Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Khamis, 24hb April 2014  

BIDANG: AGAMA

Ajaran Sesat Edisi Keempat
Abdulfatah Haron Ibrahim
RM 15.00#155 Halaman

Pengurusan Zakat
Mahmood Zuhdi Abd. Majid
RM 60.00#544 Halaman

Buku Ajaran Sesat edisi keempat ini mengupas kejadian sebenar yang berlaku berpunca daripada ajaran Tasawuf Wahdat al-Wujud yang bersekongkol dengan Batiniyah.Penulis telah menghuraikan tentang aktiviti ajaran sesat ini secara terperinci daripada analisis terhadap 28 dokumen mengenai ajaran Batinniyah yang diperolehi dari setiap negeri. Usaha penulis ini patut dipuji dan dibaca oleh setiap golongan masyarakat umat Islam kerana pendedahan yang dibuat olehnya telah berjaya menyingkap segala rahsia ajaran sesat itu.

Buku ini menghuraikan kedudukan zakat sebagai satu sistem pembiayaan  dengan mengambil kira kedudukan zakat sebagai satu ibadat. Ia juga menghuraikan konsep dan objektif zakat, golongan yang wajib membayar zakat harta-harta yang dikenakan zakat, golongan yang berhak menerimanya dan akhir sekali faedah bagaimana segala urusan zakat itu patut ditadbirkan. Buku ini sesuai dijadikan bahan ilmiah bagi kumpulan terpelajar, para pegawai dan pentadbir zakat dan masyarakat umum yang mempunyai sedikit sebanyak asas dalam pengjian syariah.

Pembubaran Perkahwinan Mengikut Fiqh & Undang-Undang Islam
Salleh Ismail
RM 20.00#256 Halaman

Ilmu Hadith: Hadith Sebagai Sumber Hukum Islam 
Asmawi Haji Ehsan
RM 15.00#186 Halaman

Buku Pembubaran Perkahwinan Mengikut Fiqh & Undang-Undang Islam disusun untuk mencari sebab-sebab yang membawa kepada berlakunya perceraian di samping memperlihatkan cara-cara penyelesaian yang dilaksanankan melelui Mahkamah Syariah.

Buku ini disusun sebagai panduan kepada masyarakat Islam yang ingin memahami  dan mendalami Ilmu Hadith. Ia diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Perbincangan tentang hadith dikupas dari semua sudut yang merangkumi takrif dan istilah-istilah ilmu Hadith, perbahasan tentang hadith, perbahasan tentang hadith sebagai sumber hukum Islam, kekeliruan terhadap hadith, sejarah pengumpulan dan pembukuan Hadith. 

 

 

 

BIDANG: AGAMA

Ajaran Sesat Edisi Keempat
Abdulfatah Haron Ibrahim
RM 15.00#155 Halaman

Buku Ajaran Sesat edisi keempat ini mengupas kejadian sebenar yang berlaku berpunca daripada ajaran Tasawuf Wahdat al-Wujud yang bersekongkol dengan Batiniyah.Penulis telah menghuraikan tentang aktiviti ajaran sesat ini secara terperinci daripada analisis terhadap 28 dokumen mengenai ajaran Batinniyah yang diperolehi dari setiap negeri. Usaha penulis ini patut dipuji dan dibaca oleh setiap golongan masyarakat umat Islam kerana pendedahan yang dibuat olehnya telah berjaya menyingkap segala rahsia ajaran sesat itu.

Kumpulan Skrip Drama Pentas Ila-Annur
Amelia Hashim
RM 15.00 # 278 Halaman

Buku ?Ila-Annur adalah sebuah karya yang berlandaskan sejarah perkembangan Islam di Makkah pada peringkat awal, mengetengahkan watak seorang hamba wanita bernama Khaulah yang memainkan peranan dan memberikan sumbangan penting sebagai feminis dalam perkembangan agama Islam. Kumpulan skrip drama pentas ?IIa-Annur? mengandungi empat buah skrip drama iaitu ?Ila-Annur?, ?Tragedi Pulau?,?Lindungan Bulan? dan ?Hadiah Perkahwinan?.

MENGKAJI TEORI SASTERA
Suatu Pengenalan Edisi Kedua
Roger Webmaster
Penterjemah: Shamsuddin Jaafar
RM 20.00# 226 Halaman

Edisi kedua yang baharu ini memperkemas edisi yang lepas dalam beberapa cara. Buku ini menyediakan suatu panduan pengenalan yang mudah difahami tentang aspek-aspek yang paling penting dalam teori sastera, dengan menghubungkannya dengan istilah dan pendekatan yang lebih  tradisional. Buku ini juga menawarkan pengenalan yang lebih menyeluruh terhadap teori sastera yang lebih luas, termasuklah pascastruturalisme, pascamodenisme, Pensejarahan Baharu, teori pascakolonial dan teori pengenalan seksual. Perbincangan tentang teori yang lain-lain telah disemak dan diperluas, dan contoh-contoh tambahan turut dimuatkan yang memperlihatkan bagaimana aspek-aspek teori itu dapat diaplikasikan kepada pelbagai teks.

