PEMBERITAHUAN Makluman penting kepada pengguna Buku Teks Mathematics Year 6, Mathematics Year 5 dan Science Year 5 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Terdapat kesilapan dalam ketiga-tiga buku tersebut seperti yang dinyatakan di bawah. Pembetulan telah dibuat dalam errata. -Mathematics Year 6 dan Mathematics Year 5 (Buku Teks dan Buku Panduan Guru) Kesilapan konsep dalam Unit 11 di bawah topik Data Handling. Errata dibuat dalam bentuk booklet yang perlu disisip dan dilekatkan pada bahagian dalam kulit depan buku. -Science Year 5(Buku Teks) Kesilapan fakta dan istilah pada beberapa halaman. Errata dibuat dalam bentuk stickeryang perlu dilekatkan pada teks yang mengandungi kesilapan. Errata dibekalkan ke sekolah-sekolah oleh wakil Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Syarikat DAWAMA Sdn. Bhd. melalui pengedarnya. Pengguna lain yang memerlukan salinan errata tersebut boleh mendapatkannya daripada Syarikat DAWAMA Sdn. Bhd. melalui telefon 03-41074233 atau laman web http://www.dawama.com. Dewan Bahasa dan Pustaka memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pengguna.
Puan Nawal Hanim Lope Zainal Abidin nawal@dbp.gov.my 03-2148 1148/013-3332808
PERHIMPUNAN ALUMNI MINGGU PENULIS REMAJA (MPR) Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Kelab Alumni MPR merancang untuk menganjurkan satu Perhimpunan Alumni MPR pada tahun ini. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon agar semua mantan MPR (tahun 1985 - 2006) menghubungi kami melalui telefon, surat, faksimile ataupun emelkan maklumat diri supaya memudahkan kami untuk menghubungi saudara.Kerjasama tuan/puan amatlah diperlukan.
Alamat surat-menyurat: Urus Setia Perhimpunan Alumni MPR, Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan, Tingkat 22, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. u.p: Puan Malissa Ab. Malik Telefon: 03-21481240 Faksimile: 03-21414109 Emel: malissa@dbp.gov.my
Malissa Ab Malik A. Wahab Hamzah Abdul Aziz Ibrahim 03-21482562 03-21481240
Carian Laman DBP
Piagam Pelanggan
Menyediakan bahan rujukan dan pedoman bahasa yang lengkap, terkini, berwibawa dan selaras; berdasarkan keputusan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu(JKTBM).
Menyediakan pangkalan data bahasa Melayu yang lengkap dan pelbagai maklumat kepustakaan Melayu yang mudah dicapai oleh pengguna
Memastikan segala pertanyaan/aduan tentang bahasa, sastera, penerbitan, dan kepustakaan Melayu melalui telefon, faksimili serta e-mel dilayan mesra dalam tempoh 24 jam. Segala pertanyaan/aduan bertulis dijawab melalui surat dalam tempoh tujuh(7) hari bekerja dari tarikh penerimaannya. Sekiranya perkara tersebut masih belum selesai, perkembangannya akan dimaklumkan pada setiap bulan sehingga perkara tersebut selesai.
Melaksanakan kegiatan pengembangan, pemasyarakatan dan penataran sastera untuk pelbagai khalayak pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Melaksanakan penyelidikan sastera tradisional dan moden yang bermutu dari segi keilmuan, pemikiran dan estetika bagi memenuhi kehendak pelbagai pelanggan.
Memastikan pelbagai bentuk pengiktirafan dan penghargaan pada peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa diberikan kepada tokoh yang berwibawa dan karya yang memenuhi piawaian yang ditetapkan.
Memaklumkan penerimaan manuskrip kepada penulis dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas manuskrip diterima dan keputusan penerbitannya dalam tempoh (3) bulan selepas manuskrip tersebut diterima. Manuskrip diterbitkan berdasarkan Gaya Dewan dalam tempoh kurang dari enam belas (16) bulan selepas manuskrip diterima.
Memastikan majalah tersebut terdapat di pasaran tidak lewat dari 20 hari bulan pada setiap bulan sebelum bulan terbitannya.
Menjamin hak penulis melalui Perjanjian Lesen Penerbitan.
Membuat bayaran dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh invois/bil diterima.