Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Sabtu, 1hb November 2014  

 MAJALAH - DEWAN BUDAYA

 

Catatan Ketua Editor
Panorama Seni
Nota Editor
Lembaran Pembaca
Sekeliling Kita

 

FOKUS

Galeri Seni Swasta: Mempromosi Wajah Malaysia
 
Muliyadi Mahamood

Galeri Seni Swasta: Wawancara oleh Wakil DB
 Shaari Safie

KOLUMNIS

Susur Budaya
Ajmer dan Pushkar, Rajasthan
Muhammad Haji Salleh

Saling Silang
100% Halal Hanya Pesona Angka?
 
Umar Junus

Jejak Seni
 Bermula Sebagai Penulis Skrip
Johan Jaaffar

 

MASYARAKAT DAN SENI

Puisi Budaya 
 Rumah Bot 
 Malim Ghozali PK

Pemikiran
 Paradigma Baharu dalam Pemasaran Seni Masyarakat Malaysia
Jonathan Sidi

Ulasan Buku
 Seni Hias dalam al-Quran
 Idros Samsudin

Tanaman Halaman 
Dewa, Oregano
 Adnan Abd. Jamil

Teater
Aalahai Muzikal Sirah Junjungan
Adib Ashraf

Filem
Yang Halal dalam Anak Halal
 Salman Sulaiman

Cermin Budaya
Kolah dan Nazar
 Anwar Ridhwan

Profil Seniman
 Mohamad Lazim Ismail:Melahirkan Perasaan Melalui Muzik
Abdul Halim Yaacob

Seni
Kekal Sihat Ala Malaysia
 Adnan Abd. Jamil

Bicara Seniman
 Pembentukan Nilai Kesenimanan
Khalid Salleh

Warisan
 Imej Budaya Melayu Bandar Sarawak
Siti Zanariah Ahmad Ishak

Belasungkawa
 Loloq: Daripada Bohemian ke Dunia Anarkis
Nor Hazizan Talib Al-Yamani

Cerpen
 
Batu Niah & Harapan
Nimoiz T.Y.

Nota Editor  

Melahirkan Pekerja yang Berbudaya

Pada 1 Mei setiap tahun kita menyambut Hari Pekerja.  Sambutan itu adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan negara terhadap sumbangan semua pekerja di negara kita.  Sambutan ini pastinya akan melibatkan sebahagian besar warga kerja yang belum memasuki usia persaraan dan masih produktif.  Oleh sebab itu, kita perlu bertanggungjawab terhadap kemajuan diri masing-masing dan memberikan sumbangan yang terbaik untuk kemajuan organisasi yang memayungi kita.  Kejayaan kita ini akhirnya akan terpancar melalui kemakmuran dan kegemilangan yang dikecap oleh negara kita dan sebagai ganjarannya, kita dibayar gaji dan pelbagai kemudahan.
   Namun demikian, kejayaan ini tidak datang bergolek kerana bulatnya atau melayang kerana pipihnya.  Ia tidak semudah itu.  Sebagai manusia yang hidup dalam lingkungan adat dan budayanya, segala tindak tanduk kita memerlukan kebijaksanaan dan kekuatan yang menyokong segala usaha itu.  Pepatah kita telah menggariskan betapa “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.”  Malahan pelbagai peraturan hidup bermasyarakat juga telah disuakan kepada kita oleh datuk nenek kita.  Hiduplah umpama aur dengan tebing, sanda menyandar dan jangan seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing.
   Malang sekali bagi sebuah negara yang telah mencecah usia melebihi 50 tahun seperti Malaysia jika masih ada juga warga kerjanya yang seperti “dedalu” yang hidup atas kemungkaran orang lain”.  Dalam kesibukan warga kerjayanya berusaha bersungguh-sungguh memajukan sesebuah organisasi umpamanya, ada segelintir manusianya yang tidak mahu berusaha menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi tersebut.  Lebih buruk lagi, jika golongan “jelatang kampung” ini mempunyai pengaruh kerana kebijaksanaan memutarbelitkan kenyataan dan bertindak seperti “pagar memakan padi”.
   Budaya kita melalui pepatah petitih, perumpamaan dan peribahasa telah dengan jelas memberikan kita panduan hidup dan tunjuk ajar untuk kita ikuti dan teladani.  Sebagai warga yang hidup dalam masyarakat yang berbudaya, sewajarnyalah kita memahami nilai budaya tersebut.  Renungilah semua yang kita warisi itu dengan menggunakan akal yang bitara dan menilainya dengan mata hati dan bukannya dengan mata kasar.  Marilah kita berusaha mempertingkatkan kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab kita sebagai warga yang cemerlang, gemilang dan terbilang.  Marilah kita memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada mereka yang telah kita berikan tanggungjawab memimpin, dan janganlah sebaliknya “harapkan sokong, sokong pula yang membawa rebah.”  Tentunya kita mahu negara kita, bangsa kita, organisasi yang memayungi kita, keluarga dan diri kita mendapat yang terbaik hasil daripada semua usaha yang kita lakukan.

