Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Sabtu, 25hb Oktober 2014  

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

Daripada Editor
Erti Kemerdekaan Sebenar

Surat Kepada Editor
Teruskan Ruangan Kreatif Tunas Cipta
Muhammad Nurfahan Hamzah

Penulis Muda Harus Memanfaatkan Tunas Cipta Mohd. Ghazali

 

Puisi Pilihan
Shaari A.B.

Drama
Wanita Melayu Terawal (Bahagian Akhir)
Amelia Hashim

Cerpen Tunas Cipta 
Monolog Diari Tujuh Hari
Norziati Mohd. Rosman

Revolusi 1
Muhammad Syukri Rosli

Angkasawan dan Penulis Mohamed Farez Abdul Karim

Bila Bulan Muncul
Asmidar Alias

Amaliyyah Istisyhadiyyah
Zul Fikri Zamir Mohamad Munir

Sajak Tunas Cipta
Cerita Perjuangan
Mohd. Zamri Abdul Hamid

Perempuan
Indah Eyah Abu Samah

Mencari Cahaya
Mohd. Firdaus Ismail

Ironis Lima Saudara
Aidil Khalid

Sepelaung Kemerdekaan
Zulfazlan Jumrah

Antara Rindu dengan Cinta
Nasirin Abdillah

Mampukah Aku
Zaidi Deraman

Sekadar al-Fatihah
Halimah Ramli

Pembunuh Masa
Nabiha Mohd. Mashut

Mengasah Pedang Akal
Salman Sulaiman

Tunjang Negara
Nurul Azimah Abdul Sedik

Mulut-mulut Kecil yang Sombong
Mohd. Darwis Jasmin

Kerana Kata
Kokila Rani Nagaragen

Rohani Berjalan
Muhammad Abdullah  Suradi

Rindu, Masihku Terbau
Nuriffaizyan Mohd. Ghazali


Cerpen
Si Laknat
Marsli N.O

Jauhari Si Jebat
Raihan Mohd. Saaid

Mentua Sultan
Fudzail

Candra Luka dalam Hati Arena Wati (Sasterawan Negara)

Cerpen

Titih Salam Punjangga Zaman
Lim Swee Tin

Rama-rama Putih
Abd. Razak @ Rezeki Othman

 Pada Titik
 Hasyuda Abadi.

Puisi Bulan Ini
Kemerdekaan Ke-50
Ahmad Sarju

Kitalah Pewarisnya
Rejab F.I

Benarlah, Merdeka
Solihin Osman

Buana Merdeka
Chai Loon Guan.

Tanah Minden
Hassan Baseri Budiman

Ketika Bulan Berbisik kepada Langit
Wadi Leta S.A.

Negeri Bertuah Ini 
A. Latip Talib

Aku yang Bernama Lelaki.
Zaidin Abadi

1001 Orang
Abdul Hadi Yusoff

Pintu Itu
Adi Muara

Puisi Khas
Lanun-lanun Ogos yang Merdeka
Baha Zain

Sungai Gombak (1950-an)Siti Zainon Ismail


 

Monolog Kecil
Melayu yang Hodoh
Baha Zain

Sorotan
Kemerdekaan Semarakkan Hadiah Sastera
Suria Janib

Ulasan Buku
Asyik

Salam Anak-anak Inderapura

Sastera Kebangsaan: Isu dan Cabaran

Teater Moden Sabah 1946 hingga 1980-an

Fokus
Mewajahkan Negara Bangsa Tulen Melalui Sastera
Jeniri Amir

Sastera Memperkasa Negara Bangsa
Sohaimi Abdul Aziz

 Karyawan Bulan Ini
Novel Ruyup Bukanlah Keruyupan Seorang Shaari A.B.
Jamaludin D.

