Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Selasa, 2hb September 2014  

 

 MAJALAH - DEWAN BAHASA

PUISI BAHASA

Pencatur Bahasa
Nimoiz T.Y.

BICARA BAHASA

Bersiap Siaga Bertahan
Ritah Yahya

AGENDA BAHASA

Implikasi Penjajahan terhadap Bahasa Melayu
Puteri Roslina Abdul Wahid

 Hegemoni Penjajah dan Bahasa
 Zaitul Azma Zainon Hamzah

Globalisasi dan Hegemoni dari Perspektif Bahasa
 
Shamsul Amri Baharuddin

Rasulullah SAW dan Representasi Bahasa
Munif Zarirruddin Fikri Nordin

Propaganda Perang dan Bahasa
 Roosfa Hashim

50 TAHUN KEMERDEKAAN

Kita Ada Bahasa Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan Ada Kita Hishammuddin Tun Hussein

DARIHAL BAHASA

Malaysiaku Gemilang
Ritah Yahaya

REAKSI BAHASA

Bahasa Melayu Semangat Patriotik  dan Perpaduan
 SM Aman

BAHASA DAN MASYARAKAT

Sistem Panggilan dalam Angkatan Tentera
S. Nathesan

Menang-Kalah atau Menang-Menang?
A.Aziz Deraman

Laras Bahasa Tentera
 
Indirawati Zahid

Kamikaze Taktik "Perang" Jepun
Zainol Abidin Kasim

Senang Diri! 
Shariffulizan Malek

 Nak Jadi Soljar?
Siti Suhana Mohd. Amir

Retrospektif Bahasa Hawaii
Ismail Salleh 

SAYA DAN BAHASA

BAHASA DAN PERISTIWA

Sepakat Bahasa
Rusdi Abd. Rahman

"Kami Suka Bahasa dan Budaya Melayu"
Azmi Hilman Aziz

BBSN dan Agenda Membina Negara Bangsa
Tengku Aida Tengku Abd. Rahman

 BUAL BAHASA

 "Bahasa Inggeris: Tentera Tiada Pilihan"
Norizan Muslim

PETIKAN BAHASA

 

BICARA BAHASA

Bersiap Siaga Bertahan

Bahasa dan kuasa ketenteraan dikaitkan dengan hegemoni global. Sejarah tamadun dunia dari awal sehingga kini, mencatatkan bahawa negara yang mempunyai kuasa ekonomi dan kuasa ketenteraan yang kuat akan menakluki negara lain. Hal ini dibuktikan dengan kecemerlangan dan kegemilangan tamadun Babylon, Greek, Mesopotamia, Mesir, Parsi, Arab, Eropah, China, India, Melayu, dan lain-lain.
    Hegemoni ialah pengaruh atau dominasi sesebuah negara ke atas negara-negara lain. Sementara, hegemoni global yang didasari oleh Amerika Syarikat pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20, merupakan gagasan dan aspirasi negara itu untuk menjadi kuasa yang dominan yang berupaya mengawal kerajaan, politik, ketenteraan, maklumat, bangsa, dan budaya, (termasuk bahasa, agama, tamadun, dan sebagainya), sesebuah negara yang lemah secara global. Dalam hal ini, negara Uncle Sam itu mahu menjadi pengawal planet bumi. Oleh hal demikian, untuk merealisasikan gagasan dan aspirasi tersebut, penaklukan demi penaklukan dilakukan sama ada secara nyata, iaitu melalui peperangan ataupun secara halus, iaitu melalui penjajahan minda dan budaya untuk menghapuskan etos sesuatu negara dan bangsa itu.
  Hegemoni global menyaksikan Amerika Syarikat menjadi adikuasa yang berjaya membenamkan negara yang lemah. Dengan mengenakan topeng adiwira, negara yang dominan ini cuba menyelamatkan rakyat tanah air yang malang daripada cengkaman ketidakadilan, keganasan dan kezaliman. Persoalannya apakah yang mengerakkan Amerika Syarikat dalam memperoleh adikuasanya itu? Jawapannya - kuasa ekonomi dan kuasa ketenteraan. Apatah lagi, penjanaan kedua-dua kuasa ini semakin diperkuat melalui pengaruh dan kesan globalisasi yang melanda dunia.
   Hegemoni global dan globalisasi turut dikaitkan dengan imperialisme budaya, iaitu tindakan penjajahan atau secara tiruan memasukkan unsur budaya, (termasuk bahasa) sesuatu bangsa itu kepada budaya bangsa yang lain, antara lain bertujuan mengancam, mempengaruhi dan menghakis nilai, budaya, cara hidup, pemikiran, dan tindakan manusia. Lihat sahaja pada perang yang berlaku antara Amerika Syarikat dengan Afghanistan, Amerika Syarikat dengan Iraq, dan lain-lain, yang bukan sahaja membunuh manusia, budaya dan warisan tamadun bangsa, bahkan turut “membunuh” dan menghakis bahasa kaum peribumi seperti bahasa Pashtun dan bahasa Dari di Afghanistan dan bahasa Arab dan bahasa Kurdish di Iraq.

 

Bahasa Akar Bangsa
Ritah Yahaya

 

Sidang Editor Dewan Bahasa mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia yang ke-74. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1428; maaf zahir dan batin.

