Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Rabu, 23hb Julai 2014  

Sahibba Tingkatkan Penguasaan Kosa Kata

 

SERAMAI 56 peserta berentap dalam Pertandingan Sahibba yang diadakan di
Hotel Tropical Inn, Johor Bahru pada 27 Ogos yang lalu. Pertandingan yang
diadakan untuk meningkatkan bilangan dan penggunaan kosa kata dalam
bahasa Melayu ini disertai oleh pelajar sekolah menengah dan sekolah
rendah sekitar negeri ini.
  Pertandingan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah
Selatan (DBPWS) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor ini juga
untuk memupuk kreativiti pelajar dalam membina kosa kata. Seterusnya
dapat melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam penggunaan bahasa
Melayu.
  Dalam permainan, pemain boleh mencabar perkataan yang dibina oleh
peserta lain. Sahibba ialah permainan jalin kata untuk dua hingga empat
orang dan setiap pemain beradu memperoleh markah secara menjalinkan
perkataan di atas papan permainan seperti teka silang kata.
  Pada tahun ketiga diadakan, Johan bagi kategori sekolah menengah
dimenangi oleh Nurul Hazizah Kassim (SMK Dato Penggawa Barat, Pontian).
Naib Johan pula dimenangi oleh Nurul Jannah Azmi (SM Sains, Johor) dan
tempat ketiga dinobatkan kepada Siti Aminah Sahat (SMK Tinggi Segamat).
Sembilan peserta lain menerima hadiah sagu hati.
  Manakala bagi Pertandingan Sahibba Kategori Sekolah Rendah, johan
dimenangi oleh Nabilah Azirah Abdull Rahim (SK (P) Bandar Tangkak, Muar),
Naib Johan pula ialah Adi Muhamad Qaiyum (SK Nitar 2, Mersing), tempat
ketiga dimenangi oleh Muhamad Fairuz Reza Md. Hamsani (SK Nitar 2,
Mersing). Masing-masing menerima hadiah wang tunai, sijil penghargaan dan
hadiah iringan iaitu set permainan Sahibba sumbangan Syarikat Permainan
Malaysia (SPM). Majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutup
disempurnakan oleh Encik Kamarudin Abu, Ketua Unit Menengah, Sektor
Pengurusan Sekolah, wakil rasmi Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

 
Dikemaskini pada 5 Jul 2012
: 4761008
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  11929369119293691192936911929369119293691192936911929369119293691192936911929369 
Hari Ini 844
Semalam 1398
Minggu Ini 4421
Minggu Lepas 8834
Bulan Ini 29144
Bulan Lepas 64031
Semua 11929369

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 21/07/2014