Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Jumaat, 1hb Ogos 2014  

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

Daripada Editor
Sambutan Jubli Emas: Dirgahayu Dewan Bahasa dan Pustaka

Surat Kepada Editor
Cerpen Anwar Ridhwan Pembukaan Kalbu Pembaca
Sritharanee Subramaniam

 

Puisi Pilihan
Wan A.Rafar

Cerpen
Laron
Jasni Matlani.

Kembali
Saadiah Ibrahim

Misi dan Ayam Daging
 Azizi Haji Abdullah

Jurai Palma 2
 Siti Zainon Ismail

Drama
Nazar Kumar (Bahagian Ketiga)
Dahiri Saini

Puisi Bulan Ini
Pakaian
Ridzuan Kamis 

Nilai 
A.Hamid bin Jemain

 Aladin yang Tak Punya Lampu Sakti
 Aladin Mohamad.

Cinta di Atas Sejadah Raudah  Shamsuddin Othman

Usia yang Patah
Naapie Mat

Dalam Perkebunan Hati
A. Ghani Abdullah

Syaitan
Ismail Restu

Seketika Matahari Merendah di Pelabuhan
Marzuki Ali

Laut Pagi-pagi
Jamaludin D

Perjalanan Air
Sabar Bohari

Ujana Klasik
Pantun Peribahasa Perihal Mengenal Hidup (1)
Zaleha Ahmat

 

 

Karyawan Bulan Ini
Wan A.Rafar

"Jendela dan Kemeja":Perjalanan Kreatif Seorang Penyair Kecil
Wan A.Rafar

Hampir Setengah Abad Berkarya Apa yang Dimilikinya?
Norhisham Mustaffa


Fokus 
Dewan Bahasa dan Pustaka: Setengah Abad mengembangkan Sastera Malaysia
Hamzah Hamdani.

Dewan Sastera Wadah Syumul untuk Penulis
Amida Abdul Hamid

Ulasan Buku
8 Puisi Bebas Ruang dan & 8 Sajak Budak Tepi Sungai 

Anak Warisan

Memoir Anak Sisa Peperangan

Raja Donai Bahtera Kulit Kacang

 

Khabar Orang Disana
Kisah Sepasang Kekasih dan Sepasang Penulis  
Rozninah Abd. Azib


Spektrum

Sastera dalam Tarian dan Drama
Noordin Hassan


Sastera Antarabangsa

Orhan Pamuk: Jambatan Sastera antara Timur dengan Barat
Wan A.Rafar


Analisis
Lenturan Mata Hati dan Mata Akal Menghantar Kebijaksanaan
Lim Sweet Tin

Pengabaian Ilmu dalam Karya Sastera
Faisal Tehrani


Selingkar Bundaran Kata
Nikmat Naskhah
Muhammad Haji Salleh

 

Sorotan
Dugaan Pembakar Semangat Berkarya
Noor Shuhada Jamaludin

Pementasan Terater Monolog DBPWS: Ruang dan Peluang Karyawan Muda Johor
Rusdi Abd. Rahman

Anugerah Sastera Mastera 2006
Khatijah Ismail


Monolog Kecil
Mencari Watak Pemimpin dalam Sastera
Baha Zain


Pabila Hujan Turun
Boom
Shanon Ahmad

 

 

 

