Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Sabtu, 22hb November 2014  

  MAJALAH - PELITA BAHASA

      

Tokoh Bahasa
Zaiton Abdul Rahman.

Halaman Lima
Menyerlahkan Keterampilan Diri.

Komentar Bahasa
Antara Mapan, Mampan dan Mempan.

Sari Bahasa
Persediaan Awal Menghadapi Peperiksaan.

Sari Bahasa
Petua untuk Skor Kertas 2 Bahasa Melayu STPM.

 Sari Bahasa
Menguasai Soalan Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa.


Sari Bahasa
Mengintip Markah Soalan Peribahasa SPM.

Sari Bahasa
 Disiplin Penentu Kecemerlangan Pelajar.

Pengajaran Bahasa
Memanfaatkan Perlumbaan Kedua untuk ULBM.

Motivasi Pelajar
Mengatasi Tekanan dengan Bijak.

Ujana Bahasa
Pantun Pengajaran dan Nasihat.

Berita Bahasa
Dialog Dewan Masyarakat.

Sastera dalam Bahasa
Unsur Sejarah dalam Cerpen dan Drama Komsas.

Puisi
Junjunglah Bahasa Ibunda.

 

Sastera dalam Bahasa
 Komsas SPM: Yang Utama dan Yang Penting.

Gaya Bahasa
 Bahasa Berirama dalam Hikayat Raja Muda.

Cemerlang Bahasa
Lewah dalam Penggunaan Memper-...-kan dan Diper-...-kan.

Cemerlang Bahasa
Bina Ayat Aktif dalam Bahasa Melayu.

Cerpen
Bahasa Pelangi.

Warisan Bahasa
Menyemarakkan Penggunaan Tulisan Jawi.

Warisan Bahasa
Gurindam Malang Sekali.

Soal Jawab Bahasa
Inforia dan Infocuaca.

Bijak Bahasa
Kosa Kata: Anaglif dan Analitis.

Bijak Bahasa
Teka Silang Kata

Pustaka Bahasa
Amanat Negarawan dalam Pembinaan Tamadun Bangsa.

 HALAMAN LIMA

Menyerlahkan Keterampilan Diri

Oleh  Junaidah Ahmad Ghazali
                         
PELAJAR yang bakal menduduki  peperiksaan terminal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mempunyai masa lebih kurang empat bulan sahaja untuk membuat persediaan. Tempoh empat bulan boleh dianggap relatif singkat. Hal ini bermakna calon peperiksaan SPM dan STPM 2006 tidak boleh berlengah atau bertangguh lagi. Setiap detik masa umpama emas.
    Usaha yang dibuat oleh pelajar hari ini merupakan penentu hala tuju dan masa hadapan pelajar. Dalam minda pelajar seharusnya telah tertancap matlamat arah yang mahu dituju sebaik-baik menerima keputusan peperiksaan kelak.  Menurut perangkaan  yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi,  sehingga kini Malaysia sudah mempunyai 18 buah institusi pengajian tinggi  awam (IPTA), 27 buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang bertaraf universiti dan kolej universiti dan 559 buah kolej swasta.
   Hal ini bermakna pelajar yang berkelayakan, iaitu yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, mempunyai peluang yang luas untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) di dalam negara. Walau bagaimanapun, peluang belajar yang luas, tidak semestinya menjanjikan peluang pekerjaan yang luas juga. Hal ini demikian kerana semakin banyak IPT yang wujud, semakin banyak pula siswazah yang bakal lahir dan hal ini bermakna persaingan untuk mendapatkan pekerjaan amat sengit. 
   Oleh itu, graduan alaf ini bukan sahaja perlu mempunyai kelulusan akademik yang baik, tetapi harus juga berkebolehan dan berkeyakinan tinggi bagi menghadapi cabaran globalisasi. Oleh hal demikian, calon peperiksaan SPM dan STPM juga harus bersedia untuk mempersiapkan diri untuk  lahir  sebagai modal insan.  Cuti panjang ketika menunggu keputusan peperiksaan nanti boleh dimanfaatkan dengan mengikuti kelas khusus misalnya, bagi meningkatkan keterampilan diri dan komunikasi pelajar, untuk memenuhi pasaran kerja yang dinamik.    
   
