Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Jumaat, 19hb September 2014  

 MAJALAH - DEWAN BUDAYA

 

Catatan Ketua Editor
Panorama Seni
Nota Editor
Lembaran Pembaca
Sekeliling Kita

 

FOKUS

Menghayati Perpaduan Rakyat Malaysia
 
Hassan Ahmad

KOLUMNIS

Susur Budaya
Berbudaya Itu Adap, Walau pada Alaf21 (Bahagian Akhir)
Muhammad Haji Salleh

Saling Silang
Pemimpin dan Politikus
 
Umar Junus

Jejak Seni
 Berdrama di Sekolah
Johan Jaaffar

 

 

 

MASYARAKAT DAN SENI

Puisi Budaya 
 Bunga-bunga Rindu
 Adi Muara

Pemikiran
 Pengembaraan Budaya Islam Sejagat di Malaysia
Mohamad Sofee Razak

Tanaman Halaman
 Tetulang, Rozel
Adnan Abd Jamil

Profil Seniman
 Haji Morad Ibrahim: Bermula Sebagai Penarik Beca
Abdul Halim Yaacob

Ulasan Buku
 Hadis yang Mengancam Agama
 Salman Sulaiman

Teater
Budak Joget bukan "Anak Joget"
 Goneng Beratnanag

Teater
Tok Perak yang Sinis
Adib Ashraf

Filem
Apa Kata Hati: Sebuah Komedi Romantis
Norman Yusoff

Cermin Budaya
Ada Pelajaran di Pulau Mengkuang
 Malim Ghozali PK

Warisan
Sayau: Aksi Pahlawan Bajau Semporna 
 Mad Sakairan Haji Sulaiman

Antarabangsa
Candi Borobudur Selepas Keruntuhannya
Rejab F.I.

Seni Lukis
 Awie yang Menyanyikan Lagu Anjing, Badut dan ...
Zubin Muhammad

Cerpen
Perlak Emak
Rahimidin Zahari

Nota Editor  


Ramadan Datang Lagi …

Ramadan datang lagi.  Semestinyalah Ramadan yang penuh dengan kemuliaan ini ditunggu-tunggu kehadirannya oleh umat Islam seluruh alam.  Seperti juga Ramadan pada tahun-tahun yang lalu, majlis berbuka puasa menjadi kegiatan utama, dan restoran serta hotel ternama “tak menang tangan” menerima tempahan untuk majlis berbuka. Organisasi besar atau kecil juga turut menjadikan majlis berbuka puasa sebagai salah satu acara korporat bagi melahirkan keprihatinan mereka terhadap anak-anak yatim dan golongan yang tidak bernasib baik.  Majlis berbuka puasa juga merupakan acara kekeluargaan yang menjadi kelaziman bagi masyarakat Malaysia. Melihat kepada kepelbagaian makanan dan minuman yang dihidangkan pada majlis tersebut dapatlah kita gambarkan betapa makmurnya Malaysia kita.
   Hakikatnya, budaya berbelanja besar setiap kalinya datang Ramadan seperti sudah sebati dengan nilai kehidupan masyarakat kita.  Fenomena ini tentunya terpesong daripada nilai dan falsafah sebenar di sebalik pengertian Ramadan itu sendiri.  Islam juga tidak pernah menggalakkan pembaziran.  Ramadan mengajar kita untuk sama-sama merasai penderitaan mereka yang kurang bernasib baik.  Ramadan juga menguji jiwa kita dalam menangkis nafsu syaitan, menginsafi kekerdilan dan mencabar kesabaran kita.  Bulan ini juga sepatutnya dijadikan bulan bagi kita membersihkan jiwa dan raga kita daripada “kekotoran” duniawi yang telah terpalit sekian lama.
   Dalam sebuah masyarakat yang makmur seperti di negara kita, rasa kebersamaan dan sifat prihatin masyarakatnya memang telah terbukti.  Malahan sifat terpuji ini telah menjadi darah daging dan telah sebati sekian lama.  Malangnya ada juga pihak-pihak yang menggunakan kesempatan atas kebaikan ini untuk “menahan lukah” seperti “diberi betis hendakkan paha”.  Ada juga segelintir masyarakat kita yang mengambil kesempatan daripada kebaikan orang lain dan menidakkan hak orang yang sepatutnya.  Kelompok masyarakat yang terlalu mementingkan diri ini sepatutnya menjadikan Ramadan sebagai permulaan bagi mencari makna sebenar rasa kebersamaan dan bersifat prihatin terhadap orang lain.  Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak.
                                                    * * *
Saya bersama-sama dengan Puan Padilah Haji Ali, Ketua Editor Bahagian Majalah berkesempatan mengunjungi Allahyarham sewaktu dirawat di Hospital Serdang seminggu sebelum menerima mesej pesanan ringkas S.M. Zakir.  Tidak ada apa-apa yang dapat saya bualkan dengan Bang Othman, nama yang biasa saya panggil Allahyarham, ketika itu kerana topeng oksigen yang menutup muka beliau menghalang beliau untuk berkata-kata.  Namun begitu, Bang Othman masih mahu berkata-kata tetapi saya menasihatkan beliau supaya berehat.  Beliau menggenggam erat tangan saya, dan sehingga kini genggaman itu masih terasakan.  Allahyarham S. Othman Kelantan, Sasterawan Negara kita telah pun meninggalkan kita.  Dewan Budaya masih menyimpan sebuah artikel beliau yang belum sempat disiarkan lagi. Kami mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan Allah bersama-sama mereka yang terpilih. Kami akan menggunakan ilmu, nasihat dan kata-kata semangat yang selalu Allahyarham berikan kepada kami untuk memajukan agama, bahasa, sastera dan budaya bangsa.  Al-Fatihah.