50 Tahun Kemerdekaan Malaysia
Sajak Patriotisme: Awal Kemunculan, Perkembangan dan Impaknya
Lim Swee Tin

Reaksi
Gabungan antara Serius dengan Popular
Saleha Hussin

Pabila Hujan Turun
Hadiah Sastera
Shahnon Ahmad

Analisis
Suara yang Terpinggir: Wacana Subaltern
Mohamad Saleeh Rahamad

Estetika Maknawi Terungkap Melalui Estetika Lahiri
  Samsina Hj. Abd. Rahman

Sastera Tradisional
Pantun dan Pembudayaan Bangsa
Noriah Taslim

Sastera Antarabangsa
Ahmad Muharram: Penyair Epik Islam 
Hafid Imam Iman

Selingkar Bundaran Kata
Jiwa dan Bangsa yang Terbelah: Korea dalam Jiwa Penyairnya
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Kalam Pujangga
Pena Menara Pantas di Kertas, Jejari Rancak di Papan Kekunci
S. Othman Kelantan (Sasterawan Negara)

Daripada Jabatan Sastera
Menarik Minat Pelajar Terhadap Sastera Melalui  Program Penghayatan Komsas
Zahrah Ibrahim

 


 

 

 

 

DARIPADA EDITOR        

Erti Kemerdekaan Sebenar

31 Ogos 2007 merupakan tarikh keramat buat warga Malaysia, kerana genap 50 tahun Malaysia menikmati kemerdekaan. Sempena sambutan jubli emas kemerdekaan tanah air, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang muncul setahun lebih awal sebelum tanah air merdeka dapat juga menikmati semarak semangat kemerdekaan itu, kerana institut ini bernafas senada dengan kemerdekaan terutama untuk isu memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
   Oleh itu sempena menyambut jubli emas kemerdekaan negara, DBP telah menganjurkan “Sayembara Mengarang Sempena 50 Tahun Kemerdekaan”. Selain itu, semua majalah terbitan DBP, untuk sepanjang tahun ini telah mengadakan ruangan “Malaysiaku Gemilang” dengan menerbitkan makalah yang berkaitan dengan kemerdekaan, sebelum dan selepasnya mengikut bidang. Dewan Sastera melalui ruangan ini, menyingkap kembali sejarah dan peranan sastera dalam meniupkan semangat kemerdekaan sebagai mengembalikan nostalgia, untuk tatapan generasi selepas merdeka, terutamanya bagi remaja masa kini.
Kementerian Pelajaran Malaysia, khususnya melalui Pusat Pengembangan Kurikulum (PPK), tidak pernah memandang remeh terhadap bidang Kesusasteraan. Oleh sebab itulah kementerian ini melaksanakan program Komponen Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) kepada pelajar sekolah menengah. Kerajaan mengamalkan dasar paternalisme dalam menyemaikan kecenderungan dan minat remaja terhadap kesusasteraan. Selain pelaksanaan KOMSAS, kerajaan juga menyusupkan penghayatan kesusasteraan ini melalui Program Khidmat Latihan Negara (PLKN) kerana berkeyakinan  bahawa nilai murni dan patriotisme berupaya diserapkan melalui kesusasteraan.
    Generasi kini, bukan hanya semakin tipis nilai patriotismenya tetapi semakin terperangkap dengan penjajahan bentuk baharu, iaitu penjajahan minda dan sikap. Lantaran itu, banyak anak muda yang terpengaruh dengan masalah penagihan dadah, tenggelam dengan budaya Barat dan “sesat” dalam kecanggihan dunia globalisasi. Mengecapi pemodenan tidak menjadi kesalahan, malahan generasi kita dituntut supaya berdaya saing dengan generasi negara maju. Namun begitu, sikap mudah terpedaya dan sikap fatalis menyebabkan generasi selepas merdeka kebanyakannya bagaikan sudah hilang arah tuju.
    Keberanian menentang fatalisme dengan mengatakan “tidak” kepada sebarang pengaruh dan ancaman yang mendatang ialah “kemerdekaan” yang sebenar-benarnya. Semua mesej ini mampu disampaikan kepada remaja secara tidak langsung dan berkesan melalui karya sastera yang menjadi “jambatannya”.

Kami Sidang Redaksi Dewan Sastera mengucapkan, “Selamat Hari Kebangsaan yang ke-50”                    
                                                 Rozninah Abd. Azib


 

FOKUS 

Novel-Novel Terpilih Shahnon Ahmad: Membicarakan Politik dan Negara Bangsa

OLEH: SOHAIMI ABDUL AZIZ

 