Tentang Kulit
Tempurung kelapa asalnya ia
direka digubah pelbagai guna
dalam kehidupan sentiasalah ia ada
lambang kehalusan nilai cipta seni bangsa
menghargai kurnia alam semesta semestinya.
Batok namanya dipanggil biasa
bertangkai bertam agar mudah memegangnya
di kaki tangga duduknya sentiasa tersedia
bersekali tempayan tanah sesuai jodohnya
mencedok air membersih kaki sebelum menginjak tangga
Lalu dikarang orang akan ungkapan kata
seperti melepas batok di tangga
fahami maksud akan erti agar dapat diduga
agar tidak termengung membuat kerja segala
Gopoh-gapah menurut kata khilaf menjangka
membawa mudarat serta celaka kepada semua.
AGA


FOKUS                     

Galeri Seni Swasta Mempromosi Wajah Malaysia

Oleh Muliyadi Mahamood

Seniman negara Datuk Syed Ahmad Jamal (2007) menulis bahawa sejarah penubuhan galeri seni swasta di negara ini bermula pada sekitaran tahun 1940-an apabila Galeri Seni Mun Sen ditubuhkan oleh pelukis perintis cat air Malaysia, Yong Mun Sen di Pulau Pinang pada tahun 1941.  Hal ini diikuti penubuhan galeri seni swasta yang lain seperti Galeri Galaxy oleh Yin Hong di Kuala Lumpur (1965-1973); Galeri Samat oleh Frank Sullivan pada tahun 1966; Galeri Seni Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) pada tahun 1967; Galeri Seni Sum (1972-1982) oleh pelukis Anthony Sum dan Saujana Fine Arts oleh Redza Piyada (1983 – 1987) (The Encyclopedia of Malaysia: Crafts and the Visual Arts, 2007: 134-135).
  Keadaan ekonomi negara yang baik pada dekad 1990-an telah menyemarakkan perniagaan seni lukis di Malaysia, justeru turut menyaksikan kelahiran lebih banyak galeri seni swasta.  Peningkatan nilai karya seni, keyakinan terhadap masa depannya dan kecintaan terhadap seni lukis juga menyumbang kepada lahirnya lebih banyak galeri swasta seperti Galeri Citra, Art Salon, Valentine Willie Fine Art, NN Gallery, Art Folio, Gallerie Taksu, Galeri Seni Pelita Hati, Rimbun Dahan, Tinta Gallery, TJ Fine Art, Galeri Maya, dan RA Fine Arts.
  Di samping galeri swasta seumpama ini yang secara umumnya mempromosikan serta menghidupkan perniagaan seni, terdapat juga galeri yang diwujudkan oleh badan korporat dan institut kewangan yang turut memainkan peranan penting dalam menaungi kegiatan seni lukis, mengumpul karya dan menyokong pelukis.  Antaranya Bank Negara Malaysia yang mula mengumpul karya pelukis tempatan sejak dekad 1960-an; Galeri Seni Maybank, Public Bank, Bank Bumiputera, Oriental Bank.  Badan Korporat lain seperti Petronas, Tenaga Nasional Berhad, Esso Malaysia dan Philip Morris Group of Companies turut menaja pameran dan pertandingan seni.  Galeri Petronas kini merupakan salah satu galeri seni yang paling aktif dan dominan dalam menganjurkan pelbagai pameran seni karya pelukis tempatan dan antarabangsa, di samping memiliki koleksi seni lukis kontemporari Malaysia yang baik.
  Kewujudan galeri seni swasta memang tidak disangkal memainkan peranan penting dalam pembangunan seni lukis kontemporari Malaysia.  Bukan sahaja bertujuan memperniagakan seni, galeri ini turut berperanan dalam mengembangkan bakat dan keterampilan pelukis, menaungi dan menaja kegiatan mereka, sama ada dalam bentuk penganjuran pameran, promosi, penerbitan katalog ataupun kegiatan lain, seperti penerbitan buku dan bahan rujukan, serta kerjasama dengan penggiat seni mencakupi galeri dalam dan luar negara.  Dalam konteks ini, galeri swasta dilihat membantu perkembangan seni lukis kontemporari serta mengisi ruang aktiviti yang mungkin tidak tertampung oleh institusi seni awam seperti Balai Seni Lukis Negara ataupun galeri seni negeri.
  Usaha galeri swasta dan pengumpul seni persendirian mengumpul karya seni kontemporari juga dilihat sebagai tindakan yang positif dalam menghimpun dan menyumbang kepada proses penulisan sejarah susur-galur perkembangan seni kontemporari.  Hal ini memungkinkan sejarawan dan pengkaji membuat penelitian terhadap karya tersebut untuk melengkapkan peta perkembangan seni secara menyeluruh.  Kecenderungan sesetengah galeri swasta terhadap pelukis muda juga mencerminkan komitmen mereka terhadap perkembangan baharu seni lukis di negara ini di samping mengetengahkan bakat baharu dalam konteks pasaran seni.
  Peranan galeri swasta dalam pembangunan seni lukis kontemporari Malaysia secara umumnya boleh dilihat daripada beberapa sudut utama seperti pendidikan masyarakat umum, penyuburan budaya mengapresiasi dan mengumpul seni, perniagaan seni, dan penemuan bentuk dan makna baharu dalam seni.  Dalam konteks ini, peranan galeri seni swasta juga boleh dinilai menerusi sejauh manakah usaha mereka dalam mempromosikan serta menampilkan seni berwajah Malaysia.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Budaya Mei 2008 Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

db@dbp.gov.my 03-21482267untuk Pertanyaan

 
Dikemaskini pada 4 Nov 2008
: 5042826
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklum balas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP


SOAL SELIDIK
KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP
BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

Tahap perkhidmatan yang disediakan di Laman DBP

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas


** Sekiranya perkhidmatan laman DBP
o tidak memuaskan, atau
o sangat tidak memuaskan
mohon beri maklum balas.

 

Jumlah Capaian
  12057487120574871205748712057487120574871205748712057487120574871205748712057487 
Hari Ini 772
Semalam 1519
Minggu Ini 7740
Minggu Lepas 7349
Bulan Ini 772
Bulan Lepas 42098
Semua 12057487

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)

 Wordpress   Facebook DBP    PRPM   Bulan Bahasa Kebangsaan  Twitter DBP Twitter     PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan

       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 31/10/2014