Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Khamis, 24hb April 2014  

  MAJALAH - PELITA BAHASA

      

Puisi 
Mengilas Makna

Nota Editor
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan.

Komentar Bahasa
Ringgit atau RM?

Berita Bahasa
Susahnya Menulis Novel Sejarah.

Pengaruh Bahasa Sukuan dalam Bahasa Melayu.

Kejayaan Berganda Kementerian Pelajaran.

Bahasa Sabir dalam Komunikasi.

Endah Bahasa
Cara Menulis Kata Majmuk.

Sari Bahasa
Sekolah Kebangsaan untuk Semua.

Sari Bahasa
Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan.

Warisan  Bahasa
Rima dalam Pantun.

Cemerlang Bahasa
Kata Sendi Nama daripada Kata Berimbuhan.

Cemerlang  Bahasa
Kepentingan Maklumat Golongan Kata dalam Kamus.

 

Warisan  Bahasa
Warisan yang Tercemar.

Tentang Bahasa
 
Perjuangan Bahasa Ibarat Pertempuran.

Sastera dalam Bahasa
Kasih Sayang dalam "Annyss Sophillea".

Terampil Bahasa
Peranan Pendebat

                                 

Cemerlang Bahasa
BBS.

Terampil  Bahasa
Kesesuaian Pembayang dengan Maksud.

Cerpen
Anak Tanpa Keluarga.

Warisan Bahasa
Gabungan Waw dan Ya.

Simfoni Bahasa
 
Gurindam Jika Hendak Hidup Berkat.

Soal Jawab Bahasa
 Usahawati.

Bijak Bahasa
Kosa Kata: Lekang dan Lekung.

Bijak Bahasa
Teka Silang Kata.

Bijak Bahasa
Jawapan Kosa Kata.

Bijak  Bahasa
Jawapan Teka Silang Kata.

Pustaka  Bahasa
Kisah Guru Cemerlang 

 NOTA EDITOR 

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Oleh Armin Azhari Saleh

Dalam ruangan Surat Pembaca New Straits Times 6 Disember 2007 yang lalu, Zaid A. menyarankan supaya proses pengajaran dan pemelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris diteruskan sekurang-kurangnya untuk satu generasi pelajar, iaitu 11 tahun.  Selepas tempoh tersebut, barulah dapat dilihat keberkesanan dasar itu.  Apa-apa sahaja keputusan, baik meneruskan dasar itu mahupun menukarnya, sewajarnya dilakukan selepas 11 tahun.
   Zaid turut mencadangkan tiga cara untuk memperkasakan bahasa kebangsaan.  Yang pertama, mewajibkan penggunaan bahasa itu dalam semua urusan kerajaan dan agensinya, kecuali urusan dengan orang asing.  Cadangan yang kedua ialah memastikan semua pemohon jawatan kerajaan dan sektor swasta lulus ujian lisan dalam bahasa kebangsaan.
   Saranan ketiga Zaid paling menarik.  Beliau menyarankan agar sistem persekolahan negara hanya mempunyai satu aliran sahaja, iaitu aliran sekolah kebangsaan.  Dengan cara tersebut, Zaid berpendapat bahawa perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat dapat dicapai kerana aliran tersebut bukan hanya mengajarkan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris, malah bahasa lain juga.
    Ada baiknya kita renung bersama cadangan ketiga Zaid itu.  Sudah tiba masanya Malaysia, selepas setengah abad merdeka, mempunyai hanya satu sistem persekolahan.  Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pelajaran, selain bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris, bahasa lain, seperti Mandarin dan Tamil, akan juga diajarkan di sekolah kebangsaan, sebagaimana yang dikehendaki oleh Zaid.  Hal itu merupakan antara usaha Kementerian Pelajaran untuk menjadikan sekolah kebangsaan lebih beraspirasi nasional sejajar dengan satu daripada teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, iaitu memperkasakan sekolah kebangsaan. 
 Selamat menyambut tahun baharu Masihi 2008 dan Hijrah 1429.


 


SARI BAHASA
                                                
Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan

Oleh  Kamaruddin Sulaiman

KEPUTUSAN
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007 dianggap menakjubkan berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.  Peningkatan kelulusan dalam peperiksaan itu bukan hanya disumbangkan oleh pelajar yang memperoleh kelulusan 5A, malah jumlah yang lulus dalam semua mata pelajaran turut meningkat dengan mendadak. Peningkatan itu petanda yang cukup baik, lebih-lebih lagi penekanan kini terhadap usaha membangunkan dan memperkasakan modal insan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).   
Sebanyak 504 537 calon sekolah Kementerian Pelajaran dan 6982 calon sekolah swasta mengambil peperiksaan itu. Yang lebih mengejutkan, Terengganu mencatatkan kelulusan yang paling tinggi untuk tahun ketujuh berbanding dengan negeri lain. Penekanan kerajaan terhadap usaha membangunkan dan  memperkasakan modal insan menyebabkan ibu bapa memberikan tumpuan khusus terhadap pendidikan anak.
 
