Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Jumaat, 25hb April 2014  

http://http://en.wikipedia.org/wiki/Ali_Ismail_Abbas

Meraikan Penerima Anugerah S.E.A Write Awards


BAGI meraikan penerima Anugerah S.E.A. Write Awards 1992, YBhg, Datuk
Ismail Abas, Malam Puisi Amil Jaya diadakan pada 26 April lalu di Dewan
Besar, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Acara dimulakan dengan
persembahan Pengisahan oleh Encik Dulamid Rudin yang merupakan Johan
Pengisahan Negeri Sabah 2007. Melalui pengisahan tersebut, kira-kira
seramai 200 orang penonton yang hadir diperdengarkan tentang latar
belakang dan sejarah penglibatan Amil Jaya dalam dunia penulisan.
  Mengimbau kembali sejarah penglibatan beliau dalam dunia penulisan,
Amil Jaya atau nama sebenarnya Ismail Abbas mula terlibat dalam penulisan
kreatif pada awal tahun 1950-an melalui karya-karya puisi tradisional
seperti pantun. Seterusnya, beliau menghasilkan pelbagai cerpen dan novel
yang mengangkat namanya sebagai pengarang yang berwibawa di samping aktif
berkarya dalam penulisan genre esei dan kritikan.
  Antara novel-novel hasil tulisan beliau termasuklah Cerah (Dewasa,
1976) yang telah memenangi hadiah kedua Sayembara Menulis Novel anjuran
Badan BAHASA Sabah, Ngayau (Dewasa, 1977) yang memenangi hadiah pertama
dalam peraduan anjuran GAPURA dan Biro BAHASA, Bagaton (Dewasa, 1987),
Yanti Si Anak Laut (Remaja, 1986), Herwan Anak Kembara (Remaja, 1989).
Himpunan cerpen dan puisi beliau pula dimuatkan dalam antologi Haram
(1969), Berhati Nabi Berwajah Ibu (1972) dan Suatu Amanah (1997).
  Atas sumbangan besar beliau terhadap pembinaan dan pengembangan
sastera, beliau dianugerahi Penghargaan Penulis (1987) oleh DBP Cawangan
Sabah, Anugerah Sasterawan Negeri Sabah (1990), S.E.A. Write Awards
(1992), pingat Ahli Mangku Negara (1995), Ahli Setia Darjah Kinabalu
(1994), Bintang Kinabalu (1998), dan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu
yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2000 oleh TYT Yang di-Pertua Negeri
Sabah.
  Kemeriahan acara pada malam itu telah diteruskan dengan persembahan
tarian kebudayaan oleh Kumpulan Budayawan dengan menarikan Tarian Sambut
Tamu, Limbai dan Tarian Kuda Pasu kaum Bajau. Jenis tarian Bajau ini
dipilih sebagai penghormatan kepada Amil Jaya yang merupakan orang Bajau.
Acara baca puisi Amil Jaya secara bergilir-gilir juga dideklamasikan oleh
ADUN Membakut, YB Haji Ariffin Ariff, Ketua Pengarah DBP, YBhg. Datuk Dr.
Firdaus Abdullah, YBhg. Datuk Aziz Deraman, Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa dan Sastera Antarabangsa, Puan Hajah Zaiton Ajamain, Pengarah DBP
Cawangan Sabah, Encik Zubaidi Abas dan beberapa pengiat seni tanah air
lagi. Selain daripada itu, alunan syair dan penyampaian lagu Isun-Isun,
lagu-lagu puisi turut diperdengarkan.
 
Dikemaskini pada 5 Jul 2012
: 4496028
Aduan Pelanggan
  Carian Laman
  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Muat Turun Dokumen

Borang
Brosur
Buku
Poster

  Majalah
  Prestasi Perkhidmatan Dalam Talian

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan Dalam Talian
 e-Perkhidmatan
e-Komuniti
 e-Karya
  e-Penerbitan
 e-Penyelidikan
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan




 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas




Jumlah Capaian
  11780645117806451178064511780645117806451178064511780645117806451178064511780645 
Hari Ini 347
Semalam 1751
Minggu Ini 6970
Minggu Lepas 7256
Bulan Ini 29594
Bulan Lepas 34779
Semua 11780645

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
Pertanyaan: Khidmat Nasihat DBP

Telefon Pantas:

 

Direktori:

 

Telefon dan E-mel Staf DBP

    Khas bagi pengguna
QR Code
qrcode 
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS  Web TV DBP  Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 22/04/2014