   


SARI BAHASA                                                               

Mengintip Markah Soalan Peribahasa SPM

Oleh Alias Ismail

TIDAK semua yang lama itu hilang nilai atau harganya. Kadangkala sesuatu  yang lama itu lebih berharga dan mempunyai nilai yang lebih bermakna. Itulah antara inti pati pesanan guru ketika penulis masih menuntut di bangku sekolah rendah di pedalaman Hulu Terengganu lewat 1970-an dahulu. Kini, pesanan itu sering diucapkan kepada pelajar penulis pula, terutama kepada mereka yang belajar di tingkatan empat dan tingkatan lima; yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
   Antara perkara yang sering saya kemukakan kepada pelajar berhubung pesanan tersebut termasuklah kepentingan mengenal, mempelajari, mendalami, dan seterusnya menguasai peribahasa. Selain lebih menzahirkan ciri dan nilai tipikal seseorang itu sebagai rakyat Malaysia yang kuat akar budayanya, khususnya yang berbangsa Melayu, peribahasa sangat relevan diamalkan dalam kehidupan sehari-hari apatah lagi kepada calon peperiksaan SPM. Hal itu demikian kerana soalan yang berkaitan dengan peribahasa dikemukakan dalam Kertas 2 mata pelajaran Bahasa Melayu, iaitu melalui soalan 3 – Penguasaan Bahasa dan Tatabahasa.
   Bahasa Melayu Kertas 2, soalan 3 terdiri daripada lima bahagian kecil dan setiap komponen berkenaan menawarkan enam markah kepada calon. Dalam hal ini, soalan yang berkaitan dengan peribahasa biasanya diletakkan pada bahagian paling akhir.
   Dalam banyak keadaan, soalan yang dikemukakan kepada calon peperiksaan pada bahagian ini, memerlukan mereka membaca dan memahami maksud petikan dan seterusnya “meneka” tiga peribahasa yang disampaikan secara tersirat. Pelajar yang mengambil mudah ketika membaca petikan berkenaan sudah pasti tidak dapat mengesan maksud yang ingin “dihantar” oleh penggubal soalan ke dalam pemikiran mereka. Kesan negatifnya tidak setakat itu, malah akan membataskan kelancaran calon dalam mengemukakan “tekaan” yang benar-benar signifikan. Jika perkara ini berlaku, pelajar tidak mendapat markah yang baik.
      Oleh sebab itu, calon perlu benar-benar teliti ketika melaksanakan pembacaan dan bersikap kritis dalam memahami maksud petikan tersebut. Ringkasnya, calon wajar memfokuskan perhatian mereka dan menggariskan perkataan, frasa, klausa, atau ayat tertentu yang dirasakan penting serta berkaitan dengan sesuatu peribahasa. Semua elemen yang digariskan itu pula hendaklah diteliti untuk dipadankan dengan peribahasa yang tertentu; yang sedia dipelajari semenjak sekian lama. Sebagai contoh, perhatikan petikan seperti yang berikut:
      Memiliki anak kurang upaya merupakan satu dugaan kepada pasangan suami isteri muda – Hamidi Salihin dan Suaibah Mohd. Adnan. Siapa sangka, pasangan yang berpelajaran tinggi serta lahir dalam keluarga serba cukup itu dikurniakan anak yang menghidap penyakit Down Sindrom.
 Sesiapa yang berada dalam kedudukan mereka mungkin mengeluh dan berasa kecewa. Yang melihat rutin hidup mereka mungkin akan membayangkan kesukaran yang dihadapi oleh mereka, namun apa-apa yang dibayangkan dan apa-apa dilihat oleh mereka tidak mungkin seberat dan sehebat kesukaran yang dihadapi Hamidi Salihin dan Suaibah Mohd. Adnan.
   Setiap hari mereka melalui rutin yang sukar untuk menguruskan anak sulung mereka yang kurang bernasib baik itu. Apatah lagi kedua-duanya belum banyak mempunyai pengalaman sebagai seorang ayah dan seorang ibu. Sedikit sebanyak perasaan kecewa dan hampir berputus asa singgah dalam pemikiran pasangan muda itu. Namun, keyakinan dan kesabaran sering menjadi benteng kepada mereka daripada melakukan tindakan yang tidak wajar.
 Berkat kesabaran itu, akhirnya mereka berupaya mengharungi rintangan fizikal dan halangan mental. Kesukaran yang dilalui setiap hari oleh mereka, selama beberapa tahun, menyebabkan mereka terbiasa dengan masalah tersebut. Kini, mereka tidak lagi menganggap tanggungjawab menjaga anak sulung mereka itu sebagai suatu perkara yang sukar, sebaliknya pengalaman yang amat berharga.
 Masyarakat sekeliling yang meneliti dan menyorot kisah hidup pasangan suami isteri muda itu kagum akan ketabahan mereka. Ada yang menganggap bahawa semua itu menggambarkan kebijaksanaan Hamidi Salihin dan Suaibah Mohd. Adnan.
 Masyarakat sedar bahawa jika seseorang itu sememangnya memiliki karisma dan kredibiliti dalam kehidupan, dia tetap akan memperlihatkan keunggulan, walaupun berada pada saat yang amat sukar. Pasangan Hamidi Salihin dan Suaibah Mohd Adnan sudah membuktikan perkara ini kepada masyarakat sekelilingnya tanpa syak lagi.

