Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Jumaat, 31hb Oktober 2014  

Forum Kemerdekaan tuntut keberanian Melayu

Oleh Azman Ismail


ISMAIL Hussein memegang sijil pengiktirafan dari Malaysia Book of Records bersama barisan panel sesi terakhir `Forum Merdeka: Sembang Kopi O dan Nasi Lemak’ di Rumah Gapena, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

FORUM kemerdekaan menyambut 50 tahun Malaysia merdeka selama 50 jam tanpa henti telah selesai. Sekali lagi nama Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena) tercatat dalam Ma-

laysia Book of Records (MBR).

Sebelum ini nama Gapena turut tercatat dalam MBR apabila berjaya melaksanakan Ratib Seribu Syair pada 2001 yang melibatkan lebih 300 penulis, budayawan dan ahli akademik tempatan.

Namun, meletakkan nama dalam MBR bukanlah matlamat utama Gapena. Kejayaan mencari akar dan pelaksanaan pelbagai kongres serta kerjasama kemelayuan antarabangsa telah cukup untuk membolehkan gabungan itu dikenali.

Objektif utama forum tersebut ialah mendapat dan menghimpunkan pandangan, pendapat dan pengalaman tokoh-tokoh akademik, politik, budayawan Melayu serta bukan Melayu ke arah memperkasakan bangsa dan negara.

Memang program tersebut terdengar santai dan tidak terlalu menekankan kepada aspek ilmiah. Ia sejajar dengan nama Forum Merdeka: Sembang-sembang Kopi O dan Nasi Lemak. Ia berlangsung di Rumah Gapena, Kuala Lumpur.

Namun, ada makna tersurat dan tersirat dalam melahirkan idea dan gagasan untuk memperkasakan integrasi, jati diri, kebahasaan dan masa depan Malaysia selepas 50 tahun bebas daripada belenggu penjajahan.

Secara umumnya 100 tokoh tersebut menekankan supaya ada keberanian pada semua orang Melayu untuk mempertahankan maruah dan nilai kemerdekaan yang diperjuangkan oleh nasionalisme bangsa terdahulu.

Keberanian

Mereka khuatir jika semangat dan keberanian memudar, tidak ada kekuatan untuk terus mempertahankan serta meneruskan pembangunan negara.

“Secara umumnya, keseluruhan panel pada forum 50 jam tersebut mahu aspek keberanian dalam semua aspek diperlukan. Mereka melihatkan unsur inilah yang akan mewarnai masa depan negara,” kata Setiausaha I Gapena, Prof. Datuk Zainal Abidin Borhan.

Tokoh-tokoh tersebut bimbang sekiranya masyarakat Melayu tidak mempunyai keberanian mengisi kemerdekaan, mereka akan `tergadai’ dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan pendidikan.

Zainal sendiri ketika menjadi panel salah satu daripada 25 sesi forum tersebut melihat kemerdekaan membawa erti yang cukup luas kepada konsep keberanian tersebut.

Antaranya, keberanian serta merdeka untuk bersuara menuntut hak sebagai warganegara berdasarkan fakta sejarah dan Perlembagaan negara dengan cara yang betul dan tepat.

Seorang lagi panel forum tersebut, Jaafar Abdul Rahim yang menuntut keberanian orang Melayu untuk mengubah minda dan perancangan bagi menjamin masa depan yang lebih baik.

“Hentikan sikap suka menyalahkan antara satu sama lain. Sebaliknya, tunjukkan keberanian untuk membaiki kelemahan pada diri masing-masing dengan menggunakan ruang dan peluang yang ada,’’ katanya.

Isu lain yang turut dipersetujui oleh para panel ialah menolak konsep multikultural di Malaysia yang wujud akibat pluralisme etnik. Sikap tersebut dilihat sebagai hambatan untuk kewujudan bangsa Malaysia seperti yang dicapai oleh negara-negara jiran.

Perlu ada pendekatan daripada pelbagai pihak untuk mengukuh integrasi kaum. Meningkatnya isu multikulturalisme pada ketika ini, menuntut orang untuk memiliki wawasan posmodenisme tentang manusia.

