Melayu  |  English 

  Selamat Datang Pelawat  

  Jumaat, 3 September 2010  

  PRPM(Istilah, Kamus, Ensiklopedia dll.)

  Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Prestasi

  Aplikasi Dalam Talian

Khidmat Nasihat Dalam Talian

Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Ensiklopedia  

Istilah 

Bahasa Sukuan 

Kamus

Korpus Bahasa Melayu

Semakan Manuskrip Mengikut Carian Judul

Katalog Awam Dalam Talian

Carian Buku/Majalah

Pustaka Digital

  Perkhidmatan
  Maklumat Umum

Borang-borang

Soalan Lazim

Telefon/Faks

Lokasi DBP

  Warga DBP Sahaja

Intranet

Web Mel

  Hiper Rangkai

Pusat Dokumentasi Melayu

Munsyi Dewan

Dawama

Puspanita DBP

Koperasi DBP

Persatuan Penterjemah Malaysia

Institut Terjemahan Malaysia

Produk Multimedia DBP

  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 MAJALAH - DEWAN BUDAYA

 

Catatan Ketua Editor
Panorama Seni
Nota Editor
Lembaran Pembaca
Sekeliling Kita

 

FOKUS

Mengimbangi Cita Rasa Manusia dalam Budaya Internet
 
JYH Wee Sew

Takkan Melayu Hilang di Dunia Siber
 
Shahrul Nizam Junaini

KOLUMNIS

Susur Budaya
Sederet Senario Madani Kurun ke-21
Muhammad Haji Salleh

Saling Silang
Pilih yang Mengenyangkan
 
Umar Junus

Jejak Seni
 Antara Sekolah dengan Pentas Teater
Johan Jaaffar

 

 

 

MASYARAKAT DAN SENI

Puisi Budaya 
 Telaga
 Nassury Ibrahim

Pemikiran
 Mengurus Pemikiran Tergendala
Mohd. Shukran Ab. Majid

Album Baharu
 Menghilir Sungai Menyulam Seni Leluhur
Salman Sulaiman

Tanaman Halaman
 Siantan, Bunga Raya
Adnan Abd. Jamil

Profil Seniman
 Mustapa Haji Ibrahim: Bertapak Menerusi Anak Alam
 Shaari Safie

Ulasan Buku
Perkahwinan Adat di Negeri Sembilan
 Idros Samsudin

Teater
Muzikal Ibu Zain: Teater Dokumentari?
Adib Ashraf

Filem
Festival Filem Malaysia ke-21
Adnan Abd Jamil & Shaari Safie

Cermin Budaya
Raja Suran: Pencetus Idea Kapal Selam Pertama di Dunia
 Ali Bukhari Amir

