|
Bagaimanakah caranya untuk menghantar artikel atau makalah kepada pihak DBP? Adakah pihak DBP menyiarkan karya penulis luar di dalam majalah terbitannya?
DBP menerbitkan karya penulis luar dalam pelbagai majalah terbitannya seperti Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya , dan sebagainya. Saudara boleh menghantar makalah kepada
Ketua Bahagian Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur.
Sama ada secara pos ataupun e-mel, iaitu padilah@dbp.gov.my. Sila sertakan surat iringan, 1 salinan manuskrip bersih- ada prakata, biodata penulis dan sertakan juga softcopy (disket). Karya hendaklah ditaip di atas kertas kuarto berwarna putih, dan ditaip jarak langkau dua baris.
Saya ingin menghantar karya-karya saya seperti cerpen dan puisi kepada pihak Dewan Bahasa. Namun saya tidak tahu saluran yang betul untuk menghantar karya-karya saya. Saya harap pihak tuan dapat menerangkan saluran yang paling mudah untuk saya menghantar karya-karya saya seperti menggunakan elektronik dan sebagainya.
Karya dalam bentuk cerpen dan puisi untuk majalah perlu dihantar kepada Ketua Bahagian Majalah melalui e-mel padilah@dbp.gov.my.
Bolehkah saya menghantar karya/manuskrip saya ke DBP untuk diterbitkan? Apakah alamat yang saya perlu hubungi untuk proses penerbitan karya?
Boleh dihantar ke DBP. Bagaimanapun, karya yang sesuai dan diluluskan oleh DBP sahaja yang boleh diterbitkan.
Sila hantar karya ke
Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. |