Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Jumaat, 25hb April 2014  

  MAJALAH - DEWAN EKONOMI

      

Nota Editor
Perkembangan Positif Industri Kreatif

 

Rencana Utama
Ekonomi Dalam Industri Kreatif

 

Filem Sebagai Perniagaan

 

Industri Kreatif:

Kreatif Baharu Ekonomi Negara

 

Salleh Majid Menulis
Quantitative Easing 2 dan Implikasi

 

Ekonomi  Dalam

 Negeri
Pelaburan Internet:
Risiko untuk Cepat Kaya

Prospek Cerah Industri Kosmetik Halal

 

Nilai Komersial Modal Intelektual

 

Nilai Tranformasi Modal Insan Inovatif

Ekonomi Islam
Realiti Sistem Kewangan Islam

 

Pengurusan Dan Strategi
Tip Kelestrian Perniagaan

 

Teknologi
4G: Industri Tanpa Wayar Bernilai Tinggi

 

Ekonomi Antarabangsa
Republik Pisang

 

Pertanian
Swait Malaysia Komoditi Utama Dunia

 

Hartanah
Rumah Terbengkali:
Hari Gelap Pembeli

 

Industri
Jutawan Muda Internet

Berita Ekonomi
Industri Getah


 Sumbang RM52 Billion Menjelang 2020

 

BNM Kekelakan Rizab

Malaysia Pintu Masuk ke Asia Timur

 

Industri Francais Sukar Peroleh Pinjam

 

Sunway Bakal Syarikat Hartanah Terbesar

 

Kumpulan Utusan Untung RM1.6 Juta


Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Perlu Ditingkatkan

 

Unicorn Perluas Pasaran di Malaysia

 

Pelaburan
Jumlah Dagangan Lebih Tinggi

 

Ulasan Buku
Detik Minsky

 

Dunia Dagang
Dunia Dagang
Januari  2011

 

 

 

Nota Editor

 Perkembangan Positif Industri Kreatif

Hakikatnya, industri kreatif berasaskan ketrampilan, kemahiran, bakat dan potensi individu bagi melahirkan ciptaan atau produk baharu untuk keperluan manusia dan penghasilan tersebut dijadikan sebagai sumber ekonomi atau perniagaan. Oleh hal yang demikian, bidang yang terlibat dalam penciptaan kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu produk untuk perniagaan  termasuk dalam industri kreatif.
   Dalam hal ini, penerbitan filem dan muzik termasuk dalam industri kreatif di bawah kategori audio visual dan media baharu. Selain itu, kategori rekaan, seni dan kraf serta media cetak terangkum dalam industri kreatif yang dilihat memberikan impak positif terhadap kemajuan ekonomi negara.
  Menyedari industri kreatif menjana pendapatan negara, menerusi Belanjawan 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, sebanyak RM200 juta dana diperuntukkan sebagai mangkin pembangunan aktiviti industri kreatif seperti penerbitan filem, muzik, animasi, pembangunan dan aktiviti yang berkaitan.
  Bagi penerbit filem dan hiburan, peruntukan dana industri kreatif yang diumumkan ini melegakan banyak pihak dan memberikan rangsangan baharu untuk menghasilkan produk filem yang lebih kreatif dan bermutu. Walaupun industri filem tempatan 50 tahun agak ketinggalan berbanding dengan filem Barat, pencapaian yang dihasilkan di pentas sendiri sekurang-kurangnya berada di tahap membanggakan negara.
   Industri perfileman dipilih sebagai Rencana Utama Dewan Ekonomi pada keluaran ini kerana perkembangannya yang memberangsangkan. Selain menjana ekonomi negara, filem mempunyai pengaruh yang besar terhadap aspirasi, pemikiran, dan budaya bangsa.  
  Pada tahun lepas (Januari – Oktober 2010), industri filem tempatan merekodkan pulangan menggalakkan apabila jualan tiket panggung wayang mencatatkan kutipan kasar sebanyak RM64.19 juta dengan jumlah penonton sebanyak 6.64 juta orang berbanding dengan tahun 2009, iaitu kutipan kasar sebanyak RM50.84 juta dan jumlah penonton sebanyak 6.03 juta orang. Demikian menurut rekod yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
  Sementara itu, Finas merekodkan industri filem menjana pulangan yang menguntungkan negara apabila ditambah dengan kemasukan filem asing mencatatkan kutipan kasar sebanyak RM419.30 dengan penontonan sebanyak 43.91 juta orang pada tahun yang sama berbanding dengan tahun 2009 mencatatkan jumlah kutipan kasar sebanyak RM403.30 dengan jumlah penontonan 44.13 juta orang.
  Dalam hal ini, industri kreatif jika tidak disokong oleh audiens tidak akan sampai ke mana-mana. Memetik kata Ketua Pegawai Eksekutif MIG Production, David Teo, tanpa penonton yang membeli tiket wayang, produser dan negara hilang pendapatan manakala industri kreatif akan lenyap buat selama-lamanya.

Suria Janib

 


Rencana Utama 

Filem sebagai  Perniagaan

OLEH RAHIM AZIZ

Kepentingan filem sebagai perniagaan dapat dilihat berdasarkan jumlah kutipan tiket global mencecah ke paras AS$29.9 bilion (RM92.69 bilion) pada tahun 2009, iaitu peningkatan sebanyak 7.6 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. Pola yang ketara dalam industri kreatif ini menunjukkan pertambahan tayangan layar digital 3D (tiga dimensi) yang bersesuaian dengan peningkatan dalam pembuatan filem bercorak ini untuk memenuhi selera penonton yang semakin tinggi.
  Seperti entiti perniagaan yang lain, industri filem turut mengambil kira cita rasa pengguna untuk terus berkembang dan relevan dengan kehendak semasa. Jika dilihat senarai filem yang berjaya meraih jumlah kutipan tiket terbanyak seperti dalam Jadual 1 membayangkan kecenderungan pengguna semasa menjadi faktor penting merangsang penjanaan pendapatan industri kreatif.

   

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Ekonomi Januari 2011. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

 

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel:03-21485869/03-21433504 Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 
Dikemaskini pada 29 Mar 2011
: 4497157
Aduan Pelanggan
  Carian Laman
  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Muat Turun Dokumen

Borang
Brosur
Buku
Poster

  Majalah
  Prestasi Perkhidmatan Dalam Talian

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan Dalam Talian
 e-Perkhidmatan
e-Komuniti
 e-Karya
  e-Penerbitan
 e-Penyelidikan
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan




 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas




Jumlah Capaian
  11781142117811421178114211781142117811421178114211781142117811421178114211781142 
Hari Ini 844
Semalam 1751
Minggu Ini 7467
Minggu Lepas 7256
Bulan Ini 30091
Bulan Lepas 34779
Semua 11781142

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
Pertanyaan: Khidmat Nasihat DBP

Telefon Pantas:

 

Direktori:

 

Telefon dan E-mel Staf DBP

    Khas bagi pengguna
QR Code
qrcode 
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS  Web TV DBP  Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 22/04/2014