Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Khamis, 2hb Oktober 2014  

Baik budi indah bahasa

Puyu-puyu konon namanya
di dalam kolam konon tempatnya
cantik manis barang lakunya
serta dengan budi bahasanya.'

Pantun ini dipetik dari buku Sekalung Budi Seuntai Bahasa terbitan DBP. Sebahagian besar daripada kita barangkali telah lupa kepada pantun tentang budi dan bahasa ini.

Apabila kita dikejutkan supaya menjadi bangsa yang maju; dari bertani kita mahu menjadi orang industri maka sedikit sebanyak nilai-nilai asal usul telah terhakis. Lagi pun banyak yang mempunyai persepsi budi dan bahasa sudah tidak lagi mempunyai nilai komersial.

Apabila kampung menjadi kota atau orang kampung yang mencari hidup di kota, hambatan untuk hidup seolah-olah memaksa kita melupakan nilai-nilai kampung. Kadangkala kita sengaja mencari alasan kerana pada sangkaan kita orang kota mesti ada lagaknya sendiri.

Barangkali juga kita terlupa bahawa Jepun misalnya yang jauh lebih maju daripada kita. Tetapi tidak ada Jepun kampung atau Jepun kota. Jepun akrab dengan tatasusila dan budi bahasa mereka. Berbudaya dan berbudi bahasa tetap membuatkan Jepun maju.

Jadi tidaklah rugi kalau kita berbudi bahasa seperti orang kampung. Tidak ada siapa yang menganggap kita kolot. Malah orang yang beranggapan begitulah yang kolot sebab mereka melihat pada lingkungan yang sempit.

Mujurlah sekarang kita bergerak untuk mengutip kembali warisan yang sangat berharga itu. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita oleh Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan adalah satu gelombang yang diharap akan mengembalikan rakyat kepada asas hidup berbudaya negara ini.

Rupa-rupanya kita telah jauh meninggalkan warisan ini. Buktinya pada awalnya kempen ini dijadikan bahan jenaka oleh sesetengah pihak padahal ia satu gagasan besar untuk menjadi bangsa yang berbudaya.

Ruang litup falsafah Budi Bahasa Budaya Kita sangat luas. Tetapi ini tidak bermakna kempen tersebut suatu yang tidak tergapai dek tangan. Kita boleh melihat `budi bahasa' pada tahap-tahap yang relevan dan praktis dalam kehidupan seharian.

Kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah sepenting dan sebesar Wawasan 2020, destinasi impian yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri. Cuba lihat kembali cabaran-cabaran Wawasan 2020 menjadi negara maju dalam acuan budaya kita.

Tetapi untuk tidak kelihatan terlalu besar dan menakutkan, lihat saja budi bahasa dalam konteks kehidupan seharian semua kelas sosial dalam masyarakat. Amalan-amalan budi bahasa yang mudah dilakukan misalnya menyambut tetamu, melayan tetamu dan tatacara tidak rasmi ketika bertemu.

Budi pula akan kita terima dalam pelbagai bentuk dan cara. Misalnya apabila ada yang hadir hidup kita dan mengusir duka dan lara juga adalah budi dan tentunya dengan bahasa yang menyenangkan kita.

Budi dan bahasa tidak akan terbalas dan bukan untuk dibalas. Budi dan bahasa yang baik akan terus kekal menjadi kenang-kenangan.

* E-mel:kuseman@pc.jaring.my

salhah@dbp.gov.my03-21481040                                                                                                                                                                        Tarikh kemaskini: 01/04/2005. Penyelenggara : Kalthom Abdul Ghani

    (Sumber : Utusan Malaysia   (24/01/2005) )

 
Dikemaskini pada 30 Dis 2008
: 4959572
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas




SOAL SELIDIK

KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP

BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

Jumlah Capaian
  12018173120181731201817312018173120181731201817312018173120181731201817312018173 
Hari Ini 904
Semalam 2652
Minggu Ini 9752
Minggu Lepas 8422
Bulan Ini 3556
Bulan Lepas 41037
Semua 12018173

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 01/10/2014