Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Selasa, 30hb September 2014  

  MAJALAH - DEWAN EKONOMI

      

Surat Pembaca
Dewan Ekonomi Boleh!

Dewan Ekonomi Semakin Releven dan Bernas

Berita Ekonomi
25 Ahli Korporat Berpengaruh di Dunia

Tiada Penetapan Semak Harga Gas

Public Mutual Mengumumkan Pengagihan & Dananya

Berjaya Air Beli Empat Buah Pesawat ATR 72-500s

Pembina Bot PKS di LIMA 2007

FL Selenia Milik Petronas

Keuntungan Bank Islam Melonjak 288 Peratus

Kuasa Ekonomi Dunia

Rencana Utama
Petroleum Nadi Pembangunan Ekonomi Malaysia 

Krisis Minyak

Pertempuran Global Industri Petroleum

Ekonomi Dalam
Negeri 
Belanjawan 2008
 Kesinambungan Sebelum
Merdeka

Ekonomi Islam
Prinsip Syariah dalam Perbankan Islam

Pengurusan Dan Strategi
Dubai 2015 Fantasi Menjadi Realiti

Saham
Public Bank "Syurga" Dividen untuk Pelabur

Ekonomi Antarabangsa
Belajar daripada Jepun

Hartanah
KWSP Kurangkan Beban Pencarum

Usahawan Seni
Berkongsi Ilmu Seni Jahitan dan Sulaman

Korporat
 
Impian Kencana

Saham Kencana Petroleum Menarik Perhatian

"Jangan Berhutang."

Industri
 Campuran Bahan Api Lestarikan Tenaga

Ekonomi Dalam Negeri
Sumbangan Wanita dalam Pembangunan Negara

Ulasan Buku
Bagaimana Pelanggan Berfikir

 NOTA KETUA EDITOR

INDUSTRI PETROLEUM DAN SOSIOEKONOMI

Keluaran pertama Dewan Ekonomi bagi tahun 2008 mengetengahkan industri petroleum yang amat penting bagi perkembangan ekonomi negara.  Malah, industri ini mempunyai pengaruh yang besar kepada kehidupan sosial masyarakat.  Atas kepentingan ini, pemimpin Malaysia telah mengambil langkah yang bijak dengan menubuhkan Petronas pada tahun 1974 untuk mengawal sepenuhnya sumber minyak dan gas negara yang sebelum ini dikuasai syarikat multinasional asing. Kawalan ini membolehkan syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan ini menampung dalam bentuk subsidi harga pasaran petroleum.  Nikmat tindakan ini dapat dirasai rakyat yang tidak dibebani kenaikan harga produk dan perkhidmatan lain yang berkaitan disebabkan oleh kenaikan harga minyak di dunia.
   Penubuhan Petronas, natijah daripada krisis minyak dunia yang pertama pada tahun 1973, membawa kejayaan.  Pemimpin kita ketika itu dapat melihat kesan krisis tenaga yang jika tidak dapat dikawal dengan sebaik-baiknya akan menggugat misi pembangunan negara. Kini, industri petroleum ialah penyumbang utama kepada perkembangan ekonomi dan merupakan sumber yang terbesar kepada pertukaran mata wang asing. 
   Lebih membanggakan lagi, Petronas berjaya mengukirkan nama negara di pentas antarabangsa.  Dalam tempoh 33 tahun, Petronas berjaya meletakkan dirinya dalam senarai 500 syarikat terbesar dunia, sebagaimana yang dikemukakan dalam majalah Fortune.  Perkembangan ini memperlihatkan gambaran yang jelas bagi menjadi sebuah negara maju dalam tempoh 12 tahun ini.
   Walau bagaimanapun, kenaikan harga minyak dunia pada masa ini membimbangkan.  Adakah negara kita boleh bertahan dalam percaturan kuasa politik dunia yang mempunyai kepentingan dalam perkembangan industri petroleum? Apakah yang akan terjadi jika harga minyak dinaikkan lagi?  Renungilah rencana utama keluaran bulan ini yang mengupas isu-isu yang berkaitan.
     Keluaran Dewan Ekonomi  bulan ini mengemukakan Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Berhad, Datuk Mokhzani Mahathir,  yang telah berjaya memacukan syarikat tersebut hingga tersenarai dalam Papan Utama Bursa Malaysia pada tahun 2006.  Kencana Petroleum memberikan sumbangan perkhidmatan kejuruteraan dan pembikinan bersepadu kepada industri.  Prestasi syarikat amat membanggakan dan berjaya menerobos pasaran antarabangsa. Kecekalan dan kekuatan beliau dalam mengemudi syarikat ini sehingga berupaya menjadikannya pemain utama dalam industri petroleum negara.
    Tumpuan pendapatan syarikat bukan semata-mata pasaran domestik, tetapi juga pasaran antarabangsa.  Kontrak terbesar Kencana pada tahun 2007 bernilai RM790 juta untuk membina pelantar minyak luar pesisir.  Keuntungan syarikat yang berasaskan pasaran antarabangsa adalah sebanyak RM238.4 juta atau menyumbang kira-kira 54.5 peratus daripada keseluruhan jumlah pendapatan syarikat. Yang selebihnya ialah hasil pendapatan daripada pasaran dalam negara. Daripada analisis yang dibuat dan dengan senario semasa ini, Kencana Petroleum berpotensi mempertingkatkan kewibawaan di Bursa Malaysia.  Dengan projek mega di luar negara seperti di Sudan, India, Thailand, Australia dan New Zealand, syarikat ini pasti mendapat perhatian pelabur.

