Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Sabtu, 25hb Oktober 2014  

Pantun suburkan budaya bangsa
Oleh ANI AWANG

PANTUN adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau. Pantun adalah simbol artistik masyarakat Nusantara dan ia adalah lambang kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan sebagai alat komunikasi. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan aspirasi masyarakat dengan lebih jelas. Ia begitu sinonim dengan pemikiran dan kebudayaan masyarakat nusantara dan Malaysia.Di Nusantara, pantun wujud dalam 39 dialek Melayu dan 25 bukan dialek. Pantun juga didapati turut berkembang di selatan Burma, Kepulauan Cocos, Sri Lanka, Kemboja, Vietnam serta Afrika Selatan (kerana pengaruh imigran dari Indonesia dan Malaysia).
Pantun di Malaysia dan Indonesia telah ditulis sekitar empat abad lalu. Malah, ia mungkin berusia lebih tua daripada itu seperti tertulis dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu.Menyedari kepentingan pantun dalam memartabatkan budaya Melayu, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia telah mengadakan Seminar Pantun 2006 di Auditorium Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Seminar itu bertujuan mengetengahkan bakat-bakat baru di kalangan sektor korporat di samping memastikan generasi akan datang mengenali pantun sebagai seni tradisional Melayu yang unik.Menurut Ketua Bahagian Kesusasteraan Tradisional Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Rogayah A. Hamid, pantun merupakan satu-satunya hak milik kekal bangsa Melayu yang tidak tercemar dalam pertembungan masyarakat dunia.
Oleh itu, kata beliau, usaha mengekalkan semula pantun terutama pada majlis-majlis tertentu haruslah dipelihara supaya kesenian itu dapat dikembalikan dalam kehidupan Melayu sarwajagat.
“Sayangnya hari ini kita melihat ada unsur-unsur yang cuba menodai ciri-ciri pantun dengan mempopularkan pantun dua kerat yang kononnya disesuaikan dengan kehidupan kosmopolitan,’’ katanya dalam kertas kerja ‘Kebijaksanaan Emosi Dalam Pantun’ pada seminar itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.Penggiat pantun, Abdul Halim Salleh (Abdul Halim R) dalam kertas kerja ‘Berbalas Pantun dan Kaedahnya’ pula menjelaskan:“Pantun yang baik sepatutnya memiliki dua baris pembayang dan dua baris maksud. Kata-katanya harus diambil daripada kata-kata yang indah.”
Menurut Rogayah, sejak zaman berzaman keindahan pantun memainkan peranan penting sebagai bahan hiburan bergurau senda dan juga meluahkan perasaan yang tersirat. Contohnya:

Jeling-jeling paku,

Paku masak lemak;

Siapa jeling aku

Aku cakap pada emak.

Contoh itu, katanya, melambangkan orang Melayu mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dalam mengeksploitasi dan memanipulasi hal percintaan dan kasih sayang.Malah, kata Rogayah, kebijaksanaan orang Melayu menjadikan pantun sebagai alat komunikasi dalam beberapa upacara penting seperti upacara merisik, meminang dan adat istiadat perkahwinan, pembuka bicara dalam adat istiadat diraja juga telah memberi gambaran orang Melayu sebagai satu bangsa yang unik.Selain digunakan untuk berkomunikasi dalam beberapa adat istiadat, pantun juga dijadikan sebagai lirik dalam lagu-lagu Melayu lama seperti lagu Melayu asli, keroncong, dondang sayang, zapin, ghazal, canggung, beduan, seloka rakyat, bongai, belotah, barongan, tumbuk kalang, gendang Sarawak dan sebagainya. Contohnya:

Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan;

Intai kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

Sehubungan itu, Rogayah berkata, secara jelas pantun dapat memperlihatkan kesopanan Melayu kerana percakapan dalam pantun sentiasa beralas, suka berkias ibarat kerana sikap tolak ansur yang tinggi dan merendah diri.PencemaranAbdul Halim Salleh menjelaskan, pencemaran pantun berlaku kerana pemantun kerap kali tersilap dalam menyebut ataupun tidak dapat membezakan antara pantun dengan syair.Menurut beliau, kesilapan pantun boleh terjadi apabila terlebih atau terkurang suku kata, pembayang tidak betul, tidak sama rima, rima akhir macam syair, baris pantun yang tergantung dan silap teknik dalam menulis.Sementara itu, penulis dan penyelidik pantun tradisional Melayu, Dr. Harun Mat Piah dalam kertas kerja ‘Sejarah Pantun dan Keindahannya’ berkata, sejarah dan perkembangan pantun Melayu amat jelas membuktikan pantun adalah milik bangsa dan tamadun Melayu.
“Pemahaman terhadap pantun Melayu sewajarnya mengambil kira beberapa aspek sastera dan budaya Melayu sendiri termasuk ciri-ciri keunikan bahasa, aspek estetika dan etikanya, nilai dan pemikiran, jati diri dan pandangan dunia,” tambah beliau.

    (Sumber : Utusan Malaysia   (02/03/2006) )

 
Dikemaskini pada 30 Dis 2008
: 5024847
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP


SOAL SELIDIK
KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP
BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas




 

Jumlah Capaian
  12049359120493591204935912049359120493591204935912049359120493591204935912049359 
Hari Ini 236
Semalam 942
Minggu Ini 6961
Minggu Lepas 11134
Bulan Ini 34742
Bulan Lepas 41037
Semua 12049359

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Facebook Bulan Bahasa Kebangsaan  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 24/10/2014