DARIPADA EDITOR


Sambutan Jubli Emas:  Dirgahayu Dewan Bahasa dan Pustaka

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyambut Jubli Emasnya pada 22 Jun 2006.  Pada usia 50 tahun ini, Dewan Sastera  pula berusia 35 tahun.  Dalam 35 tahun hayatnya, Dewan Sastera menjadi wadah DBP untuk mencapai matlamatnya, memperkembang bahasa dan sastera kebangsaan.
   Sempena menyambut perayaan Jubli Emas DBP, Dewan Sastera melalui ruang fokus menyiarkan satu makalah menarik tentang satu penganalisisan terhadap majalah Dewan Sastera, dari segi isi kandungan dan ruangannya.  Beberapa dapatan yang diketengahkan oleh penulis dan pengkaji memperlihatkan bahawa Dewan Sastera masih relevan dan berada pada landasan matlamat asalnya, biarpun telah dilakukan perbagai perubahan.  Perubahan demi perubahan yang dilaksanakan itu berasaskan keperluan hari ini namun, sedikit pun tidak akan menjejaskan kedudukan Dewan Sastera sebagai satu-satunya majalah sastera di tanah air kita.
    Pada usia sematang 50 tahun ini, selain mengekalkan prestij majalah Dewan Sastera penerbitan konvensional, DBP juga memulakan penerbitan majalah dalam taliannya pada tahun ini seperti yang dirancang.  Kedua-dua bentuk penerbitan sastera ini tidak lain tidak bukan bertujuan untuk mencapai inspirasi negara melahirkan masyarakat berbudaya biblioholisme yang menjadi pencinta buku yang sedang hebat dikempenkan kini.
    Budaya biblioholisme, merujuk kepada kecenderungan luar biasa dalam membeli, membaca, menyimpan, dan mengagumi bahan bacaan selain golongan “biblioholist” atau pencinta buku mengamalkan budaya membaca sepanjang hayat.  Jika penerapan budaya ini menjadi kenyataan dalam masyarakat kita, penerbitan majalah sastera dalam bentuk konvensional dan talian, iaitu e-majalah, akan menjadi pelengkap bagi memenuhi keperluan masyarakat berbudaya biblioholisme yang dicita-citakan itu.
   Sempena sambutan Jubli Emas ini, Dewan Sastera beriltizam untuk melipatgandakan usaha bagi memperkembang bakat sastera penulis tanah air di samping terus menjadi tunggak dan landasan kepada penulis mapan melebarkan bakatnya ke persada sastera antarabangsa.

Rozninah Abd. Azib



FOKUS 

Dewan Bahasa dan Pustaka: Setengah Abad Mengembangkan Sastera Kebangsaan

OLEH HAMZAH HAMDANI


Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, perkembangan kesusasteraan berbahasa Melayu mengalir secara alamiah. Para penulis tumbuh dan berkembang dengan daya usaha dan nasib masing-masing. Para pendukung utama terdiri daripada golongan wartawan dan guru. Institusi yang penting pada zaman itu ialah Pejabat Karang Mengarang yang berpusat di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, yang ditubuhkan pada tahun 1924. Namun, tumpuan utamanya adalah kepada penterjemahan dan penerbitan karya-karya dari Barat sebagai bacaan para pelajar sekolah.
  Menjelang Malaysia mencapai kemerdekaan, yang pada waktu itu bernama Persekutuan Tanah Melayu, pihak kerajaan telah menubuhkan Balai Pustaka, pada 22 Jun 1956 untuk menggantikan fungsi Pejabat Karang Mengarang, bertempat di Jabatan Pelajaran, di Johor Bharu. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga yang diadakan di Singapura dan Johor Bharu pada 16 hingga 21 September 1956, dalam Rumusan Sidang Bahagian A (II) telah mencadangkan supaya Balai Pustaka ditukar kepada nama Dewan Bahasa dan Pustaka, dan diberi taraf sebuah Badan Umum berdasarkan kebangsaan.
  Sehubungan dengan fungsi sasteranya, Kongres mencadangkan tujuan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hendaklah menyiasat, membongkar, dan mengumpulkan semula serta menghalusi hasil-hasil kesusasteraan Melayu semenjak zaman purba. Di samping itu, DBP hendaklah mengeluarkan hadiah-hadiah bagi mencipta buku-buku dalam bahasa Melayu dalam segala lapangan  kepada pengarang-pengarang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Kalimantan Utara.
  Dalam rumusan sidang Bahagian B(1), DBP diharap akan menerbitkan hasil-hasil kesusasteraan yang bernilai, dan menganjurkan dan menggalakkan penulis-penulis dan sasterawan-sasterawan Tanah Melayu dan Kalimantan Utara supaya mengadakan kerjasama dengan penulis-penulis dan sasterawan-sasterawan Indonesia dalam lapangan kesusasteraan.
   Melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, DBP menjadi badan berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang mempunyai kuasa autonomi untuk melaksanakan tugas membina dan mengembangkan bahasa dan sastera kebangsaan di Malaysia. Matlamatnya yang jelas dalam hubungan dengan peranan mengembangkan sastera ialah memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan, dan menerbitkan buku dan majalah dalam bahasa kebangsaan.
   Pada dekad awal perkembangannya, DBP lebih menumpukan perhatian kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang baru merdeka. Kegiatan utamanya ialah menjalankan kempen Bulan Bahasa dan penerbitan buku-buku teks untuk keperluan sekolah rendah dan menengah.
 