Warisan
Lui Cha: Tradisi Masyarakat Hakka 
 Markus Lim

Tradisi
Bpaginakan: Fenomena Budaya Selepas Aidilfitri Mabulmaddin Shaiddin

Seni Lukis
 Razak Abdullah: Dari Melawati ke Bidong
Muliyadi Mahamood

Cerpen
Bidadari Laut Bidadara Teluk
Rahimah Muda

Nota Editor 

Berayalah Cara Kita…


Bulan Oktober hadir dengan membawa bersamanya kemeriahan perayaan.  Hari Raya Aidilfitri memang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia; sementelahan pula yang beragama Islam.  Dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa pula terdapat beberapa perayaan yang biasanya disambut bersama.  Boleh dikatakan kita agak beruntung dan mewah dengan pelbagai perayaan.  Malahan bagi sesetengah orang pula, bulan perayaan ialah bulan untuk “berbelanja” dan bulan “berhabis”.  Keadaan sedemikian mungkin tidak akan dialami masyarakat di negara lain.  Malahan ada juga negara yang masyarakatnya hanya menyambut sambutan Tahun Baharu sahaja.
  Perayaan Hari Raya Aidilfitri dalam konteks agama membawa makna “kemenangan”.  Penganut Islam di seluruh pelosok dunia; yang terlebih dahulu menjalani ibadah puasa selama sebulan, meraikan kejayaan mereka pada 1 Syawal.  Malahan, pada hari ini juga umat Islam diharamkan berpuasa.  Sepanjang bulan Ramadan sehingga sebelum bersembahyang sunat Aidilfitri pada pagi 1 Syawal, umat Islam yang berkemampuan diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah dengan kadarnya yang tertentu.  Dalam konteks sosial, amalan berpuasa dan membayar zakat ini mengingatkan kita tentang tanggungjawab terhadap masyarakat.  Dengan berpuasa, kita turut merasa penderitaan mereka yang hidupnya terpaksa berlapar oleh himpitan kemiskinan.  Dengan berzakat pula, kita yang berkemampuan menyumbang sedikit daripada hasil pendapatan kita untuk diagihkan kepada mereka yang layak menerimanya.
  Agama Islam mewajibkan umatnya sentiasa menjaga hak dan tanggungjawab terutama kepada golongan yang berhak menerima hak mereka.  Tidak ada diskriminasi dalam soal menjaga keharmonian dalam hubungan kehidupan antara sesama manusia biarpun berlainan fahaman agama.  Hal ini menjadi asas kepada penerimaan masyarakat dunia terhadap ajaran agama Islam secara meluas.
  Sebagai anggota masyarakat di dalam negara yang berbilang kaum seperti di Malaysia, kita wajib menyelesaikan dahulu tanggungjawab kita kepada masyarakat.  Malahan ia mendahului faedah dan kepentingan peribadi dan keluarga.  Perkara ini membuktikan bahawa betapa setiap anggota masyarakat mempunyai peranan dalam membina keharmonian masyarakat yang melingkunginya.  Falsafah serta nilai yang terdapat dalam sambutan perayaan ini perlu selalu ditonjolkan dan dijelaskan.  Keharmonian hidup bermasyarakat hanya mampu dibina dalam kesedaran dan keikhlasan.  Marilah kita meraikan perayaan ini dengan kesedaran betapa masih ada lagi anggota masyarakat kita yang tidak pernah berpeluang merayakan apa-apa “perayaan” pun dalam hidup mereka.  Oleh itu, kita mesti memahami dan memperhalus dua amalan mulia ini sebelum meraikan sambutan Aidilfitri tahun ini.
  Malahan, hal ini menjadi kunci kepada hasrat melahirkan masyarakat Malaysia yang utuh perpaduannya.  Berayalah dengan cara kita dan bukannya terikut-ikut dengan momokan fantasi pada kapitalis dan pengamal iklan.  Salam Aidilfitri daripada kami, Sidang Editor Dewan Budaya.  Maaf Zahir batin ....

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Budaya Oktober 2008 Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

db@dbp.gov.my 03-21482267untuk Pertanyaan

 
Dikemaskini pada 4 Nov 2008
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman


Dewan Bahasa dan Pustaka,
Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA

Tel: 03-2148 1011

Ikuti
Bulan Bahasa Kebangsaan
di Facebook


WAKTU PERKHIDMATAN

Isnin - Khamis

8:30 pg - 4:30 ptg

Jumaat

8:30 pg - 12:00 tgh

2:45 ptg - 4:30 ptg

 Majalah DBP
  Jumlah Capaian Sejak Jun 2004

  7801505780150578015057801505780150578015057801505 

  Muat Turun Aplikasi

               

Dasar Privasi  |   Dasar Keselamatan  | Notis | Hakcipta  | Pasukan Web| Soalan Lazim

               

Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
(Talian Umum)--Telefon: 03-21481011 ,
21443300,21443030, 21444433,21444477, 21444800, 21446600,21447071, 21447744
Faks: 03-21447248 (Am), 03-21445727 (Bahasa), 03-21414109 (Sastera)
Untuk sebarang pertanyaan umum sila ke
Khidmat Nasihat DBP.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas, resolusi 1024 x 768 pixel.