Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Ahad, 23hb November 2014  

Utusan Malaysia - 18/02/2005 (Lagu puisi masa depan sebuah genre lagu)

 

Lagu puisi

Masa depan sebuah genre lagu

oleh AMIR KHAN

Pada dasarnya, tidak banyak bezanya mengapa sebuah lagu itu disukai. Antara sebabnya, lagu itu sedap didengar, alunan melodinya menawan dan mengasyikkan, liriknya penuh makna dan pengertian. Sekali imbas didengar, lagu puisi juga tidak banyak bezanya dengan lagu-lagu pop, blues, rock atau pelbagai aliran lain. Ini kerana lagu-lagu puisi juga mempunyai melodi daripada pelbagai aliran muzik seperti rock, balada, asli, blues  dan R&B. Jika begitu, di manakah letaknya keistimewaan lagu puisi?

Lagu puisi adalah genre lagu yang mempunyai ciri dan nilai tersendiri dan berbeza dengan genre lagu lain. Lagu puisi menggunakan puisi atau sajak (puisi moden) sebagai lirik dan dasar ciptaannya. Memang tidak dapat dinafikan puisi sebagai lirik ada kalanya juga tidak berbeza dengan lirik lagu biasa. Susunan kata-kata indah yang bermakna, menyuarakan isi hati pencipta agar lebih mudah difahami oleh pendengar. Baca dan dengar lirik-lirik lagu Bob Dylan dan sebahagian lirik lagu Ebeit G. Ade atau kumpulan Rock Search. Malah lagu-lagu rap ternyata banyak sekali memanfaatkan bait-bait puisi.

Lazimnya, penciptaan lagi biasa akan mencipta melodi sesebuah lagu sebelum dituliskan liriknya untuk dipadankan dengan melodi yang dicipta. Tetapi mencipta lagu puisi, si pencipta lagu perlu mencipta atau mengubah melodi atau muziknya berdasarkan bait-bait puisi yang didasarkannya. Bait-bait puisi itu pula tidak boleh diubah semata-mata untuk menyesuaikan dengan melodi yang telah dicipta. Di sinilah letaknya antara keistimewaan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh seseorang komposer yang hendak menghasilkan lagu puisi.

Tetapi sebagai genre muzik, lagu puisi adalah penting kerana ia mempunyai nilai seni dan sastera yang tinggi. Lagu puisi ibarat pengucapan puisi dalam elemen muzik yang secara tidak langsung menterjemahkan unsur bunyi, ritma dan susunan kata yang diungkapkan penyair. Manakala pengubah lagu pula cuba menelusuri pemikiran penyaiw lewat kata dan bait-bait puisi.

Pada ketika lagu-lagu puisi mula digerakkan oleh antaranya kumpulan Harmoni dan Zubir Ali, M. Nasir, Kopratasa, Ramli Sarip dan Julfekar Ahmad Shah sebagai satu aliran muzik di negara ini, masyarakat agak sukar untuk menerimanya. Barangkali kerana kekeliruan makna tentang lagu puisi itu, yang sering dianggap sukar difahami liriknya.

Namun pertama kali memperkenalkan lagu puisi, Penantian oleh kumpulan Harmoni pada awal 1980-an, ramai pendengar menganggap lagu itu membawa maksud kekecewaan percintaan tetapi nyata lagu tersebut membawa unsur ketuhanan yang mendalam. Kerana kekeliruan itu lagu Penantian mendapat sambutan hebat. Seterusnya lebih banyak lagu-lagu daripada genre puisi mendapat perhatian dan sambutan yang baik daripada masyarakat pendengar.

    (Sumber : Utusan Malaysia   (18/02/2005) )

 
Dikemaskini pada 31 Dis 2008
: 5108516
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklum balas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP


SOAL SELIDIK
KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP
BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji selidik

 

Tahap perkhidmatan yang disediakan di Laman DBP(1/11/2014-sekarang)

 

Sangat memuaskan

Memuaskan

Tidak memuaskan

Sangat tidak memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas


** Sekiranya perkhidmatan laman DBP
o tidak memuaskan, atau
o sangat tidak memuaskan
mohon beri maklum balas.

 

Jumlah Capaian
  12087082120870821208708212087082120870821208708212087082120870821208708212087082 
Hari Ini 146
Semalam 902
Minggu Ini 146
Minggu Lepas 11637
Bulan Ini 30367
Bulan Lepas 42098
Semua 12087082

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)

 Klik Web   Facebook DBP    PRPM   Bulan Bahasa Kebangsaan  Twitter DBP Twitter     PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan

       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 19/11/2014