Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil web | Intranet                                        Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access

Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa                       | Melayu | English

  Selamat Datang Pelawat  

  Ahad, 21hb September 2014  

 MAJALAH - DEWAN BAHASA

 

PUISI BAHASA

 Ini Pusaka Kita
Amiruddin Ali.

BICARA BAHASA

Membenahi Diri
Ritah Yahya

AGENDA BAHASA

Sensasi Reaksi di Internet
Radiah Yusoff

 Bahasa Perpaduan Melalui Media Penyiaran
 Lim Swee Tin

Disfemia dalam Dunia Penyiaran
 
Zaitul Azma Zainon Hamzah

Sikap Bahasa dalam Media Penyiaran
Ku Seman Ku Hussain

Bahasa Media Indonesia
Jeniri Amir

Antara Sari Kata dengan Alih Bahasa Che Wan Ida Rahimah Che Wan Ibrahim

Budi Bahasa yang Sirna dalam Media Penyiaran
Raja Masitah Raja Ariffin

Gaya Bahasa Negatif dalam Dakwah
Mohd. Hashim Osman

SAYA DAN BAHASA

 

 BAHASA  DAN PENYELIDIKAN

 Pemilihan Kata dan Kesantunan
Indirawati Zahid, Mohd. Nasir Hashim dan Zahir Ahmad

BAHASA  DAN PENDIDIKAN

Bahasa Melayu di Sekolah Anatarabangs
Hasan Baseri Budiman

CAKNA BAHASA

Jalangkah Jalang?Muhammed Salehudin Aman

 MEMANTAU, MENEGUR  BAHASA 

Projek D' raja dan Kastam Diraja?
Zaidi Ismail

 BAHASA DAN MASYARAKAT

Orang Pekak Warga Cacat atau Pengguna Minoriti Bahasa?
Abdullah Yusoff

Lupa atau Tidak Ingat 
S. Nathesan 

Kata Sapaan dalam Rancangan Radio
 
Siti Suhana Mohd. Amir 

 BUAL BAHASA

Sebab Mulut, Badan Merasa
Uthaya Sankar SB

 DARIHAL BAHASA

Magis Mr. Bean dalam Mr. Bean's Holiday
Ritah Yahaya

BAHASA DAN PERISTIWA

Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
Rusdi Abd. Rahman

50 tAHUN KEMERDEKAAN

Keandalan Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Azizah Md. Hussain

SALAM DARI TEMBOK BESAR

"Rahmat" Urumqi
Habibah Mohd. Samin

PETIKAN BAHASA

 

BICARA BAHASA

Membenahi Diri

                                                                    
Media dan kuasa, berkait rapat dengan pengetahuan dan kebenaran yang mencorakkan dan mempengaruhi citra, cara masyarakat berfikir dan bertindak. Melalui kuasa media penyiaran, masyarakat memperoleh pengetahuan dan kebenaran. Pengetahuan dan kebenaran yang mencelikkan rakyat Malaysia terhadap misteri kehilangan dan penemuan semula Yin atau Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali, mencelikkan masyarakat Melayu-Islam di negara ini yang terpaksa menerima hakikat ketelanjuran Rosnah Mat Aris dalam rancangan, Sensasi dan  Sharifah Amani Syed Yahya dalam Festival Filem Malaysia ke-19 pada tahun 2006, dengan hati yang terluka.
  Media dan kuasa juga, berkait rapat dengan tanggungjawab. Pengamal media yang kurang atau tidak bertanggungjawab, akan menjadi sasaran teguran. Justeru, apabila Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Profesor Dr. Awang Sariyan, baru-baru ini mendedahkan kegagalan stesen televisyen tempatan mematuhi Akta Penyiaran yang menggariskan sekurang-kurangnya 60 peratus rancangan televisyen disiarkan dalam bahasa kebangsaan, pengisian rancangan stesen televisyen serta radio swasta yang banyak dengan unsur asing dan persoalan tentang kerancuan dan kesantunan bahasa dalam media penyiaran dan dalam kalangan masyarakat yang tidak pernah lekang, hal ini merupakan petanda penyakit sosial yang serius, penyakit kekeliruan dan kecelaruan pemikiran serta jati diri bangsa, yang jikalau tidak dirawat segera, nescaya akan melarat dan membarah.
  Dalam hal ini, pengamal media seharusnya bijaksana mengimbangi antara memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dengan melindungi kepentingan mereka sendiri, sementara masyarakat pula harus bijaksana memilih antara intan dengan permata. Sesungguhnya, teguran pejuang dan pencinta bahasa kebangsaan yang tidak kenal jemu itu, seharusnya dilihat sebagai penyataan jujur tentang kesedaran dan kecintaan mereka yang mendalam terhadap kejatian bahasa dan bangsa yang semakin terhakis.

       Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2007 ! – “Pekerja Produktif, Negara Kompetitif”
 
“Bahasa Dijulang, Bangsa Cemerlang”    
 
Ritah Yahaya

 

 


 


AGENDA BAHASA

Sikap Bahasa dalam Media Penyiaran

Oleh: KU SEMAN KU HUSSAIN


Tidak lama dahulu, ada pihak yang mempertikaikan filem, Sepet arahan Yasmin Ahmad kerana menggunakan bahasa rojak (Melayu, Inggeris dan Cina). Mereka mempersoalkan kewajaran filem ini dikelaskan sebagai filem nasional kerana tidak menjulang bahasa Melayu. Isu bahasa dalam filem sebenarnya sama dengan isu bahasa dalam media penyiaran. Ada sesetengah pihak memberikan tanggapan yang menyeluruh bahawa media penyiaran tidak memartabatkan bahasa Melayu Walau bagaimanapun, untuk berlaku adil, isu bahasa dalam media penyiaran perlu dilihat secara berasingan.
  Dari sudut rancangan televisyen,  kini sebahagian besar rancangan televisyen di Malaysia menggunakan bahasa Melayu yang dicampuradukkan dengan bahasa Inggeris. Stesen televisyen seperti TV3, ntv7 dan Astro (siaran AstroRia), banyak membenarkan bahasa tidak baku yang diangkat daripada realiti sosial yang berlaku dalam masyarakat, dalam drama terbitan mereka. Drama terbitan TV3 paling  banyak menggunakan bahasa rojak jika dibandingkan dengan drama terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Drama terbitan RTM  lebih  berusaha untuk menggunakan bahasa Melayu baku walaupun kedengaran agak janggal dalam konteks realiti sosial.
  Usaha karyawan seni yang menghasilkan drama televisyen menggunakan bahasa Melayu baku patut dipuji. Setidak-tidaknya mereka cuba meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang bernilai ekonomi. Malah, tidak ada cacat celanya jikalau bahasa Melayu digunakan dalam keseluruhan drama walaupun dialog yang diujarkan seolah-olah dibuat-buat. Hal ini demikian keran realiti di luar drama, berbeza. Sungguh pun demikian, karyawan yang tidak menggunakan bahasa Melayu baku dalam drama, tidak boleh dianggap merosakkan bahasa Melayu.
   Hal ini demikian kerana pada pandangan saya, drama  sama seperti filem mempunyai bahasa tersendiri. Drama dan filem menggunakan bahasa filem atau visual sebagai medium utama untuk menyampaikan mesej  komunikasi kepada khalayak. Maknanya, drama tetap boleh difahami dan berdiri sendiri sekali pun tanpa dialog atau bahasa ujaran.   Hal ini menunjukkan bahawa bahasa ujaran bukan  unsur utama dalam drama. Oleh hal demikian, tentulah tidak adil untuk melabelkan karyawan drama sebagai perosak bahasa Melayu dan memaksa mereka menggunakan bahasa ujaran, yakni bahasa Melayu baku. Drama dan filem merupakan wahana untuk mempopularkan bahasa, istilah, slanga, dan sebagainya, tetapi pada masa yang sama drama bukanlah alat pengantar bahasa yang utama, sama ada bahasa Melayu, bahasa Inggeris atau bahasa lain. Drama dan filem tetap berupaya berhubung dengan khalayak  kerana drama memaparkan dan mentafsirkan realiti sosial  dalam  masyarakat  yang menjadi cerminan pemikiran dan sikap ... 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Bahasa Mei 2007 Kini di pasaran... dapatkan segera!

 

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

cliff@dbp.gov.my 03-21482285untuk Pertanyaan                                                                                          

 
Dikemaskini pada 4 Nov 2008
: 4926412
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
  Carian Laman
  Hubungi Kami

Aduan Pelanggan

Maklumbalas

Telefon Operator
03-2147 9000

Telefon Pantas

 

Arkib Soal/Jawab

  Kategori Ruang Untuk:

Karyawan
Guru Pelajar
Swasta
Orang Awam
Pihak Berkuasa Tempatan
Warga DBP

  Statistik

Piagam Pelanggan
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

  Perkhidmatan
Perkhidmatan Dalam Talian
Perkhidmatan Kaunter
  Muat Turun Dokumen

Borang,Brosur,Buku,Poster

  Majalah
  Surat Berita

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

 Kaji Selidik

 

tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Laman DBP?

 

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sangat Tidak Memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

Jumlah Capaian
  12000224120002241200022412000224120002241200022412000224120002241200022412000224 
Hari Ini 225
Semalam 721
Minggu Ini 225
Minggu Lepas 6615
Bulan Ini 26644
Bulan Lepas 36268
Semua 12000224

(Mulai Jun 2005)

Alamat:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa ,
50460 Kuala Lumpur.

Telefon 03-2147 9000, 9001, 9002, 9003, 9004, 9006, 9007
Faksimile: 03-2147 9619 (Umum)
03-2147 9110(Pengembangan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9645 (Pembinaan Bahasa dan Sastera)
03-2147 9623 (Penerbitan)
  Facebook DBP  Facebook PRPM  Twitter DBP Twitter    Facebook PUSPANITA DBP  RSS DBP Suapan RSS    Mobil web DBP

Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
       ..                 

Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta | Pasukan Web | W3C

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada
Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam
Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.


Tarikh akhir kemas kini: 18/09/14