                                                      * * * *
Tentang Kulit
Hilir Perak asalnya mereka dimudikkan
Yang mahir, yang pandai, segala dikumpulkan
Orang Sayong yang mula memasyhurkan
Terkenal oleh indah dan uniknya seni pembuatan
Labu Sayong disebut diberi jolokan
Menjadi tersohor dipuji bangga diperagakan.

Setara seramik dalam cara teknik pembuatan
Berwarna hitam dibakar sekam memang disengajakan
Motif rawang, bunga padi, cengkih jelas kelihatan
Menyimpan air minuman dingin untuk dihidangkan
Tak setara dengan apa jua, jika mahu dibandingkan
Berkhasiat penyedar lelan, penyegar lesu dan keletihan.

Tradisi kita memang tidak kurang segala kehebatan
Jauhari juga yang mengenal manikam selalu dikatakan.
                                                                        AGA


 

FOKUS              

Menghayati Perpaduan Rakyat Malaysia

Oleh: Hassan Ahmad

Salah satu masalah yang sering dihadapi negara pelbagai kaum seperti Malaysia ialah masalah perpaduan etnik, terutama perpaduan antara penduduk asal negeri ini dengan penduduk yang asalnya datang dari negara asing atau dari luar kawasan sejarah, budaya, ekonomi, politik dan agama penduduk asal itu.  Keadaan demografi kepelbagaian kaum (etnik) di Tanah Melayu atau di Malaysia hari ini adalah hasil peninggalan penjajahan British.  Mungkin ini takdir Tuhan.  Bagaimanapun, sesetengah ulama berkata bahawa doa dapat menolak takdir.
  Jadi, kita boleh berdoa untuk mengelakkan keadaan kepelbagaian etnik ini menjadi punca masalah kepada negara kita atau menjadi punca berlakunya permusuhan atau pertelingkahan antara kaum, sebagaimana pernah berlaku pada Peristiwa 13 Mei 1969.  Contoh yang lain ialah peristiwa pergaduhan antara orang Melayu dengan kaum pendatang Cina di Tanah Melayu apabila gerombolan askar Bintang Tiga (yang dikuasai orang Cina itu) mengganas terhadap orang Melayu dalam percubaan mereka untuk memerintah negara ini setelah Jepun meninggalkan Tanah Melayu sebelum British datang semula untuk menyambung pemerintahan mereka di negara ini.  Orang Melayu, misalnya di Batu Pahat, Johor bertindak balas melalui pasukan Selendang Merah Kiai Salleh.  Akhirnya kaum Cina merayu kepada Dato’ Onn Jaafar yang pada waktu itu menjadi Pegawai Daerah di Batu Pahat supaya menyabarkan orang-orang Kiai Salleh itu.
  Tetapi Allah itu juga memberitahu manusia bahawa Dia menjadikan manusia berbangsa-bangsa supaya manusia dapat mengenali satu sama lain.  Firman Allah dalam kitab-Nya, Surah Hujuraat, Ayat 13, yang bermaksud:
 “Hai manusia,... [Kami] menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.”
  Jadi, dengan kehendak Allah ialah, manusia yang berbeza-beza bangsa itu dijadikan demikian supaya mereka dapat, malah diperintahkan supaya berbaik-baik antara satu sama lain.  Caranya adalah dengan mengenali dan memahami apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang sama dan yang berbeza antara mereka supaya dengan demikian segala prasangka dan kejahilan tentang agama, budaya, adat dan nilai masing-masing dapat dihapuskan dan digantikan dengan persefahaman dan semangat toleransi.
  Tetapi sejak zaman dahulukala lagi, sampailah sekarang, manusia ingkar terhadap firman Allah ini.  Mereka bermusuhan, bergaduh, berperang dan berbunuhan kerana berlainan agama, berlainan warna kulit – mereka berkata “kulit kamu hitam”, “kulit kami putih”, “jadi taraf kita berlainan”, “kamu hamba, kami tuan” lalu menjadikan taraf sosial, ekonomi dan moral kita tidak sama.  Demikianlah punca yang berlaku setiap hari sejak dahulu hingga sekarang, biasanya dilakukan oleh bangsa yang menganggap diri mereka “sudah maju” dan “bertamadun tinggi” terhadap orang lain yang tidak sebangsa dan tidak seagama dengan mereka, walaupun orang lain itu mempunyai budaya dan tamadun yang jauh lebih maju.  Kalau perasaan itu tidak ditunjukkan dengan nyata di luar diri mereka, mereka menyimpan perasaan itu dalam hati dan menunggu keadaan tertentu yang boleh mencetuskan perasaan itu, misalnya dalam bentuk pergaduhan kaum dan etnik, pergaduhan agama dan sebagainya.
  Hal ini bukan kehendak Tuhan.  Hal ini adalah kesalahan manusia.  Mereka jahil, mereka fanatik, mereka bersifat rasis, eurosentrik/baratsentrik, dan sebagainya.  Mereka bersifat membenci kepada bangsa yang berlainan bangsa, agama dan budaya.  Mereka mencipta musuh berdasarkan perasaan itu
.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Budaya September 2008 Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

db@dbp.gov.my 03-21482267untuk Pertanyaan

 
Dikemaskini pada 4 Nov 2008
: 4924442
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  11999134119991341199913411999134119991341199913411999134119991341199913411999134 
Hari Ini 780
Semalam 1026
Minggu Ini 5750
Minggu Lepas 10558
Bulan Ini 25554
Bulan Lepas 36268
Semua 11999134

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 18/09/14