 Pada waktu ini tanggungjawab pembinaan dan pengembangan sastera dipikul oleh Bahagian Pengarang yang membuat kajian dan penerbitan buku-buku sastera untuk bacaan dewasa dan kanak-kanak, dan juga penerbitan majalah-majalah Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat dan Dewan Pelajar. Melalui penerbitan tersebut, DBP telah berusaha untuk melaksanakan amanah yang diberikan oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga.
   DBP telah menjalankan kegiatan untuk memperkembangkan bakat sastera dalam bahasa kebangsaan melalui penganjuran peraduan mengarang karya sastera dalam genre cerpen dan novel. Melalui Peraduan Mengarang Novel DBP 1958, terhasil novel Musafir (1959) karya Hasan Ali, dan Salina (1961) karya A. Samad Said. Kemudian pada tahun 1962, terhasil Desa Pingitan (1964) karya Ibrahim Omar dan Lingkaran (1965) karya Arena Wati. Di samping itu ada beberapa antologi cerpen dewasa dan kanak-kanak hasil peraduan yang diterbitkan.
   Pada dekad 1970-an DBP mulai memainkan peranan yang berkesan dalam usaha-usaha pembinaan dan pengembangan sastera kebangsaan. Era di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua membawa sinar baharu dalam pengembangan negara. Peristiwa 13 Mei 1969 yang menyaksikan rusuhan kaum telah memberikan kesedaran kepada kerajaan untuk menyusun semula masyarakat berbilang kaum di Malaysia ke arah kemakmuran hidup yang lebih adil, dan menegaskan beberapa dasar negara yang mantap seperti Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
   Pada tahun 1971, DBP menubuhkan Bahagian Pengembangan Sastera di bawah pimpinan Kamaludin Muhammad (Keris Mas) dengan tugas utamanya untuk memupuk bakat dan memajukan sastera kebangsaan melalui tindakan yang lebih strategis. Bahagian ini memusatkan seluruh tenaganya dalam usaha penerbitan majalah,  buku  sastera, urus setia Hadiah Karya Sastera, kajian sastera tradisional dan moden, dan kegiatan sastera seperti seminar, diskusi buku dan bengkel penulisan serta peraduan mengarang.
   Usaha yang penting pada waktu ini ialah menerbitkan majalah sastera yang bernama Dewan Sastera mulai Januari 1971 dengan moto “Peneroka Sastera Kreatif”. Majalah ini menjadi wahana yang sangat bermakna kepada perkembangan sastera di Malaysia. Wadah ini menjadi kayu ukur kepada kejayaan seseorang penulis kerana ia melambangkan kualiti yang tinggi. Majalah ini menampung hasil karya para penulis mapan di samping sedikit jumlah penulis baharu. Kualitinya ditentukan oleh para peneraju majalah ini seperti Keris Mas dan Usman Awang.
   Di samping majalah-majalah lain yang sedia ada, DBP telah memainkan peranan menjadi peneraju dalam perkembangan sastera kebangsaan di Malaysia. Usaha mengiktiraf bakat-bakat penulis melalui Hadiah Karya Sastera sejak 1971 telah menjadi pemangkin kepada perkembangan sastera yang lebih dinamik. Selepas hadiah ini ditamatkan pada 1976, dan diganti dengan Anugerah Sastera Negara mulai 1981, ia dihidupkan kembali pada dekad 1980-an dengan nama Hadiah Sastera Malaysia dan kini menjadi Hadiah Sastera Perdana Malaysia.