 
Masihkah negara bangsa (nation saste) itu relevan pada hari ini?  Soalan ini selalu dilontarkan apabila dunia tanpa sempadan, malah mula menguasai segenap sendi fikiran manusia. Konsep dunia tanpa sempadan telah mengubah pelbagai pendekatan manusia melihat diri dan persekitarannya.  Melalui teknologi komputer dunia tanpa sempadan direalisasikan.  Muncul pasaran global dan diiringi dengan budaya global. 
    Maka konsep negara bangsa tidak lagi relevan.  Mengikut Kenichi Ohmae ( 1996 :   11); “… nation states  have already lost their role meaningful units of participation in the global economy of today’s borderless world.” 
    Malaysia sebagai sebuah negara bangsa juga boleh dilihat  daripada tiga unsur yang berhubungan iaitu keinstitusian, kedaulatan dan  kewilayahan.  Salah satu aspek penting yang mengikat ketiga-tiga unsur ini ialah pemimpin politik  dan kepimpinannya. Politik tidak dapat dipisahkan dengan kuasa. Melalui kuasa sebuah negara bangsa dapat berdiri kukuh dan hidup sebagai satu entiti yang dinamik.
    Namun penyalahgunaan kuasa akan membawa padah kepada negara bangsa itu.  Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin daripada  parti politik  yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.   Malaysia adalah negara yang terletak di Asia Tenggara dan ia adalah  sebuah negara yang  merdeka dan   kedaulatannya terpelihara. Namun, sukar untuk menyatakan sudah terdapat satu bangsa Malaysia kerana Malaysia masih diwarnai oleh kehadiran pelbagai kaum atau  yang hidup bersama tetapi bebas mengamalkan budaya masing-masing. Sehubungan itu penonjolan setiap etnik itu nyata. Kebanyakan parti politik di Malaysia diasaskan kepada kaum yang mendiaminya.  Terdapat tiga etnik yang diwakili oleh tiga parti politik terbesar  di Malaysia iaitu Melayu,  Cina dan India. Maka etnik-etnik ini wajar dikenali sebagai rakyat Malaysia sahaja dan tidak sampai ke tahap bangsa Malaysia.   
    Lantaran itu pengertian negara bangsa yang mencakupi negara dan bangsa dalam pengertian yang sebenar  masih belum ada. Bangsa yang dimaksudkan dalam konteks Malaysia masih merujuk kepada kaum-kaum yang mewakili rakyat Malaysia.  Di Malaysia setiap pemimpin bukan sahaja bertanggungjawab kepada negara  tetapi juga kepada etnik yang diwakilinya.   Keadaan ini tercermin juga dalam novel-novel Shahnon Ahmad. 
 Shahnon ialah pengarang daripada kaum Melayu dan novel-novelnya tidak lari daripada memperkatakan kaumnya. Walaupun demikian,  novel-novel Shahnon juga dilihat boleh merentasi batasan kaum dari segi semangat yang hendak disampaikan.  Setiap kaum di Malaysia mempunyai peranan yang sama, iaitu untuk mengisi erti negara bangsa.  Salah satu pengisiannya ialah dengan memberikan kepimpinan politik yang positif yang dapat memelihara keutuhan  dan memperkasa Malaysia sebagai sebuah negara bangsa.
Keperkasaan dan kesejahteraan sesebuah negara bangsa bergantung kepada pemimpin yang menerajuinya.  Hala tuju sesebuah negara bangsa ditentukan oleh pemimpin yang mengetuainya. Kepimpinan (leadership) seorang pemimpin itu sangat penting.  Kepimpinan merujuk kepada semua hal yang berkaitan dengan memimpin.  Dalam konteks terminologi kepimpinan bermaksud:
● melibatkan dua pihak iaitu pemimpin dan yang dipimpin.
● melibatkan interaksi antara dua pihak yang memimpin dan dipimpin.
● perihal memimpin yang melibatkan kegiatan menuntun, membimbing, memandu, menunjukkan jalan, mengetuai dan melatih supaya orang-orang yang dipimpin dapat membuatnya sendiri...
                                                                                         

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera Ogos  2007. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan                                                                             

 
Dikemaskini pada 5 Nov 2008
: 5024578
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP


SOAL SELIDIK
KAJIAN KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP
BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas




 

Jumlah Capaian
  12049232120492321204923212049232120492321204923212049232120492321204923212049232 
Hari Ini 109
Semalam 942
Minggu Ini 6834
Minggu Lepas 11134
Bulan Ini 34615
Bulan Lepas 41037
Semua 12049232

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Facebook Bulan Bahasa Kebangsaan  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 24/10/2014