 Petikan ringkas di atas dihantar kepada calon bagi membolehkan mereka menganalisis dan seterusnya menjawab soalan tersebut. Timbul persoalan, iaitu apakah perkara yang ada dalam petikan itu yang perlu dianalisis?
 Sekiranya dilihat dengan teliti, sudah tentu calon akan mendapati bahawa petikan tersebut mempunyai beberapa banyak inti pati peristiwa, mesej atau pengajaran. Pengajaran demi pengajaran yang juga disebut sebagai peringatan, nasihat, pedoman, panduan, mesej, atau ringkasnya inti pati peristiwa yang ada dalam petikan tersebut jika diperhatikan dengan teliti dan disimpulkan dengan sebaik-baiknya, dapat dipadankan dengan peribahasa yang tertentu. Peribahasa itu pula perlulah sedia dipelajari oleh calon peperiksaan dengan aktifnya sebelum ini. Hal ini bermakna, calon perlu mencatat seberapa banyak peribahasa dan lebih baik jika mereka dapat menghafal peribahasa berserta maksudnya sekali.
 Dalam hal ini, petua yang perlu diberi perhatian oleh pelajar ialah, peribahasa boleh ditentukan melalui kewujudan pengajaran daripada sesuatu inti pati peristiwa, cerita, kisah, fakta, berita, dan sebagainya. Dalam hal ini, calon perlu menyimpulkan atau merumuskan elemen tersebut dengan sebaik-baiknya. Sekali lagi calon diberi peringatan – gunakan pengajaran yang ada dalam petikan itu sebagai asas untuk membuat rumusan dan kesimpulan yang dapat dikaitkan dengan peribahasa yang tepat dengan kehendak soalan.
 Berbalik kepada petikan di atas, kita akan mendapati bahawa wujud tiga inti pati cerita yang boleh dijadikan pengajaran kepada pembaca, seterusnya membolehkan calon peperiksaan membentuk peribahasa yang sesuai. Perhatikan ketiga-tiga inti pati petikan yang disenaraikan sebagaimana yang berikut:
                                                        Inti pati 1
“Apa-apa yang dibayangkan dan apa-apa dilihat oleh mereka tidak mungkin seberat dan sehebat kesukaran yang dihadapi Hamidi Salihin dan Suaibah Mohd. Adnan.”

