144 5727(Bahasa)
03-2141 4109(Sastera)
03-2148 2945(Korporat)
Pertanyaan: Khidmat Nasihat DBP

Telefon Pantas:

 

Direktori:

 

Telefon dan E-mel Staf DBP

  Facebook DBP  Facebook PRPM   Facebook PUSPANITA DBP Twitter DBP Twitter  RSS DBP Suapan RSS  Web TV DBP  Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.
Tarikh akhir kemas kini: 20 Mei 2013