   Sebagai organisasi yang dinamik, DBP senantiasa mengikuti perkembangan zaman demi memenuhi keperluan  semasa masyarakat dan negara. Oleh sebab itu struktur pentadbirannya sentiasa berubah untuk mencapai hasil matlamat yang berkesan. Namun, yang penting ialah untuk mencapai tujuan fungsinya dalam pembinaan dan pengembangan sastera kebangsaan yang berkualiti di Malaysia.
   Sehubungan itu kita dapat melihat keberhasilan DBP dalam usaha membina dan mengembangkan sastera kebangsaan di Malaysia melalui tiga kegiatan utama, iaitu penyelidikan, penerbitan dan kegiatan.
   Usaha penyelidikan sastera tradisional dan moden telah dilaksanakan oleh DBP sejak awal penubuhannya. DBP tidak hanya menerbitkan hasil kesusasteraan bertulis, juga mengumpulkan cerita-cerita rakyat melalui kegiatan rakaman dan penerbitannya dalam bentuk buku. Antara hasil utamanya ialah Hikayat Hang Tuah yang diselenggarakan oleh Kassim Ahmad, dan Sulatus Salatin (Sejarah Melayu) oleh A. Samad Ahmad.  Di samping itu ialah penerbitan Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Hanafiyyah, Hikayat Patani, Hikayat Banjar dan Hikayat Indera Putera.  Tanpa usaha yang berterusan, karya-karya tersebut hanya akan tersimpan di perpustakaan untuk kajian para sarjana sahaja.
   Penyediaan korpus kesusasteraan moden penting untuk menjadi rujukan para pelajar dan masyarakat umum. DBP dengan tenaga penyelidik yang ada telah menghasilkan kajian biografi penulis, sejarah sastera, glosari, dan kajian sastera pelbagai genre. Antara yang telah diterbitkan ialah Wajah: Biografi Penulis, Sejarah Kesusasteraan Melayu (dua jilid), Glosari Kesusasteraan dan banyak lagi hasil kajian kesusasteraan. Tenaga penyelidik tidak hanya daripada kalangan kakitangan DBP, juga para pensyarah universiti. DBP telah dapat memanfaatkan semua tenaga bidang kesusasteraan.
   Kegiatan penerbitan hasil karya sastera, merupakan usaha yang berterusan. Sejak novel Musafir pada tahun 1959, DBP telah memainkan peranan penting dalam usaha penerbitan karya sastera bermutu tinggi. Sebagai agensi kerajaan, DBP dapat memberikan perhatian kepada usaha penerbitan karya sastera yang serius, yang tidak tergantung kepada kehendak pasaran. Hal ini amat penting kerana pergantungan kepada kehendak pasaran akan menyebabkan hasil karya popular sahaja ...

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera Jun 2006. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan                                                                            Tarikh kemaskini:26 Jun 2006. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal Maklumat: Puan Rohaya Yusof ,Bahagian Majalah. 

 
Dikemaskini pada 6 Nov 2008
: 4780258
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  11937852119378521193785211937852119378521193785211937852119378521193785211937852 
Hari Ini 540
Semalam 557
Minggu Ini 4161
Minggu Lepas 8743
Bulan Ini 540
Bulan Lepas 37087
Semua 11937852

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 25/07/2014