 Berdasarkan inti pati di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa banyak orang mengetahui dan menyedari hakikat bahawa Hamidi Salihin dan Suaibah Mohd. Adnan menghadapi kesukaran menjaga anak sulung mereka yang kurang upaya. Itu jugalah pengajaran yang kita peroleh, iaitu dalam masyarakat yang harmoni, akan wujud situasi saling membantu atau saling mencurah perhatian.
 Mereka tentu bertanya khabar atau memberikan nasihat kepada pasangan itu sama ada secara kerap ataupun sebaliknya, atas pelbagai sebab. Sungguhpun banyak orang mencuba untuk menyelami kesukaran yang perlu dihadapi oleh pasangan tersebut, beban sebenar permasalahan itu hanya dapat dirasai oleh suami isteri tersebut.
 Dalam kalangan masyarakat Melayu, terdapat satu perumpamaan atau peribahasa yang dapat dipadankan dengan situasi yang dialami oleh pasangan tersebut iaitu; “Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.” Klausa “betapa berat mata memandang” dapat dikaitkan dengan orang ramai yang melihat penderitaan pasangan itu. Klausa “berat lagi bahu memikul” dirujuk kepada penderitaan atau beban yang ditanggung suami isteri tersebut.
                                                       
Inti pati 2
“Kesukaran yang dilalui oleh mereka setiap hari, selama beberapa tahun, menyebabkan mereka terbiasa dengan masalah tersebut.”

 Inti pati petikan ini membolehkan kita mendapat suatu pengajaran, iaitu kita perlulah sentiasa bersabar dan tabah dalam menghadapi apa-apa sahaja dugaan kehidupan seperti situasi dan sikap yang diperlihatkan oleh Hamidi Salihin dan Suaibah Mohd. Adnan. Hal itu demikian kerana dengan sifat tabah dan sabar, kita dapat membiasakan diri untuk berhadapan dengan kehidupan yang penuh pancaroba.
 Hasil sifat sabar dan tabah, pasangan Hamidi Salihin dan Suaibah Mohd. Adnan dapat menyesuaikan diri dengan kesukaran hingga akhirnya mereka dapat menjalani kehidupan seperti individu yang lain. Dalam hal ini, dapatlah kita merumuskan bahawa kebiasaan atau rutin menghadapi kesukaran, berupaya menjadikan kita manusia atau individu yang “kebal” atau biasa dengan situasi tersebut. Masalah yang besar itu dapat kita hadapi dengan berkesan, walaupun pada awalnya kelihatannya seperti sukar.
 Dalam masyarakat Melayu, keadaan yang seumpama ini amat sesuai dikaitkan dengan peribahasa; “Alah bisa tegal biasa.” Frasa “alah bisa” dapat dikaitkan dengan “tewasnya” sesuatu kesukaran atau halangan, manakala frasa “tegal biasa” amat sesuai dikaitkan dengan “menangnya” suatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan.
                                                       
Inti pati 3
“Masyarakat sedar bahawa jika seseorang sememangnya memiliki karisma dan kredibiliti dalam kehidupan, dia akan tetap akan memperlihatkan keunggulan walaupun berada pada saat yang sukar atau berada ...

 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Pelita Bahasa Julai 2006. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

 

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel:03-21485869/03-21433504 Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

azrina@dbp.gov.my 03-21482247untuk Pertanyaan                                                                            Tarikh kemaskini: 24 Jun 2006. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal Maklumat:Azrina Md. Zain, Bahagian Majalah.

 

 
Dikemaskini pada 7 Nov 2008
: 5107789
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklum balas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP


SOAL SELIDIK
KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP
BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji selidik

 

Tahap perkhidmatan yang disediakan di Laman DBP(1/11/2014-sekarang)

 

Sangat memuaskan

Memuaskan

Tidak memuaskan

Sangat tidak memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas


** Sekiranya perkhidmatan laman DBP
o tidak memuaskan, atau
o sangat tidak memuaskan
mohon beri maklum balas.

 

Jumlah Capaian
  12086757120867571208675712086757120867571208675712086757120867571208675712086757 
Hari Ini 723
Semalam 1444
Minggu Ini 11458
Minggu Lepas 9019
Bulan Ini 30042
Bulan Lepas 42098
Semua 12086757

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)

 Klik Web   Facebook DBP    PRPM   Bulan Bahasa Kebangsaan  Twitter DBP Twitter     PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan

       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 19/11/2014