Dengan kata lain, multikulturisme akan menyebabkan kemungkinan ada unsur-unsur yang memperjuangkan kepentingan kelompok masing-masing.

Isu-isu yang ‘tidak sihat’ yang ditimbulkan oleh segelintir masyarakat seperti mempertikaikan hak peribumi, penghinaan terhadap lagu Negaraku, persamaan sosial (equality social), gender, kelompok minoriti dan marginal perlu dibendung.

Namun, bagaimana menghadapi budaya yang berbeza-beza tersebut? Jika meminjam pendapat ahli psikologi, Alfred Adler, menjadi tanggungjawab kepada pemerintah dan kelompok birokrasi untuk memberi dorongan moral untuk pertumbuhan dan perkembangan manusia.

Bagaimanapun, multikulturalisme itu sendiri menuntut manusia untuk saling memberikan semangat antara satu sama lain. Pemberian itu menekankan pendengaran empatik, penerimaan tanpa menilai, monghormati orang lain serta mengembangkan hubungan kerjasama.

Zainal sendiri ketika menjadi panel salah satu daripada 25 sesi forum tersebut melihat kemerdekaan membawa erti yang cukup

Dalam pada itu, tokoh-tokoh lain yang ditampilkan pada forum ialah Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Aishah Ghani, Tan Sri Rahim Thambi Chik, Tan Sri Sabbaruddin Chik dan Datuk Borhan Md. Yaman yang merupakan para veteran politik.

Dr. Lim Swee Tin, Prof. Dr. Siti Zainon Ismail, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Dr. Yahya Bakar, Arenawati, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan dan Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri pula antara yang mewakili kelompok pengarang, ahli akademik dan budayawan.

Selain itu, ada sejumlah ahli akademik dan budayawan bukan Melayu Raja Rajeswari Seetha Raman, Prof. Madya Dr. Juli Edo, Siri Neng Buah, Prof. Madya Dr. Jaswan Singh dan Prof. Dr. Rajendran.

Tidak ketinggalan forum tersebut juga akan turut menyertakan ahli-ahli agama untuk memperkatakan aspek kenegaraan dan kemerdekaan dalam perspektif Islam. Antaranya Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad dan Abdul Kadir Che Kob.

Turut mengambil bahagian sebagai panel pada forum 50 jam tersebut ialah Datuk A. Aziz Deraman (bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka), Prof. Emeritus Tan Sri Ismail Hussein (Ketua Satu Gapena), Yusnor Ef (seniman Singapura), Prof. Datuk Dr. Yusoff Hassan (ahli akademik) dan lain-lain.

Kehadiran 100 tokoh, ahli akademik, golongan profesional dan penggiat seni tersebut melambangkan Gapena sebagai pertubuhan ulung yang menghimpun cendekiawan tanah air.

Program tersebut merupakan kerjasama Gapena, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsan (Aswara), Arkib Negara dan Pertubuhan Berita Nasional (Bernama).

Sementara itu, sijil MBR disampaikan kepada Ismail Hussein dan Ahli Jawatankuasa Kerja Gapena tepat pukul 10.40 malam, 26 Ogos lalu setelah genap 50 jam forum tersebut berlangsung.

    (Sumber : Utusan Malaysia   (30/08/2007) )

 
Dikemaskini pada 21 Jan 2009
: 5038392
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklum balas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP


SOAL SELIDIK
KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP
BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

Tahap perkhidmatan yang disediakan di Laman DBP

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas


** Sekiranya perkhidmatan laman DBP
o tidak memuaskan, atau
o sangat tidak memuaskan
mohon beri maklum balas.

 

Jumlah Capaian
  12055963120559631205596312055963120559631205596312055963120559631205596312055963 
Hari Ini 767
Semalam 1320
Minggu Ini 6216
Minggu Lepas 7349
Bulan Ini 41346
Bulan Lepas 41037
Semua 12055963

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)

 Wordpress   Facebook DBP    PRPM   Bulan Bahasa Kebangsaan  Twitter DBP Twitter     PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan

       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 31/10/2014