TERTIB MENGARANG
Asas Retorik untuk Pelajar dan Pendidik
Awang Sariyan
RM 11.00# 140 Halaman

Buku Tertib Mengarang: Asas Retorik untuk Pelajar dan Pendidikan ini dihasilkan  khusus untuk membantu para pelajar dan pendidikan menghasilkan tulisan atau karangan yang bermutu. Terdapat tiga tahap yang perlu dipatuhi iaitu tahap pertama ialah tahap persiapan atau prapenulisan; yang kedua ialah tahap penulisan sebenar, sementara tahap ketiga ialah tahap penyemakan  atau pascapenulisan. Penulis yang berdisiplin tidah harus mengabaikan proses mengarang secara tertib itu. Buku yang terdiri 21 bab ini menggunakan asas retorik dan stilistik dalam penghasilan karangan, hatta untuk karangan deskriptif, teknis dan professional. Buku ini juga sesuai untuk pegawai tadbir untuk menghasilkan  tulisan yang berkaitan dengan tugas sehari-hari mereka.

               

SIRI WARISAN SASTERA KLASIK
Hikayat Seri Kelantan
Mohd. Taib Osman
RM 15.00# 144 Halaman

Hikayat Seri Kelantan mengisahkan sejarah pertuturan raja-raja Kelantan, bermula dengan kisah Encik Siti Wan Kembang yang memerintah negeri Kelantan Purba yang dikenali dengan nama Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Selepas itu diikuti dengan kisah Lagenda Puteri Sa?dong anak angkat Encik Siti Wan Kembang yang telah membunuh suaminya, kerana dianggap tidak setia. Puteri Sadong turun takhta dan menyerahkan permerintahan negeri kepada adik iparnya yang bernama Raja Ibrahim. Ikuti kisah raja Kelantan yang silih berganti sehingga berlakunya beberapa perang saudara yang turut melibatkan Negara jiran iatiu Siam dan Terengganu.

                            

PEMIKIRAN MELAYU: TRADISI DAN KESENIMBUNGAN
Penyelanggara:Worawit Baru @ Haji Ahmad Idris

RM 20.00 # 250 Halaman

Buku  ini mengetengahkan konsep Melayu sebagai sebuah tamadun yang bertapak di Alam Melayu dan telah membina suatu tradisi pemikiran bertunjangkan bahasa Melayu dan agama Islam. Pelbagai isu yang dihuraikan antara globalisasi yang melanda dunia, kesannya kepada dunia Melayu dan soal jati diri Melayu. Selain itu, tulisan jawi juga memainkan peranan penting dalam mengangkat martabat umat Melayu hingga tersohor di mata dunia.

                    

BIDANG: SAINS SOSIAL

KOMUNIKASI BUDAYA:
Dari Alam Rahim Ke Alam Barzakh
Abdul Rahman Ahmad Hanafiah
RM 9.00# 160 Halaman

Buku ini memaparkan komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan dalam adapt resam tradisional Melayu, iaitu Adat Temenggong dan Adat Pepatih. Tujuan ditumpukan pada tatacara komunikasi menyampaikan maklumat, berita, pengumuman penting, jemputan kenduri-kendara, dan interaksi social kehidupan. Penulisan buku ini dapat dijadikan panduan, tatapan, dan rujukan generasi akan datang yang tidak sempat melalui zaman tersebut.

                

BIDANG: BAHASA

PENYELIDIKAN, PENGAJARAN DAN PEMUPUKAN BAHASA:
Asmah Haji Omar
RM 7.00# 184 Halaman

Buku ini memperkatakan tiga utama, iaitu penyelidikan yang dijalankan terhadap bahasa Melayu secara keseluruhan, berdasarkan cabang-cabang ilmu linguistic, baik yang merupakan cabang teoretis mahupun  yang memberi tumpuan kepada penerapan. Di samping itu, dihuraikan juga pengajaran dan pemupukan baha Melayu. Di dalambab akhir dihuraikan Bahasa Cermin Budaya, memaparkan dengan jelas apa yang dimaksudkan iaitu sesuatu budaya itu boleh ditafsirkan dengan melihat bahasa yang digunakan oleh penutur dalam budaya yang berkenaan. Dalam erti kata lain dengan melihat aspek-aspek bahasa kita dapat membuat kesimpulan tentang berbagai-bagai aspek budaya sesuatu komuniti tertentu.
                   