 

 

 

 


AGENDA BAHASA

Implikasi Penjajahan terhadap Bahasa Melayu

Oleh: PUTERI ROSLINA ABDUL WAHID


Catatan sejarah telah membuktikan bahawa dalam beberapa abad yang lalu, masyarakat dan budaya Melayu telah bertembung dengan beberapa budaya asing. Pertembungan ini telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam cara hidup orang Melayu, khususnya pengembangan bahasa Melayu. Hal ini merupakan fenomena yang dikatakan sebagai imperialisme budaya, iaitu amalan untuk mempromosikan, membezakan, memisahkan, atau secara artifisial memasukkan unsur budaya atau bahasa sesuatu bangsa terhadap bahasa dan bangsa yang lain. Hal ini berlaku apabila sesebuah negara itu memiliki kuasa ketenteraan dan ekonomi yang kuat, manakala negara yang satu lagi lemah bagi kedua-dua aspek tersebut.  
      Alam Melayu merupakan kawasan yang menerima kedatangan unsur luar sama ada disebabkan oleh kegiatan perdagangan, keagamaan, ataupun penjajahan. Kita mendapati bahawa terdapat tiga gelombang besar yang melanda dunia Melayu, iaitu Hindu, Islam, dan pengaruh Barat. Proses saling mempengaruhi melalui hubungan dunia luar merupakan faktor yang menyebabkan peminjaman kata ke dalam bahasa Melayu. Unsur ini merupakan implikasi penjajahan yang paling ketara terhadap bahasa Melayu. Kebanyakan ahli linguistik seperti Bolinger, Bloomfield dan Sapir mengatakan bahawa terdapat peminjaman kata daripada sebelah pihak sahaja. Hal ini dibuktikan oleh Khalid M. Hussain dalam kajian beliau yang bertajuk ”Kata-Kata Pinjaman Bahasa Sanskreta dalam Bahasa Malaysia” tentang berlakunya peminjaman 600 kata Sanskrit dalam bahasa Melayu, misalnya angka, baca, balu, budiman, hari, negara, suria, tiga, dan lain-lain). Sungguh pun demikian, tidak terdapat bukti yang menunjukkan pengaruh bahasa Melayu terhadap bahasa tersebut. Pun begitu, pengaruh dari India tidak berlaku dalam bentuk penjajahan, sebaliknya melalui pengembangan agama Hindu. Bahasa Melayu juga menerima pengaruh bahasa Arab, misalnya berkat, fatwa, hak, kalam, kalbu, kamus, dan lain-lain.
   Pengaruh Barat menular ke dalam bahasa Melayu melalui hubungan perdagangan, dan akhirnya penjajahan apabila kuasa tentera Portugis (penyerapan kata Portugis, misalnya almari, anggur, bendera, garpu, jendela, pesta, dan lain-lain) mengalahkan kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511. Permulaan kuasa ketenteraan ini merupakan tapak awal bagi pengembangan pengaruh Barat ke alam Melayu. Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 membuka sejarah baharu apabila pengaruh ketenteraan kedua-dua kuasa ini membahagikan alam Melayu yang terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu, kepulaun Riau, Borneo, dan kepulauan Indonesia kepada dua, iaitu satu di bawah pemerintahan Inggeris, manakala satu lagi di bawah pemerintahan Belanda. Implikasi langsung terhadap pengembangan bahasa Melayu ialah pengaruh bahasa Inggeris menular dalam bahasa Melayu, manakala pengaruh bahasa Belanda pula dalam bahasa Indonesia.
Kesan Penjajahan
  Pengembangan kuasa ketenteraan Inggeris dan kesannya terhadap bahasa bukan sahaja berlaku dalam bahasa Melayu, malah kajian oleh Bassman dalam English Borrowings in Romanian with Special Ference to the Draco-Romanian of Bucarest, dan Fisiak dalam The Semantics of English Loanwords in Polish Studies memperlihatkan pengaruh bahasa Inggeris terhadap bahasa Romania dan bahasa Poland. Kemasukan unsur asing ini ada kalanya diterima secara spontan dan senang hati oleh penerima kerana keperluan mendesak, yakni apabila sesuatu benda atau konsep yang berasal dari luar dan tidak terdapat pula dalam budaya Melayu, misalnya “parlimen” (parliament) dan kempen (campaign).
  Kita dapat mengandaikan bahawa masyarakat Melayu sebelum ini tidak mengenali erti fenomena pemerintahan demokrasi berdasarkan pilihan raya kerana pengaruh feudal yang begitu kuat dalam sistem pemerintahan beraja. Namun demikian, kemasukan kuasa Inggeris melalui penguasaan ketenteraannya telah membawa nilai baharu dan masyarakat Melayu terpaksa menyesuaikan dirinya dengan keperluan semasa. Kekurangan kata bagi konsep baharu ini membawa kemasukan unsur asing ke dalam bahasa Melayu melalui peminjaman kata. Peminjaman berlaku apabila pengimportan kata tersebut membawa bersama-samanya konsep baharu dalam budaya yang meminjam. Hal ini dilakukan dengan menggabungkan butir linguistik bahasa asal dengan bahasa yang dipinjam untuk membentuk kata baharu atau pinjam terjemah bagi menghuraikan ...

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Bahasa Oktober 2007 Kini di pasaran... dapatkan segera!

 

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

cliff@dbp.gov.my 03-21482285untuk Pertanyaan                                                                                          

 
Dikemaskini pada 6 Nov 2008
: 4861303
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  11976054119760541197605411976054119760541197605411976054119760541197605411976054 
Hari Ini 1391
Semalam 1083
Minggu Ini 3460
Minggu Lepas 7863
Bulan Ini 2474
Bulan Lepas 36268
Semua 11976054

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 02/09/2014