|
|
ASTRONOMI |
|
Perihelion dan Gerhana Separa Matahari
|
|
FOKUS |
|
Lumpur Gerudi daripada Sisa Kelapa Sawit
|
|
HUTAN TROPIKA |
|
Mengkudu Kecil Anti-HIV
|
|
FORSENSIK |
|
Dadah dalam Rambut
|
|
ALAM SEKITAR |
|
Letupan Industri dan Impak Terhadap Alam Sekitar
|
|
SAINS DAN KEHIDUPAN |
|
Menguap kerana Seronok
|
|
TEKNOLOGI BINAAN |
|
Kepulauan Palma Mencipta Dunia Umpama Syurga
|
|
BIOTEKNOLOGI |
|
Budu Mencegah Kanser Payu Dara
|
|
SAINS ANGKASA |
|
Puing Orbit
|
|
|
SAINS ANGKASA |
|
Tamparan Hebat ESA
|
|
|
SAINS NEURON |
|
Pemulihan Kanak-kanak Palsi Serebrum
|
|
|
INFORMASI PERHUTANAN OLEH FRIM |
|
Pengurusan Hutan Produktif Negara
|
|
| SAINS DAN ALQURAN |
|
Air dan Luluhawa Batu
| |
|

DEWAN KOSMIK JANUARI 2011
DARIPADA EDITOR
SURAT PEMBACA
TRIVIA
FIKSYEN SAINS
AKTIVITI SAINS
ULASAN BUKU
FIKSYEN SAINS
|
|
|
ENTOMOLOGI PERUBATAN |
|
Pembunuhan Terkecil di Dunia
|
|
|
KONSERVASI |
|
Merak Pongsu Berjambul Punk
|
|
dd |
|
OTORINOLARINGOLOGI |
|
Pepijat di dalam Telinga
|
dd |
|
KEJURUTERAAN ELEKTRONIK |
|
Pencemaran Gelombang Elektromagnet
|
dd
|
|
GENETIK |
|
Oogenesis: Proses Penghasilan Ovum
|
dd |
|
KEJURUTERAAN KIMIA |
|
Teknologi Cacing Merawat Sisa Industri
Kepelbagian Aplikasi Keupayaan Zeta |
|
|
|
PERUBATAN |
|
Batuk Berdarah
Terapi Virus
|
| dd |
|
TEKNOLOGI KETENTERAAN |
|
Safron Menguatkan Daya Ingatan
|
|
|
KEJURUTERAAN KIMIA |
|
Perekat Semula Jadi dan Perekat Sintetik
|
|
|
TEKNOLOGI KETENTERAAN |
|
PT-91M Pendekar Gabungan Teknologi Rusia-Eropah
|
|
|
BI0LOGI MARIN |
|
Air Merah yang Tiada Penawar
|
|
|
METALURGI |
|
Sejarah Keluli Dinding Kapal Selam |
|
|
|
|
DARIPADA EDITOR
Inovasi Penggerudian Telaga Minyak
Tahun demi tahun, Dewan Kosmik sentiasa menyiarkan artikel terbaik untuk pembaca. Setiap artikel Dewan Kosmik yang padat dengan maklumat dan ilmu yang bermutu dimanfaatkan oleh setiap golongan pembaca sama ada pelajar mahupun dewasa. Malah, isu yang tersiar dalam majalah ini sering mendapat perhatian daripada golongan pendidik untuk tujuan peperiksaan. Misalnya, dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun lepas, artikel bertajuk “Sains di Sebalik Coklat” oleh Saharil Hasrin Sanin keluaran September 2007 menjadi salah satu tajuk dalam kertas Bahasa Melayu. Selain itu, sidang editor sering menerima maklum balas daripada pelajar yang mengakui telah mendapat markah yang tinggi apabila membaca majalah ini terutamanya dalam subjek karangan, selain meningkatkan ilmu sains dan teknologi. Begitulah keistimewaan satu-satunya majalah sains dan teknologi berbahasa Melayu yang kini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan masyarakat di negara ini. Pada keluaran tahun 2011, Dewan Kosmik memperkenalkan beberapa ruangan baharu yang semakin mendapat perhatian umum seperti Forensik, Bioteknologi, Informasi Perhutanan oleh FRIM dan Fenomena Alam. Fokus keluaran Januari tentang kajian penyelidik tempatan daripada Universiti Sains Malaysia yang berjaya menyelesaikan masalah cecair penggerudian telaga minyak dengan kos yang jimat dan lebih berkesan berbanding dengan kaedah lama. Cecair penggerudian ciptaan Profesor Madya Dr. Mohamad Nasir Mohamad Ibrahim yang dinamakan ViscoLignoTM menggunakan bahan kitar semula, iaitu sisa buangan kelapa sawit seperti tandan, pelepah serta batang. Dalam kajian ini, lignin diekstrak keluar daripada sisa buangan kelapa sawit. Lignin yang biasanya didapati dalam tumbuhan ini kemudiannya ditindakbalaskan dengan beberapa bahan kimia lain untuk menghasilkan cecair lumpur gerudi. Selain menyelesaikan masalah pelupusan sisa buangan pertanian, produk ViscoLignoTM bakal memberikan impak yang besar terhadap industri penggerudian telaga minyak negara dan antarabangsa.