SIRI SASTERA MELAYU REMAJA PILIHAN ABAD 20

LAKSAMANA TUN TUAH Edisi Ketiga
Abdul Samad Ahmad
RM 8.00# 266 Halaman

Buku ini mengisahkan sejarah hidup Laksamana Hang Tuah yang dipetik dari Hikayat Tuah dan Sejarah Melayu tapi diolah semula penulis dalam bentuk yang mudah untuk rujukan pelajar. Ia mengisah Hang Jebat sanggup menderhaka kepada Sultan Melaka untuk membela kematian sahabat karibnya, Hang Tuah. Walaubagaimana pun, pengorbanan Hang Jebat itu tidak  dihargai oleh Hang Tuah apabila beliau akur dengan titah Sultan Melaka supaya Hang Jebat dibunuh. Ikutilah cerita selanjutnya dalam novel yang menarik ini.

MURNI EDISI KEDUA
Nazel Hashim Mohamad
RM 4.00# 79 Halaman

Murni, pelajar Tingkatan Dua tidak menyenangi gurunya, Cikgu Salmah yang suka berleter. Malah, dia sering dimarahi oleh Cikgu Salmah, guru mata pelajaran Sains Rumah Tangga. Akan tetapi , sikap Cikgu Salmah berubah  terhadapnya apabila Cikgu Salmah berkahwin dengan abang Murni. Adakah Murni akan memaafkan perbuatan Cikgu Salmah terhadapnya apabila  Cikgu Salmah berkahwin dengan abang Murni. Adakah Murni akan memaafkan perbuatan Cikgu Salmah terhadapnya? Pada masa yang sama, Zahari, pelajar Tingkatan Lima dan Cikgu Lim, guru mata pelajaran Matematik meminatinya. Keadaan ini juga menyebabkan perasaan Murni tertekan . Apakah tindakan yang akan diambil oleh Murni untuk mengatasi permasalahan tersebut? Kesemuanya akan terjawab apabila anda membaca novel yang kesudahannya sama sekali di luar dugaan.

SIRI ANTOLOGI CERPEN KANAK-KANAK MAHUA

KUDA EMAS
Penyelenggara: Woo Tack Lok & Teo Huat
RM 5.00# 141 Halaman

Kuda Emas merupakan salah satu  antologi cerpen yang memaparkan cerpen kank-kanak Mahua yang diusaha  oleh Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia (Perspektif) dengan kerjasama Majlis Penulis Pelbagai Kaum Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini memuat 13 cerpen kanak-kanak yang memaparkan olahan cerita dan gaya penulisan yang menarik serta beraneka ragam. Kuda Emas mengisahkan Ah Fang terjumpa seekor kuda emas yang cantik dan dia amat  menyukainya serta ingin menyimpannya. Disebabkan kuda emas itu bukan miliknya, Ah Fang merasakan dia perlu memulangkan kuda emas itu kepada pemiliknya. Apakah yang harus di buat oleh Ah Fang? Marilah kita ketahui kesudahan cerita ini.

RODA AJAIB
Penyelenggara: Woo Tack Lok & Teo Huat
RM 5.00# 136 Halaman

Ibu Si Hitam Miskin begitu sayu dan sedih kerana tidak berupaya memenuhi kemahuan anak kesayangannya. Dia menangis dan merayu anak-anaknya supaya bersabar dan memberikan sedikit waktu untuk menunaikan permintaannya.  Si Hitam Miskin tidak memperdulikannya lalu terus meraung dan membentak-bentak. Begitulah sikap anak remaja yang dihantui ?Roda Ajaib?.Sama-sama kita ketahui ap kisah sebenar di sebalik peristiwa ini.

 

Judul-judul  di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Tel:03-21485869/2148589/2148504. Faks 03-21487887  Untuk melanggan dalam talian sila layari  Pencetak, Penerbit dan Pengedar DBP Carian Judul?Klik di sini

faizah@dbp.gov.my 03-21481917untuk Pertanyaan                                                                               Tarikh kemaskini: 1 Jun 2004. Penyelenggara : Noorawati Jalaluddin. Pembekal maklumat: Faizah binti Hashim

 
Dikemaskini pada 28 Okt 2008
: 4490544
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
Aduan Pelanggan
  Carian Laman
  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Muat Turun Dokumen

Borang
Brosur
Buku
Poster

  Majalah
  Prestasi Perkhidmatan Dalam Talian

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan Dalam Talian
 e-Perkhidmatan
e-Komuniti
 e-Karya
  e-Penerbitan
 e-Penyelidikan
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan




 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas




Jumlah Capaian
  11778570117785701177857011778570117785701177857011778570117785701177857011778570 
Hari Ini 23
Semalam 1520
Minggu Ini 4895
Minggu Lepas 7256
Bulan Ini 27519
Bulan Lepas 34779
Semua 11778570

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9461 (Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
Pertanyaan: Khidmat Nasihat DBP

Telefon Pantas:

 

Direktori:

 

Telefon dan E-mel Staf DBP

    Khas bagi pengguna
QR Code
qrcode 
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS  Web TV DBP  Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 22/04/2014