Selamat menyambut tahun baharu 2008
dan semoga Dewan Ekonomi terus menjadi sajian yang mempertajam minda pembaca.

PADILAH HAJI ALI


Rencana Utama 

INDUSTRI PETROLEUM: NADI PEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA

Oleh Chin Yee Mun

Harga minyak mentah dunia yang meningkat merupakan satu fenomena yang menggerunkan. Ini kerana peningkatan harga minyak bermaksud kos hidup juga akan melonjak. Fenomena ini begitu ketara terutamanya beberapa tahun kebelakangan ini. Statistik yang dikeluarkan oleh OPEC menunjukkan peningkatan sebanyak 300 peratus jika harga minyak mentah antara tahun 2000 dengan 2007 dibandingkan, Pada tahun 2000, harga minyak mentah setong berada di persekitaran AS$24. Harga tersebut dijangka meningkat sehingga AS$100 pada penghujung tahun 2007 akibat permintaan yang semakin tinggi dari negara-negara hemisfera utara.
    Pertambahan yang mendadak dalam tempoh tujuh tahun ini mendatangkan pelbagai impak dan kemungkinan besar sekiranya berterusan, dunia akan dilanda kegawatan ekonomi akibat inflasi. Harga barang-barang lain sudah tentu akan meningkat sejajar dengan pertambahan kos pengeluaran dan pengangkutan yang diakibatkan oleh peningkatan harga minyak. Kesan rantaiannya ialah kenaikan harga yang tidak dikawal menyebabkan inflasi berlaku. Apabila inflasi berlaku, kehidupan akan terhimpit. Kehimpitan tersebut  menjadi ketara terutamanya jika sesebuah negara itu merupakan negara pengimport bersih minyak.
  Namun begitu, hakikat menunjukkan Malaysia bukan sebuah negara pengimport. Malaysia ialah sebuah negara pengeksport bersih minyak. Status sedemikian bukan sahaja menjauhkan Malaysia daripada segala musibah negara pengimport. Hal ini juga membuka peluang kepada Malaysia untuk menjadi lebih maju dan pesat membangun. Hasil yang diperoleh daripada jualan  hasil-hasil minyak dalam keadaan harga minyak yang semakin meningkat akan meletakkan Malaysia jauh di hadapan banyak negara.
   Bagi negara bukan pengeluar minyak, kos kenaikan terpaksa dipindahkan kepada rakyat. Seperti yang dinyatakan tadi, pemindahan sedemikian akan mencetuskan pelbagai komplikasi ekonomi. Namun begitu, Malaysia sebagai negara pengeksport bersih minyak mampu untuk mengurangkan kos yang perlu dipindahkan kepada rakyat. Pengurangan ini akan menjauhkan ekonomi Malaysia daripada kenaikan harga barang lain secara mendadak. Subsidi dan pengecualian cukai jualan ke atas pengguna bahan petroleum merupakan mekanisme yang diaplikasikan oleh kerajaan Malaysia untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat akibat kenaikan harga minyak sedunia...

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Ekonomi Januari  2008. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

 

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel:03-21485869/03-21433504 Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

azrina@dbp.gov.my 03-21482247untuk Pertanyaan                                                                           

 
Dikemaskini pada 4 Nov 2008
: 4951478
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  12014094120140941201409412014094120140941201409412014094120140941201409412014094 
Hari Ini 2675
Semalam 2269
Minggu Ini 5673
Minggu Lepas 8422
Bulan Ini 40514
Bulan Lepas 36268
Semua 12014094

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 29/09/14