– Norizan Muslim
|
Fokus
Lumpur Gerudi daripada Sisa Kelapa Sawit
Oleh Mohamad Nasir Mohamad Ibrahim
Pengalaman mengikuti Latihan Asas Keselamatan dan Kecemasan Lepas Pantai di sebuah pusat latihan di Kerteh, Terengganu, pada Mei 2010 sudah cukup membuat penulis begitu teruja terhadap kerjaya di pelantar minyak dan gas. Apa tidaknya, jika kita ke tempat kerja dengan kereta, motosikal, bas atau monorel, pekerja di pelantar minyak pula ke tempat kerja dengan menaiki helikopter. Selain persekitaran kerja yang mencabar, bekerja di situ juga menjanjikan gaji yang lumayan. Selagi bekalan hidrokarbon masih ada di luar pantai Malaysia, selagi itulah kerjaya sebagai jurutera petroleum dan jurutera penggerudi diperlukan untuk membawa keluar emas hitam ini dari perut bumi. Sehingga hari ini, minyak dan gas masih merupakan sumber utama tenaga yang bersih lagi murah jika dibandingkan dengan sumber lain seperti batu arang, nuklear dan solar. Maka tidak hairanlah, Petronas serta syarikat minyak antarabangsa semakin giat mengembangkan usaha mengesan kedudukan telaga minyak dan gas yang berpotensi untuk diterokai. Oleh itu, banyak telaga yang bakal digerudi dari semasa ke semasa dalam proses yang dikenali sebagai penggerudian ekspolarasi. Bagi mereka yang inginkan kerjaya yang mencabar, pelantar minyak yang terletak beratus-ratus kilometer di tengah laut sememangnya memerlukan kehadiran anda.
Operasi Penggerudian Proses penggerudian hanya dijalankan setelah dapat mengesan sesuatu kawasan yang dijangkakan mempunyai peratusan kedapatan hidrokarbon yang tinggi. Hal ini demikian kerana kos penggerudian telaga minyak boleh mencecah RM40 juta sebuah. Telaga minyak biasanya akan digerudi bermula dengan lubang bersaiz 44.45 sentimeter (cm) hingga 91.44 cm dengan kedalaman antara 60.96 meter hingga 91.44 meter. Bagi lubang yang dalam, dua hingga tiga penstabil diperlukan untuk memastikan lubang yang digali adalah lurus. Struktur paip asas gerudi terdiri daripada mata gerudi atau bit, penstabil berhampiran bit gerudi, relang gerudi, penstabil dan paip gerudi (Rajah 1). Relang gerudi merupakan paip yang lebih besar serta lebih berat berbanding dengan paip biasa. Ia digunakan untuk membekalkan berat pada mata gerudi agar proses penggerudian berjalan lancar. Selain itu, beratnya yang besar digunakan untuk merenggangkan keseluruhan struktur paip gerudi agar tidak bengkok ketika proses ... |