Faktor Kejayaan Cemerlang Peperiksaan UPSR di Luar Bandar
Beberapa perkara yang dikatakan penyebab pencapaian cemerlang itu umumnya ialah budaya pengurusan pelaksanaan kurikulum yang diamalkan oleh guru yang berpandukan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran serta berbentuk memberikan bimbingan kepada murid supaya mereka bersedia menghadapi UPSR. Guru menyusun semula urutan sukatan pelajaran mengikut kebolehan murid. Guru memberikan penekanan terhadap topik yang sukar difahami oleh murid.
Selain buku teks, guru menggunakan soalan latihan daripada buku ulang kaji atau buku tambahan dan menggunakan buku rujukan yang berkaitan dalam melaksanakan kurikulum. Antara program yang dijalankan di sekolah termasuklah kelas bimbingan, program motivasi, kelas tambahan, latih tubi dan gerak gempur, projek anak angkat, ujian pra-UPSR, gerak kerja berkumpulan, strategi atau teknik menjawab soalan UPSR dan klinik bagi mata pelajaran sukar. Pentadbir sekolah memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan program itu sepanjang tahun dan melibatkan semua pihak, iaitu murid, guru dan ibu bapa.
 Mekanisme sokongan yang membantu murid mencapai kecemerlangan dapat dikaitkan juga dengan ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), prasarana sekolah dan iklim sekolah. Pentadbir sekolah yakin dapat mengekalkan status kecemerlangan yang diperoleh melalui perancangan yang strategik dan realistik. Faktor penting untuk mengekalkan kecemerlangan ialah pasukan guru yang kuat, pengajaran dan pemelajaran yang menarik, kerjasama ibu bapa, budaya kerja cemerlang, perancangan rapi, program khas untuk membantu pengajaran dan pemelajaran di bilik darjah, dan pemimpin yang mempunyai ciri kepemimpinan, seperti sedia menerima teguran, suka menyelidik sebelum membuat keputusan dan berani mengambil risiko. Secara amnya, proses pengajaran dan pemelajaran di sekolah yang mencatatkan keputusan cemerlang biasanya tidak memperlihatkan kaedah yang berbeza daripada proses pengajaran dan pemelajaran di sekolah biasa. Penekanan masih pada kaedah latih tubi dan penggunaan buku kerja.
 Antara faktor lain yang memberikan sumbangan terhadap kecemerlangan sekolah termasuklah murid senior membimbing murid junior, iltizam ketua panitia, murid yang aktif, perasaan bangga murid terhadap sekolah, kerjasama PIBG, peruntukan kewangan yang cukup, kepuasan kerja guru, guru besar yang sentiasa membimbing guru dan menepati masa. Antara ciri istimewa yang biasa dilihat di sekolah yang mencatatkan keputusan cemerlang termasuklah yang berikut:

• Hubungan antara manusia yang mewujudkan semangat kekeluargaan dan keikhlasan dalam kalangan warga sekolah.
• Strategi pengajaran dan pemelajaran yang menekankan banyak kerja berbentuk menulis kepada murid.
• Infrastruktur yang baik kerana sokongan yang kuat daripada PIBG.
• Guru yang beriltizam, rajin serta ikhlas.
• Ibu bapa yang prihatin, berpelajaran dan mempunyai budaya belajar yang diserapkan kepada anak.
• Murid yang mempunyai sikap terdidik, berminat, dan bersifat berlumba dan bersaing membantu dan memudahkan sekolah melaksanakan pengajaran dan pemelajaran serta program peningkatan prestasi.
• Kemudahan asrama untuk murid membantu sekolah merancang program.
• Pemimpin yang mempunyai visi dan misi yang jelas ke arah pencapaian keputusan akademik yang cemerlang, bersifat telus dalam pentadbiran dan mengamalkan konsep turun ke padang, sedia menerima teguran, serta menjaga kebajikan murid, guru dan kakitangan sokongan. Guru besar sekolah cemerlang juga mempunyai hubungan baik dengan masyarakat sekitar, seperti Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan ahli Dewan Undangan Negeri.

 Walau bagaimanapun, sekolah menghadapi cabaran untuk menghasilkan murid yang cemerlang dalam UPSR. Cabaran tersebut biasanya dalam bentuk yang berikut:

• Perubahan kepada guru yang dikatakan berada dalam “zon selesa”, kurang beriltizam dan motivasi, dan guru muda yang “kehabisan tenaga” kerana harapan ibu bapa yang terlalu tinggi.
• Kebolehan murid yang berbeza serta kualiti murid yang tidak sama, dan murid tidak bermotivasi, tidak tahu mengurus diri dan terlalu manja.
• Usaha mendapatkan sumbangan dan keyakinan ibu bapa, menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya menjaga kesihatan dan pemakanan anak, ibu bapa yang tidak memperlihatkan kesungguhan dalam pendidikan anak, serta masalah mendapatkan kerjasama ibu bapa dalam memupuk budaya kerja cemerlang.
• Usaha memantapkan program yang dijalankan di sekolah kerana JPN dan PPD kurang atau “terlepas pandang” dalam membuat tindakan susulan terhadap program di sekolah di kawasan terlibat.
• Masalah kelengkapan infrastruktur kerana sekolah tidak mempunyai makmal sains/bilik sains dan ada yang tidak mempunyai makmal  komputer...

 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Pelita Bahasa Januari 2008. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

 

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel:03-21485869/03-21433504 Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

azrina@dbp.gov.my 03-21482247untuk Pertanyaan                               

 
Dikemaskini pada 7 Nov 2008
: 4493797
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
Aduan Pelanggan
  Carian Laman
  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Muat Turun Dokumen

Borang
Brosur
Buku
Poster

  Majalah
  Prestasi Perkhidmatan Dalam Talian

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan Dalam Talian
 e-Perkhidmatan
e-Komuniti
 e-Karya
  e-Penerbitan
 e-Penyelidikan
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan




 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas




Jumlah Capaian
  11779866117798661177986611779866117798661177986611779866117798661177986611779866 
Hari Ini 1319
Semalam 1520
Minggu Ini 6191
Minggu Lepas 7256
Bulan Ini 28815
Bulan Lepas 34779
Semua 11779866

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
Pertanyaan: Khidmat Nasihat DBP

Telefon Pantas:

 

Direktori:

 

Telefon dan E-mel Staf DBP

    Khas bagi pengguna
QR Code
qrcode 
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS  Web TV DBP  Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 22/04/2014